Dah bape ari aku tak update blog disebabkan kesibukan aku hujung minggu hari tu, pagi ni kat ofis lengang gile, sunyi+sepi, aku sampai lewat pagi ni, tak tau nak mintak tolong sape 'awal' kan aku, selalu mintak tolong budak2 PTS, tapi dorang dah takde. Sabtu Ahad baru ni aku memang sibuk abeh, alhamdulillah Mak Yong nak tolong book lan dewan untuk kami, petang ahad lepak kat SPA Mak Yong dekat Jelapang, Mak Yong tanya aku tak nak buat facial kat SPA die ke sebelum kawin, aku beritahu Insayaallah akan buat nanti. Sabtu pulak abeh masa dekat 2 jam pegi Jalan Kuala Kangsar pegi cari barang2 nak buat hantaran, pergi dengan syg, Mak Su dengan Ain. Aku sebenarnya segan dengan Mak Su, abeh hantaran tunang sume aku mintak tolong die buatkan. Minggu ni mungkin tak balik rasanya, aku sebenarnya dok tunggu surat penempatan dari HR untuk perpindahan aku ni, tapi haram sampai sekarang tak dapat2 lg, bongok ke ape ntah, 16 hb ni dah nak daftar KSS kat politeknik, dah dorang buat camni, aku pun tak pasti nak sambung bulan ni atau bulan 7 nanti, tensen gile dengan banyak benda nak kena fikir. Takkan pihak HR tak tau pulak aku ni nak sambung belajar part time, abeh aritu nape suruh lampirkan tawaran aku dapat sambung belaja tu, ade akai ke? Kalau aku daftar jugak 16hb ni maknanya sabtu ahad aku kene balik Ipoh la untuk attend kelas? How come, modal beso kot, gampang betul!! Aku betul2 runsing, nasib baik la sayang aku memahami, die la yang banyak tenangkan aku yang baran ni. Bulan ni mmg pack la aktiviti aku, 5 hari berkerja, sabtu ahad(2 hari) pulak kene balik Ipoh untuk pastikan persiapan pertunangan 14hb Februari ni berjalan lancar. Sakit kepala betul aku nak hadapi semua situasi ni.
No comments:
Post a Comment