iklan
Monday, 12 July 2010
Selamat Tinggal | Masa Kecil
Entah macam mana nak mula untuk entri kali ini, berbeza benar rasa nya kerana aku telah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan pengajian aku di Politeknik, aku sedih sangat dan keputusan ni telah pun dibuat setelah berbincang dengan isteri. Aku sedih tinggalkan kawan-kawan kelas walaupun hanya sempat berkenalan bebarapa minggu. Apa-apa pun korang memang best dan aku doakan korang semua sambung belajar sampai graduasi, aku doakan korang.
Aku tahu, dengan keputusan aku ni aku telah pun mengecewakan ramai orang, terutama orang yang melahirkan aku sendiri iaitu emak! Antara sebab nya ialah sebab aku gagal untuk memberi komitmen dengan pembelajaran aku sendiri, selain baru belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan baru jadi aku rasa wajarlah aku memberi perhatian untuk satu perkara dahulu. Tambahan di JBPM Perak ini bekerja seumpama berada di 'universiti' perkhidmatan awam. Maksudnya segala selok belok tentang pengurusan, kewangan, aset, dan bermacam lagi dan tambahan 'freshy' seperti aku ini sudah tentu memerlukan satu tenaga tambahan untuk 'cath up' semua tu, so aku rasa advantage kat aku la lepas ni keje jabatan kerajaan lain sebab banyak sangat knowlwdge kat sini yg aku perolehi.
So, bercakap tentang entri ini, aku dikhabarkan yang Politeknik Primer Ungku Omar tidak lagi mengambil pelajar KSS(Kursus Secara Sambilan) ini pada semester hadapan dan bermaksud semester ini adalah yang terakhir memandangkan MQA(formely was known LAN) dikatakan tidak mengiktiraf diploma yang dikeluarkan oleh Politeknik untuk pelajar KSS, dan persolan yang ditimbulkan MQA ialah 'logik ke 2 tahun dengan kelas sabtu dan ahad je boleh belajar semua, sedangkan kalau full time punya student diploma pun ambil masa 3 tahun untuk tamat, tu pun kalo takde yang repeat paper la', lebih kurang macam tu la. Dan satu lagi sebab tidak diambil pengajian diploma untuk pelajar KSS adalah kerana Politiknik Primer Ungku Omar dalam proses naik taraf menjadi sebuah Universiti Politeknik dan semua program sijil berakhir tahun ini bagi pengambilannya. Untuk tahun hadapan buat pertama kalinya Politeknik Primer Ungku Omar akan hanya ada kursus di peringkat Diploma dan Advance Diploma (macam degree jugak).
Mana-mana pelajar lepasan sijil Politeknik selepas ini yang ingin menyambung pengajian di peringkat diploma bagi pelajar KSS, kursus hanya ditawarkan di Kolej Komuniti sahaja. Kemungkinan bukan rezeki aku kali ini, tapi akan datang tak siapa yang tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment