iklan

Tuesday, 21 June 2011

PERTANDINGAN FOTOGRAFI ‘FOOTBALL IS MY PASSION’ THE BBKF BOOTROOM EDISI 1


Pertandingan yang dianjurkan BbKf ini bagi aku sangat menarik dan sangat mudah untuk disertai, tak perlu pening-pening nak guna kalkulator ke, nak fikir sampai pecah kepala ke. Just ambil gambar dengan logo yang mereka beri dan submit pada mereka, dan gambar yang kreatif pasti akan menang. So, tak sabar nak hantar gambar.

Friday, 17 June 2011

My New Sony PS3 Joystick




Lama gak tunggu baru dapat joystick PS3 aku ni, sebelum ni plan nak beli masa beli PS3 ni tapi sebab dah memang dapat satu, so aku hold sampai aku baru balik dari Langkawi. Masa pergi kedai game kat Greentown Mall petang tadi niat di hati nak survey je sebab plan asal nak beli kat Yik Fong, tapi tengok harga menarik pastu dapat free 10 game kalo beli joystick ni, aku pun apa lagi sambar terus, yang penting original. Then beli satu game original untuk dummy sebab ada game yang download version ada yang tak boleh main, so penting la untuk aku beli cd game dummy ni untuk 'tipu' PS3 ni.

Thursday, 16 June 2011

Aku Ada 7 Dah


Ini salah satu pembaharuan jugak yang aku buat after balik bercuti dari Langkawi, format PC dan tukar Windows XP ke Windows 7. Semua gara-gara kelembapan yang berlaku atas CPU Hak Milik Kerajaan ni. Nak harap CPU or set komputer baru tunggu lain tahun la jawabnya. So,atas inisiatif sendiri ini la hasilnya!

Back From Horror






Selepas berbulan-bulan menunggu masa akhirnya kereta ni dapat gak dibaiki kerosakan selepas kemalangan (not my fault) pada hujung bulan empat dulu, bayang kan la berbulan-bulan tunggu. Ni tunggu nak masuk bengkel cat dan pasang signal. Singnal nampaknya kene cari di half cut Mengelembu la jawabnya.

Finish My Work


Pejam celik pejam celik dah hari khamis dah pun, so esok hari last dalam minggu ni untuk bekerja, semenjak balik bercuti dari Langkawi semacam ada semangat yang bertambah untuk menghabiskan kerja-kerja yang menimbun (sendiri yang timbun) kat atas meja ni.

Jadi alhamdulillah, petang ni dah boleh rilek-rilek sementara tunggu masa untuk pulang, jadi adalah sedikit masa utk mengupdate blog.

Wednesday, 15 June 2011

Niat Di Hati nak Berpindah Jabatan


Alhamdulillah, diam tak diam dah dekat dua tahun aku bekerja di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak ni, kali terkahir berpindah ketika di Bahagian Kemiskinan Bandar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kuala Lumpur pada tahun 2009 yang lalu. Mengenang kembali sewaktu mula-mula berkhidmat sebagai kaki tangan awam ni semacam tak percaya pun ada. First posting di KPKT, di tempatkan di bahagian yang menguruskan permohonan bantuan kemiskinan(kini E-Kasih) untuk satu Malaysia dan rasa beruntung sangat walaupun sekejap je di sana tapi pengalaman bercampur dengan pegawai dan juga rakan sekerja yang mesra dan tak lokek ilmu membuatkan aku merindui bekerja di Kementerian.

Jadi berbalik pada kisah sebenar, aku rasa mungkin akan membuat permohonan pertukaran sedikit masa lagi atas sebab, ermm rasanya tak perlu kot aku beritahu di sini tapi cukup lah untuk korang ketahui, aku perlu enviroment baru untuk meningkatkan kerjaya aku...

Anniversary Di Langkawi













































































Pada 6.6.2011 hingga 8.6.2011 yang lalu aku dan isteri telah bercuti di Langkawi buat pertama kalinya untuk menyambut ulang tahun pertama perkawhinan kami, sebenarnya 'bertiga' sebab isteri aku dah pun mengandung, jadi dah tentu keterujaan tu memang dapat dirasai. Alhamdulillah isteri pun takde alah teruk, memang takde pun, muntah-muntah ke, loya-loya memang takde, rezeki mengandung anak yang pertama ni.

Cuma entah di mana silapnya, kami pergi waktu cuti sekolah jadi dah tentu ramai ibu bapa membawa keluarga bercuti tu pun belum dikira dengan pelancong asing yang dah memang ramai di Langakawi ni, so,secara mudahnya memang ramai sangat la orang. Pertama sewaktu sampai kami terus menaiki teksi ke tempat penginapan di Hotel Awana Porto Malai, berdekatan dengan Pantai Chenang, tempat yang agak jauh dari Jeti Kuah masa mula-mula kami sampai tadi, jadi sewaktu dalam perjalanan ke hotel, borak-borak la dengan drebar teksi ni, agak ramah la pakcik ni sampai kadang-kadang cam terover ramah pulak, bini aku kat sebelah dah buat isyarat mata tanda 'nyampah' nya dengan drebar ni, aku just layan je la pakcik ni sambil-sambil tanya tempat menarik kat sini.

Alhamdulillah bila dah siap check in, sambil merehatkan badan sementara nak keluar cari makan jap lagi aku pun jenguk-jenguk la suasana di luar hotel, not bad la hotel yang bertaraf 4 bintang ni, dia punya enviroment, staff pun ramah, kat hotel ni pun ramai gak tetamu jadi tak la risau sangat. Mengenai hotel ni pulak aku memang dah booking awal, semuanya online sekarang, takde nak call-call ke apa, semuanya aku cari kat internet dan terus bayar online, sampai kat hotel tunjuk nombor rujukan online booking tu je.

Jadi tempat pertama kami shoping kat Underwater World sebab di situ ada mall yang free duty, lagi pun dekat dengan tempat menginap kami. Underwater World memang kami tak masuk sebab difahamkan lebih kurang je dengan Aqua kat KLCC nun, so abaikan je la. Niat di hati nak shoping je, aku shoping coklat, rokok dan perfume dan wife pulak teman je sebab dia nak shoping esoknya kat Haji Ismail Group kat pekan Kuah. Dah tentu coklat Daim yang aku borong banyak sebab pebret aku tu.

Nak citer panjang tangan pun dah lenguh sebab lama sangat tak berblog ni, kome nengok je la gambar dan video kami di sana. Jadi,enjoy!!!!