Salam semua, pagi ni aku nak sharing dengan korang berkenaan masalah ketidak selesaan dalam perut atau pun kita kenali sebagai 'angin', artikel ini aku copy dari harian Metro untuk rujukan kita semua terutama yang banyak 'angin' macam aku ni dan bagaimana untuk kita elakkannya. Sila lah baca.
SELEPAS makan tengah hari, walaupun hanya sedikit makanan dijamah, perut rasa kembung dan tidak selesa. Pinggang skirt atau seluar terasa mencengkam sehingga ada kalanya kancing terpaksa dibuka supaya perut tidak terus terseksa.
Ini antara gejala yang biasa dialami akibat masalah banyak angin dalam saluran sistem pencernaan atau usus. Biasanya perut lebih lega jika angin dapat dikeluarkan sama ada melalui sendawa atau kentut.
Bagi kebanyakan masyarakat, sendawa di depan orang masih boleh diterima tetapi individu itu dianggap kurang sopan jika ‘terlepas angin’.
Bukan saja orang sekeliling berasa kurang senang tetapi individu itu sendiri turut malu dan mungkin menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat!
Isu angin atau gas ini adalah isu semua orang, jadi tiada apa perlu dimalukan. Dianggarkan tujuh atau lapan daripada 10 orang ada masalah ini.
Secara purata kita menghasilkan antara 0.5 hingga dua liter gas di dalam sistem pencernaan setiap hari. Gas ini membabitkan beberapa jenis iaitu oksigen, karbon dioksida, nitrogen, hidrogen sulfida, ammonia dan metana.
Oksigen, karbon dioksida dan nitrogen yang masuk ke dalam sistem pencernaan melalui mulut (ketika kita menelan) adalah komponen paling besar.
Gas ini tidak berbau tetapi bau kentut yang busuk disebabkan kehadiran gas surih seperti hidrogen sulfida yang terhasil apabila makanan di dalam usus mengalami proses pereputan.
Sendawa dan kentut adalah dua fungsi badan yang penting untuk mengeluarkan gas ini, namun kebanyakan gas dikeluarkan melalui kentut. Yang membezakan ialah ada orang kentut lebih kerap.
Kentut antara enam hingga 20 kali sehari adalah normal. Malah ada laporan mengatakan kekerapan kentut sehingga 25 kali sehari juga perkara normal walaupun ia mungkin mendatangkan rasa kurang selesa.
Menurut Perunding Gastroenterologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Gan Ing Earn, jika gas ini tidak dikeluarkan, ia menyebabkan seseorang mengalami masalah kembung dan tidak selesa. Keadaan ini boleh menjejaskan daya tumpuan, prestasi kerja dan kualiti hidup.
“Gas yang terkumpul dalam perut dan usus dikeluarkan secara berperingkat sepanjang hari. Biasanya ia tidak menimbulkan masalah tetapi bagi individu yang sensitif, pengumpulan gas ini menyebabkan ketidakselesaan.
“Ini sebabnya mereka berasa kembung, terutama selepas makan, walaupun hanya makan sikit. Ia masalah biasa dialami hampir kebanyakan orang, terutama wanita.
“Selain itu orang tua, pesakit kencing manis atau pengambilan ubat yang boleh memperlahankan aktiviti usus juga kerap mengalami masalah ini,” katanya.
Menurutnya, gas dalam usus datang daripada dua sumber utama iaitu udara yang ditelan dan makanan. Setiap kali kita menelan, sedikit gas masuk ke dalam perut dan berpindah ke usus kecil di mana sebahagian daripadanya diserap.
Baki gas yang tidak diserap akan masuk ke dalam usus besar (kolon) dan dikeluarkan melalui dubur (rektum). Namun bagi sesetengah orang, angin yang masuk ke dalam perut tidak berpindah ke usus kecil atau besar, sebaliknya dikeluarkan melalui mulut (sendawa).
Biasanya masalah kembung atau sakit perut lebih terasa pada waktu tengah hari, terutama selepas makan, kerana makanan berlemak juga sebenarnya boleh merangsang kepada pengumpulan gas di dalam perut.
Ini kerana lemak memperlahankan proses pengosongan perut dan membenarkan lebih banyak gas terkumpul, menyebabkan seseorang berasa kembung dan tidak selesa.
Punca
Banyak faktor boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah angin berlebihan, antaranya:
# Tekanan — Individu yang tertekan biasanya menelan lebih banyak angin
# Kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras
# Merokok
# Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat. Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk
# Gigi palsu tidak dipasang dengan baik juga menyebabkan seseorang itu menelan lebih banyak udara
# Minum minuman berkarbonat. Kandungan karbon dioksida dalam minuman ini menghasilkan lebih banyak gas apabila ia menjadi hangat di dalam perut
# Ia juga boleh disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut atau gastritis. Banyak perkara boleh menyebabkan gastritis dan antara paling lazim ialah jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H pylori). Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah kembung yang berpanjangan
# Makan makanan yang banyak lemak kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut
# Pemecahan makanan yang tidak tercerna — Bukan semua makanan diserap oleh badan. Sesetengah jenis karbohidrat, contohnya gula, kanji dan serat di dalam usus tidak dapat diserap akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Jadi makanan yang tidak diserap badan berpindah dari usus kecil ke usus besar di mana bakteria baik memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana pada sesetengah orang. Semua gas ini akhirnya keluar melalui dubur
Gejala
# Kerap buang angin — Secara purata kita buang angin kira-kira 10 kali sehari. Namun kekerapan ini boleh bertukar antara enam hingga 20 kali sehari. Jika lebih daripada itu, ia dikira keterlaluan
# Kerap sendawa — Sendawa selepas makan adalah perkara normal dan gas dikeluarkan apabila perut penuh berisi makanan. Bagaimanapun jika kerap sendawa, ia mungkin disebabkan seseorang itu menelan terlalu banyak udara dan melepaskan udara berkenaan sebelum ia sampai ke perut. Sesetengah orang sengaja menelan udara untuk membuat mereka sendawa bagi melegakan ketidakselesaan perut. Kajian menunjukkan tindakan ini tidak memberi kelegaan, sebaliknya ia hanya menambah kandungan udara dalam perut. Malah menurut Dr Gan, ini bukan tabiat baik kerana ia boleh merangsang berlakunya masalah asid refluks iaitu aliran songsang asid dalam perut ke dalam salur makanan kerana asid gastrik di dalam perut tertolak ke atas ketika individu berkenaan cuba sendawa. Selain itu sendawa yang terlalu kerap mungkin menjadi petanda kepada masalah usus atas seperti ulser peptik atau asid refluks
# Kembung — Keadaan ini boleh disebabkan oleh kehadiran angin dalam perut dan usus. Ia juga mungkin disebabkan jangkitan bakteria H pylori
# Sakit perut atau rasa tidak selesa — Ia adalah masalah biasa tetapi kadangkala gejala ini boleh mengelirukan. Pengumpulan gas dalam usus yang menyebabkan kesakitan boleh berlaku di mana-mana sepanjang usus, sama ada di kiri atau kanan. Jika pengumpulan gas berlaku pada bahagian kiri usus, mungkin ditafsir sebagai penyakit jantung dan jika di belah kanan pula, ia menyerupai masalah batu hempedu atau apendiks.
Adakah masalah gas berlebihan ini satu penyakit?
Tidak. Ia adalah masalah biasa yang dialami ramai orang dan boleh diatasi dengan melakukan beberapa perubahan seperti pemilihan makanan, cara makan dan bersenam.
Bagaimanapun jika ketidakselesaan atau kesakitan berlanjutan, Dr Gan menasihatkan untuk berjumpa doktor supaya punca sebenar dapat diketahui.
Ini kerana jika masalah disebabkan jangkitan bakteria H pylori, ia perlu dirawat segera kerana bakteria yang mampu hidup bertahun-tahun lamanya pada persekitaran berasid di dalam perut boleh menyebabkan ulser perut dan duodenum iaitu bahagian pertama usus kecil.
Ia memberi lebih banyak masalah kerana individu itu boleh alami masalah sakit perut (pada bahagian atas), ketidakhadaman, kembung, pendarahan dalam perut akibat ulser dan berak berdarah (najis berdarah atau berwarna hitam yang menandakan kehadiran darah).
Berlebihan gas dalam usus juga mungkin menandakan beberapa keadaan lain seperti usus anda tidak aktif, ada masalah sistem perkumuhan atau usus mengandungi banyak bakteria yang menghasilkan banyak gas.
“Rawatan untuk masalah banyak angin atau gas sangat mudah. Anda boleh beli ubat perangsang aktiviti usus di farmasi. Ia memudahkan pengeluaran gas daripada usus. Selain itu anda perlu lebih teliti ketika memilih makanan supaya masalah tidak bertambah teruk.
“Jika masalah berlarutan, jumpa doktor kerana ia mungkin disebabkan jangkitan H pylori. Jangkitan bakteria ini boleh dirawat dengan pengambilan ubat antibiotik selama dua minggu. Jangan biarkan masalah ini terus mengganggu hidup anda,” katanya.
Makanan
Antara makanan yang boleh menggalakkan penghasilan gas dalam usus ialah:
# Bunga kubis
# Kekacang
# Kubis
# Kubis Brussels
# Brokoli
# Bran
# Kebanyakan makanan berkanji (kentang, jagung, bihun, gandum). Beras adalah makanan berkanji yang tidak menyebabkan penghasilan gas
# Bawang
# Makanan bergoreng dan banyak lemak
# Serat (kebanyakan orang beralih kepada pemakanan sihat dengan menambah pengambilan serat. Namun masalah gas berlebihan boleh berlaku jika mengambil terlalu banyak serat sama ada daripada bijirin (oat, bran atau gandum), roti mil penuh, buah-buahan atau sayur-sayuran. Pada peringkat awal, pengambilan serat yang banyak akan menyebabkan rasa kembung tetapi masalah ini akan hilang perlahan-lahan dalam masa beberapa minggu. Bagaimanapun, ada juga yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan penambahan serat dalam diet mereka. Untuk mengelak masalah ini, anda perlu minum lebih banyak air supaya serat tidak terkumpul dalam usus. Serat boleh menyerap air dan mengembang beberapa kali ganda daripada saiz asal. Jika anda minum air secukupnya, serat ini menjadi lembut dan mudah dikeluarkan daripada usus
# Susu dan produk tenusu — Antara punca lazim menyebabkan seseorang mengalami masalah kembung dan banyak angin ialah kekurangan enzim laktase yang bertanggungjawab mencernakan gula laktosa dalam susu dan produk tenusu.
Ketiadaan enzim laktase menyebabkan laktosa yang tidak dicerna dipindahkan terus ke dalam usus besar dan melalui proses penapaian akibat tindakan bakteria. Dalam proses inilah banyak gas terhasil.
# Buah-buahan dan pemanis makanan — Makanan manis mengandungi gula fruktosa juga boleh menyebabkan penghasilan gas berlebihan dalam usus. Usus kecil kita hanya boleh menyerap fruktosa pada jumlah tertentu dan selebihnya masuk ke dalam usus besar dan menjalani proses penapaian seperti laktosa. Elak juga pemanis makanan seperti sorbitol kerana ia sukar diserap badan
Penjagaan di rumah
# Jumpa doktor gigi, pastikan gigi palsu betul-betul padan dengan gusi
# Elak mengunyah gula getah atau mengulum gula-gula (terutama gula getah tanpa pemanis atau gula-gula dietetik yang mengandungi sorbitol)
# Hentikan pengambilan minuman berkarbonat dan kurangkan makanan yang tinggi kandungan sirap fruktosa jagung
# Elak susu dan produk tenusu seperti keju lembut jika anda ada masalah tidak toleran laktosa. Sebaliknya, cuba susu yang gula laktosanya dipecahkan (rujuk pada label)
# Kurangkan makan makanan yang banyak menghasilkan gas seperti kubis, bunga kubis, kubis Brussels, brokoli, kacang dan bran. Beli ubat pelega gas daripada farmasi yang boleh membantu memecahkan karbohidrat dalam makanan yang tidak boleh diserap badan
# Makan perlahan-lahan dan kunyah sehingga lumat sebelum ditelan. Apabila makan terlalu cepat, kita menelan banyak udara
# Buat diari makanan untuk mengetahui makanan mana yang menyebabkan anda lebih cepat mengalami masalah ini
# Minum banyak air masak, sekurang-kurangnya satu hingga satu setengah liter sehari
# Jangan makan terlalu banyak kerana ia juga menyebabkan penghasilan gas berlebihan selain masalah obesiti. Hadkan pengambilan makanan bergoreng dan berlemak
# Banyakkan bersenam kerana senaman merangsang aktiviti usus supaya makanan yang tidak dihadam boleh dikeluarkan segera daripada badan
sumber : Metro Online
iklan
Tuesday, 29 June 2010
Monday, 28 June 2010
Return To Class
Alhamdulillah, kelas untuk semester pertama aku dah pun bermula, untuk kelas sabtu ahad minggu lepas lebih kepada sesi pengenalan antara pensyarah dengan kami sebagai murid, entah macam mana nak cakap, rasa gubra semacam jek bila duduk dalam kelas, mungkin sebab dah bertahun-tahun aku meninggalkan alam pembelajaran gamak nya.
Tapi apa pun untuk pertama kali aku menjejak kan kaki ke Politeknik Primer Ungku Omar ni, rata-rata bangunan kelas di sini kemungkinan dah melebihi sedekad, di dalam kelas pula kerusi meja semacam serupa dengan kerusi meja waktu aku sekolah rendah dahulu walaupun mungkin ini hanya di Jabatan Mekanikal sahaja rasa nya tapi tidak semua kelas begitu, ada yang dah ada kerusi plastik, dan ada yg dah beraircond, bagus la tu satu perkembangan yang menarik.
Pensyarah untuk semester ini alhamdulillah semua bagus, semua ok, semua memahami dan rakan2 kelas aku untuk diploma ni pun semua baik belaka, peramah dan boleh di ajak bersembang, dan rata-rata semua sudah bekerja, ada yang bekerja sebagai konstebel polis, penguatkuasa maritim, penguatkuasa antidadah, kerja swasta pun ramai dan jumlah kami hanya lah 14 org! Memadailah rasa nya sebab kami pun hanya KSS(Kursus Secara Sambilan)
Waktu lapor diri hari sabtu baru ni pun, aku dah diberi takwim untuk semester ni beserta jadual kelas, untuk semester ni hanya ada 4 subjek dan hanya 2 sahaja yang ada final paper, so aku share la dengan korang subjek apa aku belajar untuk semester ni antara nya Bahasa Inggeris Teknikal, Kaji Daya Bahan(masuk final), Teknologi Kejuruteraan Loji(masuk final) dan Amalan Bengkel Mesin.
So,doa-doalah mudah-mudahan aku tamat belajar dalam tempoh yang diberikan. Bolehlah cepat meningkat kan perjalanan karier pekerjaan aku di masa hadapan. Untuk yang masih ada peluang untuk sambung belajar aku nasihat kan buat segera dan jangan bertangguh.
Friday, 25 June 2010
Dapat Sambung Belajar Juga Akhirnya....
Salam kepada semua pembaca dan juga bloger-bloger di luar sana yang sentiasa mengambil berat dan juga mengambil tahu tentang perkembangan aku, aku ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjenguk blog aku yang tak seberapa ni.
Alkisah nya,aku kini menjadi pelajar sambilan di Politeknik Ungku Omar akhirnya, baru kejap tadi aku balik dari sesi pendaftaran dan taklimat bagi kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal iaitu selama dua tahun. Empat tahun lebih meninggalkan alam pengajian, suasana kampus dan juga kehidupan sebagai seorang pelajar dan kini kembali memegang 'title' itu sudah tentu rasa gemuruh di jiwa tu ada, mampu ke aku menggalas semua tu dan yang paling penting kini aku pelajar dan juga seorang suami. Harap Allah SWT permudahkan segala urusan aku.
Terima kasih juga kepada emak dan abah kerana sudi berkerat rotan berpatah arang dalam memastikan aku dapat juga belajar, untuk abah walaupun kita kini tidak serapat sewaktu aku kecil-kecil dahulu tapi percaya la sayang anak kepada seorang bapa dalam hati ini tak pernah kurang sedikit pun, malah terharu sangat sebab abah tolong dahulukan duit semester pertama ni, hanya Allah SWT je yang mampu balas jasa abah. Dan pada emak, bersyukur sangat kat Allah SWT sebab bagi emak kat aid(gelaran famili pada aku)yang paling baik sangat, banyak memberikan dorongan, semangat, kata-kata nasihat dan teman aid waktu pendaftaran tadi, walaupun rupa aid banyak iras abah, tapi aid tetap anak emak, luv u both so much.
So, esok dah start kelas dan yang pasti insyaallah setahun dua ni akan menjadi ke arah positif dan lebih baik, harap apa yang dirancangkan berada di jalan yang betul dan dirahmati Allah SWT.
Thursday, 24 June 2010
Bersyukur Atas Segalanya
Minggu yang tenang, alhamdulillah dapat rehat banyak minggu ini, balik rumah ada isteri yang melayan, bahagia betul rasanya. Kehidupan aku yang dari masa ke masa berubah kepada yang lebih baik, membuatkan aku lebih menghargai hidup ini, kalau panjang umur mudah-mudahan dalam rahmat Allah SWT dan kebaikan.
Waktu lunch jap lagi nak pergi ke Pejabat Agama Islam nak pergi ambil kad pengenalan suami isteri, waktu sebelum nikah memang dah diberitahu dalam dua minggu kad tu siap, so kalau kira dari tarikh nikah tu kira aku dah lewat seminggu dari tarikh yang diberi, so kene ambil juga hari ni, so memudahkan aku dan isteri nak ke mana-mana nanti dengan adanya kad tu.
Then nak singgah sparepart, nak cari kabel clutch vespa dengan pembuka plug, risau juga sebab bagi aku dua benda asas tu agak penting la, buat nye moto down pembuka plug tu penting woo..
Monday, 21 June 2010
My Past.....

Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi dalam coretan kali ini, entry kali ni mungkin bakal menimbulkan persoalan di kalangan anda semua. Begini lah, aku tak faham kenapa isu ini masih lagi ditimbulkan lagi walaupun aku sebenar nya dah pun memiliki kehidupan sendiri dan dikurniakan isteri yang baik dan solehah(insyaallah), kenapa 'mereka' ini mesti mempersoalkan diri konon nya aku ni masih terhegeh-hegeh nak ambil tahu perkembangan 'my past', oh tolong lah, korang tahu tak korang tu hanya bodoh berperansangaka begitu sebab aku memang tak ambil tahu langsung dah.
Ada pulak suara yang cakap aku nak tunjuk kebahagiaan aku bersama isteri, nak tunjuk gambar kahwin la, untuk pengetahuan 'mereka', kebahagiaan tu bukan sesuatu yang perlu ditunjukkan, kalau kita bahagia, gembira tak perlu beritahu, tak perlu canang, tak perlu heboh sebab orang akan tahu sendiri, tengok muka pun orang tahu kita gembira. Bukan tengok muka dalam facebook ke twitter ke sebab tengok gambar dalam tu memang boleh menipu, kalau dalam semua tu time kita sedih pun kalo dalam gambar kita senyum orang masih anggap kita gembira! Ni tengok real pny, live bkn dalam semua tu. Aku gembira sekarang dan insyaallah hingga akhir hayat bersama isteri.
Dalam rumah tangga mesti la ada asam garam nya, pasang surut nya, sebab semua tu adalah rencah perkahwinan, tapi 'mereka' ni yang tak halal ni pulak dok sibuk-sibuk nak komen pasal kehidupan aku saat ni, harap belaja je pandai, degree bagai tapi bodoh kepalang, malang korang ni siap bangga dengan maksiat pulak tu, bodoh kuasa dua betul.
Aku tahu je ada yang tak puas hati dengan life aku sekarang, sebab tidak dijangka kan, sebab keluar dari paradigma korang cara aku kan? Ni la Mohammad Shahid, Nabi Muhammad SAW sendiri mengajak ummat nya berbaik sesama manusia, bukan mendengki, bukan mengutuk, sedar la 'mereka'!
Tuesday, 15 June 2010
Peluang Seterusnya Atau Peluang Terakhir?
Alhamdulillah, permohonan aku untuk buat PJJ di peringkat diploma dekat PUO dah pun diterima, pendaftaran akan bermula 25 Jun 2010 ni bersamaan dengan hari jumaat. Entah la, aku gembira sebenarnya sebab masih diberi peluang untuk menyambung pengajian, cuma masalah sekarang ni ialah duit yuran untuk semester pertama ni aku tak berapa nak ada modal sangat, mintak tolong dengan mak abah alhamdulillah dorang nak tolong.
Aku memang nak sangat sambung belajar, nak improve diri tak nak kat tempat ni sebab aku dah letih diperkotak katik, dah letih menerima arahan je, insyaallah aku akan buktikan pada semua yang selalu mempertikai kan kemampuan aku. Harap Allah permudahkan segala urusan.
Aku memang nak sangat sambung belajar, nak improve diri tak nak kat tempat ni sebab aku dah letih diperkotak katik, dah letih menerima arahan je, insyaallah aku akan buktikan pada semua yang selalu mempertikai kan kemampuan aku. Harap Allah permudahkan segala urusan.
Monday, 14 June 2010
Our Big Day | Shahid Nur Juwaini
Alhamdulillah, segala yang dirancang diizinkan Allah SWT untuk berjalan dengan lancar akhirnya selesai juga, diri ku kini sah menjadi suami kepada Nur Juwaini. Untuk kesekian kali nya aku memohon seribu kemaafan kepada semua sahabat handai, kawan-kawan, saudara mara, adik beradik serta orang tua ku sekiranya majlis perkahwinan yang kami adakan ini terdapat kecacatan, kepincangan, serta kelemahan sana sini kerana siapalah kami untuk menjadikan nya yang terbaik, cukup sekadar mennghiburkan hati kalian dan sekiranya ada yang berkecil hati, sepuluh jari kami memohon kemaafan kepada anda semua.
Pelbagai perasaan bercampur baur tatkala saat melafazkan ijab dan qabul, kini tanggungjawab semakin berat, banyak rencana yang harus dibuat, pelbagai ujian akan menjadi lebih hebat, dan mudahan Allah SWT sentiasa bersama kami suami isteri dalam menjalani bahtera rumah tangga serta melayari gelora nya dengan pimpinan Mu.
Buat masa ni kami belum lagi merancang untuk ke mana-mana berbulan madu, cuti kahwin pun masing-masing ambil seminggu je, insyaallah tiada aral melintang, hujung tahun ni akan ke Indonesia( Indon lagi....) untuk berbulan madu. Tapi sempat la kami ke Cameron Highland kejap, bermalam di sana, berdua, bermesra dan ber........... haha.. Nak salah apa betul tak, benda dah halal.
Banyak benda nak dicoret kan, insyaallah dari masa ke semasa aku akan update. Minta maaf sangat pada followers my blog, pada silent reader yang sentiasa membaca dan mengambil berat perkembangan aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)