iklan

Thursday, 31 December 2009

Selamat Tinggal




























Hari ni bersamaan 31 Disember 2009, maka berakhir la kerjaya kawan2 aku ni sebagai PTS (Pembantu Tadbir Sambilan) ofis aku di Bahagian Kemiskinan Bandar KPKT, terima kasih sebab sudi terima aku jadi kawan, kalau panjang umur kita akan berjumpa lagi dan aku berharap korang semua akan berjaya dalam karier masing2 selepas ni, mana yang nak sambung belajar tu aku ucapkan selamat maju jaya. Sedih je aku tengok muka diorang, ye la sapa tak sedih nak berpisah, dan kami raikan diorang dengan satu makan tengah hari tadi. Tapi apa2 pun yang penting, malam ni aku balik Ipoh sambut tahun baru dengan sayang. Yahuuuuu!!!!!!






Wednesday, 30 December 2009

:::::Dah Ready Ke?::::::















Ape yang dah ready nye cho? Buntu aku nak buat hipotesis mengenai persoalan di atas, sebab bile aku beritahu nak kawin tu la soalan yang aku akan dapat oleh kebanyakan kawan2, sedara mara, jiran2, keluarga dan kenalan rapat. Macam2 cerita yang aku 'collect' yang mana certain nye aku jadikan pengajaran, iktibar dan panduan. "kahwin ni bukan benda main2 shahid, ko muda lagi, baru je mula nak keje nak stabil, ni ko dah nak kahwin. Ko sambung belaja dulu, part time pun takpe, bagi ko punya 'career development' tu mantap dulu, pastu baru ko pikir nak bagi anak dara orang makan ape". Tu la antara petikan 'manis' dari Atok aku masa aku dgn dia balik dari pengkebumian arwah makcik saudara aku kat Sungai Udang, Klang baru-baru ni. Opah yang duduk di tempat duduk belakang mengiyakan aje si husband nye cakap, siap 'tambah gula' lagi "aah ko ni shahid, ko tu baru 23 tahun, nanti dah kahwin sambung belaja entah ke mana, famili entah ke mana, zaman sekarang ni bukan cam zaman opah ngan atok ko ni kawin, zaman sekarang banyak cabarannye, ko pikir la masak2 shahid..." Terdiam aku kejap, bila pikir2 balik ada juga betul nya. My Gf pun masa mula aku suarakan keinginan untuk berbinikan dia, pun tak nak jugak, alasan yang diberi "i m not ready yet", ye aku paham die ada alasan tersendiri untuk bercakap 'tidak'. Lama juga aku pujuk, ada ketikanya soal kahwin ni buat kami bermasam muka. Lastly dapat jugak aku pujuk sayang aku ni untuk kahwin, cair jugak last nya. Tu pun sometime die tanya jugak samada apa yang kami buat ni betul atau tak, bagi aku bukan benda jahat yang kami nak buat dan yang penting kami tidak membelakangkan mak abah dalam hal ni. Aku balik Ipoh minggu ni sempena cuti tahun baru, tu pun malam tadi dah dapat mesej dari sayang beritahu Pak Su nak jumpa sebab ada benda nak bincang. Aku dpat rasakan berkenaan kami nak kahwin ni, tetiba rase gementar pula dan terpikir 'dah ready ke aku'?

Tuesday, 29 December 2009

I Have A Dream




Rasa nya macam dah ditakdirkan aku memang minat bola sepak. Maksud aku ada sesetengah orang yang minat nye pada sebuah pasukan bola sepak, tapi bile kalah dah tak minat dah bola sepak, dan dah tak support dah team tu atau pun aku bagi contoh katakan aku minat gile David Beckham yang mane beliau ni former Manchester United punya player, so bile korang dah minat die dah tentu la korang secara manual nya akan minat Man Utd gak, betul tak? Jadi nak dijadikan cerita Beckham dah boring main kat Man Utd dan dia pun berhijrah cari kelab lain, frust tak korang? Korang akan minat Beckham dan terus mengikuti perkembangan karier beliau walaupun dia dah main ngan kelab lain ataupun korang akan minat dan tengok setiap game Man Utd walaupun Beckahm dah takde? Ha, jawab la sendiri! Bile bercakap pasal ni, sebenarnya aku cinta kan sukan ni, mana tak nya aku sendiri pernah jadi pemain bola sepak untuk sekolah(pemain simpanan) haha. Aku dapat main untuk team sekolah masa kelayakan ke peringkat daerah je, masa tu aku sekolah di S M Teknik Kerian, Bagan Serai (02-03). Masa perlawanan peringkat kumpulan, kami kalah semua perlawanan (3 game) jadi secara automatiknya kami tak layak ke peringkat kalah mati dan takde la chance nak jadi champion dan jadi wakil daerah. Tu la first time aku main untuk sekolah dan peringkat tertinggi sepanjang hidup aku(masa tu la). Kemudian, kalau di sekolah teknik, tiap tahun akan ada kejohanan bola sepak antara sekolah teknik satu Malaysia, nama piala yang di agung2 kan tu, Piala Dato' Syukor, tak silap aku la( kalau salah tolong betulkan), masa tu team yang main untuk kelayakan ke peringkat daerah tu dibubarkan sebab coach baru pula yang handle, memandangkan kejohanan ni lebih struggle dari biasa. So, macam biasa, pemain2 akan di reselect(selection), jadi akan ada pemilihan termasuk terbuka pada junior(form 4), masa tu memang aku dah taw tak kan dapat punya main untuk kejohanan ni lagi2 aku dgn coach(Cikgu Rosli) tu tak bape ngam, cam biasa la sape yang firts eleven(kesebelasan utama) masa kelayakan peringkat daerah tu di beri merit lebih la masa 'selection' tu, cam aku yang pemain simpanan ni kene usaha lebih la untuk dapatkan tempat. Pada korang yang pening pasal 'selection' ni bior aku explainkan, apa benda 'selection' ni? Camni, kami akan berlawan sesama sendiri termasuk la junior yang nak main untuk sekolah gak dalam satu padang, so coach, asst. coach akan tengok dari tepi padang dan nilai la kemampuan pemain2 semua, dari aspek stamina, ketahanan fizikal(cepat pancit ke tak), skill, hantaran bola dan pelbagai lagi la, tak silap aku dalam game tu aku score sebijik. Then bile dah abeh peringkat 'selection' dalam 3-4 hari gak la, masa yang dinanti2 kan tiba. Coach akan umum kan siapa yang dapat tempat dalam skuad ke kejohanan Piala Dato' Syukor ni, so malang nya aku tak dapat. Sedih gile weh, honest aku cakap masa tu malu gile ngan kawan2, junior yang dapat. So tutup cite pasal sekolah. Jadi nak dijadikan stori dalam blog ni aku dapat sambung belajar di Politeknik Seberang Perai, Penang. Kat sana aku main gak untuk poli, kat sana best pendedahan lagi luas, masa aku first main untuk poli aku dah score sebijik, aku tak ingat masa tu lawan team mane, tapi team kilang rasenye, kami menang 2-1, yang best aku yang jaring gol pembukaan. Lepas game tu aku diserap terus ke skuad utama politeknik, masa tu kami main untuk divisyen 2 liga Bukit Mertajam, entah aku pun dah lupa nama league tu, sebab tahun 2004 punye citer daa. Aku sempat main sepenuh masa sampai aku sem. 2 je, bile sem.3 aku dah start praktikal, jadi bile sambung balik sem.4(last sem) aku dah susah nak dapatkan tempat dlm skuad sebab ramai plak player2 yang bagus, so aku putuskan aku main petang2 je la dekat padang dekat dgn taman rumah yang aku duduk tu, sebab coach sendiri tak berani jamin tempat dlm skuad, so redha je la. Bile dah abeh belaja, aku sambung keje pulak kat sana, sebab dah serasi agak nya, niat nak cari pengalaman je, cam biasa tiap2 petang aku main bola, masa tu body de muscle beb, badan pun slim lagi kalau lari tu memang berdesup la pegi nye, ramai gak kenalan aku dapat, tu la yang penting nya. Mana2 pun aku pegi kat muka bumi ni, perkara pertama aku akan cari padang bola! sebab ape, sebab kat situ la aku akan dapat ramai kawan.








Monday, 28 December 2009

My Second Nephew








Terharu, syahdu, sedih, gembira dan bercampur baur la bile aku dapat mms dari mak gambar anak abang aku, comel gile, merah2 je kulit die. Dorang dapat bayi lelaki diberi nama Muhammad Thoha Bin Muhammad Syukri, hari tu mak aku bagitaw berat baby ni dalam 2.5kg la kalo tak silap. Comel kan, tak sabar nak jumpa Thoha. Thoha ni anak buah aku yang nombor 2 lepas Najib, so Najib dah dapat kawan la, kebetulan dorang ni lahir dalam bulan yang sama. Aku doakan akak ipar aku sihat sepenuhnya lepas bersalinkan Thoha.

Sakit Kepala Maa..


Aduhai, serabut gile pagi ni. Minggu ni banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan. Papa suruh carikan dewan, booking untuk perkahwinan aku bulan 6 ni, rase cam dah lambat pula. Sebab tarikh kahwin bulan 6 tu, cuti sekolah then kebanyakan dewan dah sedia di'book'. Sepatutnya 'book' dewan ni aku kena buat 2-3bulan yang lepas. Mana tidak nya sebab pelan asal buat kat rumah je tapi tak sesuai pulak, ye la umah mertua aku ni dalam kejiranan bukan melayu jadi bile dalam perbincangan ngan diorang aritu, dorang putuskan nak buat kat dewan. Mana nak cari beb? Ada sapa2 yang nak tolong aku? Aduiiiii sakit kepala maa.. Tadi dah try call dah bebarapa dewan tapi kebanyakan nye dah full di 'book' bulan 6 nanti. Aku tahu, sekarang ni memang dah terlambat dah nak sewa dewan tapi insyaallah aku kene cuba dapatkan gak sebab aritu dah janji ngan papa nak dapatkan. Bab pakej pulak dah bayar deposit, harap sebelum end februari ni boleh setelkan bakinya, boleh la aku dapat free gift frame talam tu. Haha. Camni la rupa2 nya nak kawin ye, dulu bile kawan2 jemput pegi kenduri deme kite just pegi makan je, sekarang ni rasakan kau! Watchhaaaa!!!!!!! Nasib baik bab makan( katering ) papa mama nak carikan tapi tu pun tak sure lagi,hantaran aku yang dot dot dot ribu tu pun nanti ingat abeh kat makan je. Tolong kawan2 yang ada idea nak bagi, email aku ok?

Friday, 25 December 2009

Nak Kawin Dah?





Haha, tak tau nape entry ni aku buka petang ni, tapi dalam tak sedar tu la hakikat sebenar nya diri aku pada setiap kenalan, saudara mara, jiran-jiran, orang kampung dan termasuk la famili aku sendiri beberapa bulan akan datang. Kejap gile masa berlalu, bile bercakap pasal nak kawin, macam2 perkara yang perlu dibuat, pagi ni pukul 10 dah keluar rumah, sebab nak cari cincin tunang, sebelum tu kami singgah makan di gerai sebelah masjid negeri belakang dewan DBI, lama gile tak makan kat sini, tempat makan kat sini hari ape pun ramai, aku pekena roti telur dgn teh ais sama gak la ngan my gurl beza die air kopi ais je. Bab cincin ni pulak jenuh juga memilih nya, dah dapat besar pula, nasib baik leh kecik kan, bile dah dikecik kan harga pun akan 'kecik' gak la, haha, alhamdulillah cincin tunang dah dapat. Dah dapat cincin lepak pulak kat Green Town Mall(GM), saje nak survey baju tunang, tapi tak yang berkenan, maybe next time rasenye boleh cari. Hari ni jumaat jadi aku singgah solat jumaat di masjid paloh, sebab kebetulan lalu kat situ. Dah selesai semua, kami ke butik pengantin De' Anggun kat belakang GM, pelan asal nak survey je, tapi banyak pulak yang menarik masa perbincangan dgn tauke butik pengantin ni langsung aku tempah terus pakej dorang untuk perkahwinan aku bulan 6 ni. Ada aku selitkan bebarapa gambar, so far ini je yang aku sempat update.





Wednesday, 23 December 2009

LNPT














Sibuk minggu ni dengan LNPT(Laporan Penilaian Prestasi Tahunan), entah la myb sebab aku baru je berkhidmat dalam kerajaan jadi benda2 ni baru bagi aku dan terasa macam dalam alam persekolahan pula, ye la dulu tiap2 tahun cikgu akan bagi buku report kita pada mak abah dan dalam buku report tu cikgu kelas kita akan bagi komen la pasal diri kita keseluruhan nya, tapi bab belajar la. Berkenaan LNPT ni pulak aku rasa konsep dia sama je, kita dinilai oleh pegawai dan dari markah keseluruhan tu la kita boleh taw macam mana kemampuan kita dari segi prestasi kerja, sahsiah diri, disiplin, tata kerja dan pelbagai lagi yang dinilai oleh pegawai kepada kita. Markah tu pulak akan menentukan kita di mana, samada benar2 layak berkhidmat untuk kerajaaan atau hanya tempelan je, jadi aku nasihat kan pada diri aku sendiri jadi diri sendiri dan terima la seadanya markah atau persentage('betul ke aku eja ni'?)yang kta dapat.

Tuesday, 22 December 2009

Movie Free Download



Di sini aku bagi korang satu website yang korang boleh download pelbagai filem-filem menarik dan genre yang pasti menggamit perhatian korang. Proses mengambil masa dalam 4-5 jam juga depend pada saiz filem memandangkan kita ni user yang tak beregister kan. Yang menarik nya sekali korang surfing kat website ni dah boleh download filem tak payah nak register apa-apa pun. Aku suka website ni sebab banyak gak filem-filem latest kat sini, kalau luck filem tu tak main kat Malaysia lagi korang semua dah tengok. Tapi takde subtitle la, bagi yang takde masalah dalam Inggeris aku rase takde masalah. Abeh macam mana kalau korang nak juga subtitle? Hahaha, nanti aku bagi web untuk korang download subtitle dan ajar cara-cara install nya. Tapi itu terpulang pada feedback yang aku dapat, kalo takde sape yang mintak aku tak bagi kot.





By the way, enjoy your movie ok?

Sunday, 20 December 2009

Letih Bangat



















Letih nye badan bile bagun pagi tadi. Tengok jam pukul 8.30 pagi, dalam kepala ligat memikir kan apa nak buat pagi ini. Bangun je la dan lepak kat ruang tamu sambil tengok highligt bola EPL malam tadi punya, aku nak tengok result Manchester City VS Sunderland sebab malam tadi aku tengok first half je, ngantuk gile time tu dan aku terus tido. Siot je bile MC boleh menang tipis dengan Sunderland, tak mengejut kan la coach dorang Mark Huges kene pecat sejurus selepas kemenangan mereka, memang patut la pun, untuk player2 macam Adebayor, Gareth Barry, Robinho, Tevez, Belammy( sekadar menyebut beberapa nama) seharus nya mereka perlu bermain di bawah kendalian coach yang lebih baik macam Alex Ferguson, Arsene Wenger, Mourinho dan sebagainya, Mark Huges ni tak layak pun sebenar nya. Aku harap coach baru lepas ni yang Manchester City ambil adalah yang terbaik. So, berbalik pada aktiviti aku hari ini, masa dah siap nak keluar beli tiket keretapi, kereta pula tak boleh start, kelam kabut gile aku dibuat nya tapi nasib baik aku check balik rupa2 nya air bateri out terus, then mintak tolong abang aku suruh 'runner' air bateri kat petrol pam. Bile dah isi, still tak boleh start juga, entah apa la lagi kete ni, aku bukan apa nak cepat2 ni isau kat KTM nanti masa nak beli tiket ramai orang, check punya check rupa2 nya pengikat bateri tak ketat jadi bateri tak boleh connect, dah ketat kan baru la boleh start, lega rasanya. Diam tak diam rupa2 nya dah dekat pukul 12, aku cakap dalam hati baik pergi rumah sepupu aku kahwin dulu baru pergi beli tiket, so aku ajak abang2 aku siap dan kami bertolak ke Gopeng, Sampai sana dah ramai dah sedara mara yang tengah buat last preparation sambut pengantin sampai, aku pun bantu la mana patut, ye la tak kan datang tunjuk muka je kot, lagi pun aku dengan keluarga pengantin kan ada pertalian rapat. Tapi aku gerak balik awal sebab nak pergi kenduri satu lagi kat Simpang Pulai, kenduri ni kawan abang aku kahwin, so kami pun pergi la sebelum pergi tu mintak izin Mak Yang untuk balik awal ye la risau nanti deme cakap apa pula kan. Dah selesai semua pergi kenduri aku hantar abang2 aku balik rumah dan aku calling awek aku untuk ambil dia kat depan bus stop kat Megoplex Medan Gopeng, kebetulan dia pun on the way balik dari Tapah menghadiri kenduri kahwin kawan dia. So, sampai2 aku tukar kereta, aku naik dengan dia, Ujang dengan Ema( dorang ni kawan aku juga ) pula naik kereta yang aku bawa, dorang follow aku ke KTM untuk beli tiket. Dah setel beli tiket masa tu dah dekat pukul 5, kami lepak dekat Nashmir Taman ( Tapak Look In lama ) betul2 kat tengah pekan Ipoh, kami plan nak minum2 sebab aku nak balik hari ni, lagipun lepas Ema dan Ujang jadi suami isteri aku tak pernah minum dengan deme ni. Lepak kat sana lama juga, sembang2 preparation aku untuk bertunang raya cina ni, Ujang tak abeh2 bagi tips ranjang nye, aduhaii pantang dengar dengan serius je awek aku jeling rapat. Haha. Then dah lepak semua balik, awek aku hantar aku kat rumah dan dorang balik rumah Tanjung Rambutan. Now, aku nak siap kan catatan blog aku dan nak mandi siap2 untuk balik KL pukul 9.45 mlm ni. By the way lengan aku lebam akibat donate darah baru2 ni, tapi dont worry biasa je lebam ni tak sakit pun.

Friday, 18 December 2009

My Day



















Phuh, penat gile rase nya hari ini, dari pagi sampai ke petang aktiviti aku. Sementara nak mandi rase nya sempat kot aku nak kongsi dengan korang semua aktiviti aku. Pagi tadi pukul 10 dah bangun, cam awal pulak rase nya tambahan hari ni cuti tapi mengenangkan banyak perkara yang perlu disetelkan, so bingkas aku bangun mandi2 dan calling my Gf untuk pickup aku kat umah. Program awal pagi ni nak ke bengkel vespa, nak tengok vespa aku yang dah disembur cat. Aku bawa sekali kamera nikon d60 aku untu k ambil gambar dan mana patut. My GF sampai dalam pukul 11, aku bawa juga kain pelikat sebab hari ni jumaat, jadi tengah hari tak perlu balik rumah solat jumaat just singgah je masjid terdekat untuk solat jumaat, so kami bertolak ke bengkel vespa bersama. Sampai2 di bengkel aku terus ke bilik cat tengok vespa aku, wow memang cantik setelah di cat, colour ni la yang aku nak. Bagus betul la pomen aku si Chueng ni, lastly dapat juga colour biru kelabu original yang aku ngidam ni. Kata si Cheung dia dapat sampel ni dari vespa lama, jadi sampel colour tu di bawa ke kedai cat untuk di dapatkan colour tu dalam bentuk cat. Dah puas tengok dam snap 3-4 pic aku minta diri blah sebab lepas tu aku nak pegi Jusco pula nak tengok wayang cerita Avatar, sampai kat kaunter, time yang aku nak tengok semua dah FULL jadi aku ambil keputusan tengok besok je la, tapi sebelum beredar aku beli la tiket untuk esok. Kemudian aku bawa my GF lepak kat Secret Recipe sebab memang banyak benda yang kami nak bualkan terutma pasal pertunangan kami pada bulan 2 tahun depan. Dalam best dok borak2, die tunjuk kan pada aku surat temuduga SPA, bagusla sebab my GF dapat tawaran temuduga untuk jawatan Pegawai Imigresen, harap2 berjaya dalam intirview die nanti. After makan2 kat Secrect Recipe kami jalan2 dalam Mall, saje cuci2 mate tengok2 barang. Entah macam mana masa aku nampak booth Hospital Besar Ipoh untuk derma darah aku terdetik pulak nak donate, lagi2 badan aku dah berisi, dan rasa macam darah dah banyak, haha. First prosedur kene isi form dulu, then kena pegi kat 'misi' bertugas dorang akan amik sampel darah dan tentukan samada kita layak atau tak untuk donate darah. Untuk proses tu, jari manis belah kiri dijadikan sasaran satu alat berbentuk pen yang digunakan untuk cucuk jari aku dan diambil darah untuk di test samada layak atau tak di donate. Dah setel semua, tiba lah proses keluarkan darah aku, memang takut la aku time tu, tapi awek aku boleh gelak kan pula aku, malu betul. Hehe. Korang sendiri tengok la gambar2 masa aku tengah terbaring kat katil tu. Dah abeh derma darah, tangan memang rasa lenguh gile tambahan aku pertama kali berbuat camtu. Tapi yang best badan rasa ringan, kepala pun rasa macam kurang je tekanan. Petang nya kami ke bengkel kereta di Jalan Kuala untuk pasang tinted kat kereta awek aku. Dekat 2 jam gak la tunggu, tapi yang penting kereta dah ada tinted, dah tak panas dah la. Sebelum ni ada je tinted tapi masa buat pemeriksaan Puspakom baru2 ni, kami buang tinted sebab takut tak lepas ujian.