iklan

Thursday, 12 August 2010

Oh Ramadhan..


Alhamdulillah, dah pun 2 hari puasa kita lengkapkan dengan jayanya, malam ni malam tarawih ketiga, tapi aku tak pegi solat tarawih pun, insyaallah malam esok aku pegi, banyaknya Allah SWT nak bagi pahala pada aku bulan-bulan puasa ni, entah la tak tahu nak mula dari mana sebab aku tak pandai nak karang ayat untuk luahkan apa yang terpendam dalam hati ni, akhirnya semua hilang begitu sahaja dan aku seorang je yang tahu keadaan sebenar.

Insyaallah kalau takde aral melintang, bulan depan aku akan menghadiri kursus BTN di Wood Valley Sungai Congkak, Selangor. Harapnya Allah SWT bantu permudahkan segala urusan. Hari ni berbuka puasa bersama mak tersayang dan adik-adik serta abang di rumah, tiada apa lauk yang istimewa pun, mak masak sayur campur, ikan goreng, mak buat kuah asam, dengan ikan masak gulai taucu, tapi masing-masing berselera makan, memang kalau di bulan-bulan biasa pun memang begitulah makannya pun, simple2 belaka.

Entah macam mana silapnya rupanya ada yang berkecil hati dengan sikap aku, ada yang terluka dengan sikap aku. Persoalan demi persoalan timbul di benak fikiran ni, apa salah dan dosa aku lakukan sehingga tiada satu pun perkara baik tentang aku yang dikenang?
Dan buat insan yang aku cintai ketika ini, sayangilah hubungan ini seadanya, cepat-cepatlah berbaik jika ada yang terasa, cepatcepatlah minta maaf jika ada yang tak kena, kerana hasutan syaitan sentiasa ada untuk merosakkan dan kelak menghancurkan kita sayang. Betul apa yang dicakapkan, janganlah diambil sangat perkara-perkara negatif, janganlah dibanding-bandingkan sayang, jangan pernah keluar perkataan 'menyesal' kerana apa yang terjadi semuanya kehendak kita. Bersamanya kita pada hari ini atas sebab kita masing-masing memerlukan, cukuplah yang sudah berlaku tu. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, mohon ampun dan maaf sekiranya kata-kata dan perbuatan diri ini ada membuat diri sayang terluka. Diri ini hanyalah insan biasa.


No comments: