iklan

Monday, 25 October 2010

Perkhabaran Terbaru

Salam semua, adakah anda sihat adakah anda merindui aku, adakah anda semua menantikan celoteh dari aku? Apa-apa pun tak kisah la atas apa tujuan anda untuk singgah di blog aku ni aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Rasanya lama sangat tak update blog aku ni, bukan tahap bersawang dah ni, tapi dah berhutan. Takpe dalam masa yang ada ni aku cubalah share dengan korang cerita-cerita terkini pasal aku. Mood tengah ada la katakan, lagi-lagi sambil layan lagu Keong Racun ni, mencurah-curah je idea datang.

Yang pertama sekali sape-sape yang berangan-angan nak jadi uncle, untie, or apa-apa je la pada bakal anak aku nampaknye korang kene hold dululah sebab buat masa ni my wife still 'kosong'. Sekarang ni kene bagi penumpuan pada kursus AIM (Akademi Imigresen Malaysia) yang akan datang tak lama lagi, so mana-mana pegawai yang mengandung adalah dinasihatkan supaya menangguhkan kursus tersebut sehingga selesai bersalin dan pantang 44 hari. So,biarlah setel dulu wife aku kursus ni kemuian kita sembang lain pasal anak ok?

Seterusnya, raya aidilfitri yang lalu aku berhari raya di Chuping, Perlis selama 8 hari, lama tak? Sebenarnya beraya di kampung tok dan tok wan isteri aku, tambahan pula aku ni cucu menantu yang kedua dalam keluarga belah sana jadi sambutan tu agak hapening la, lagi-lagi aku ni friendly, ramah so ramai la yang boleh masuk kepala. Yang sebenarnya tu la pertama kali aku sampai di Perlis, pertama kali aku menjejakkan kaki di negeri indera kayangan dan melengkapkan penjelajahan aku di kesemua negeri-negeri di semenanjung Malaysia, best gile. Hopefuly akan dapat peluang ke Sabah dan Sarawak pula.

Selepas bercuti hari raya aidilfitri, selang 2-3 hari lepas tu aku kene pulak menghadiri Kursus Induksi Umum di Woodvalley Sg. Congkak Selangor, katanya dekat dengan tempat Datuk Sosilawati kene bunuh. Seminggu tu beb, mati kutu aku dah la dok dalam hutan pastu nak kua ke pekan pun jauh. So,korang bayangkanlah dok dekat satu tempat selama seminggu tanpa melihat dunia luar. Mandi pun air sungai, minum pun ada la campur sikit air sungai. Tapi seminggu kat situ sekali pun tak pernah aku pegi mandi sungai.

So,nanti aku update lagi sebab kepala dah petak ni. Tiba-tiba sangap rokok. Jangan lupe helo aku kat facebook ok.. www.facebook.com


No comments: