iklan

Wednesday, 27 January 2010

Selamat Tinggal KL!!!


Alhamdulillah lastly aku dapat jugak bertukar ke Ipoh, lega gile rasa nye. So hari ni aku kene lapor diri di HQ Bomba dekat Putrajaya untuk dapatkan surat penempatan di Ipoh , dan minggu depan akan start kerja di tempat baru. Aku mintak maaf pada kawan2, pengunjung blog yg selalu mengambil berat pasal aku, read my blog anad everything la, aku betul2 hargai nya. Aku tak selalu update blog sekarang memandangkan sindrom anti klimaks selalu je jadi penghalang, by the way aku akan cuba update jugak untuk korang sahabat semua. Tiada apa yg mampu aku ucapkan selain ucapan terima kasih banyak2 pada semua ofismate aku, berkawan dgn korang mmg mematangkan aku, ada saat kita berduka, bersedih, bergumbira bersama dan aku akan ingat kenangan tu sampai bila2, dan harap kita dapat bertugas bersama lagi. So, what i m doing this week? Of couse la menyiapkan kerja2 last kat opis dan packing barang2 kat umah sewa, sebenarnya mak aku tak taw pun aku dpt tukar ni, sbb aku nak buat suprise kat dia, tengok la nanti. So, about my roomate nanti naza dia akan keseorangan la. Haha, mesti boring dan bosan kat umah takde sape yg nak mengusik dah. Kat Naza pun aku ucapkan bebanyak terima kasih dan seribu kemaafan andai terkasar bahasa, terlempang dan sebagai nya, aku cuma la seorang teman biasa.


Nota kaki : Aku benci hipokrit.

Monday, 18 January 2010

Apa Dah Jadi Dgn PJJ Aku???!!!!


Errr, aku tak daftar pun sebenarnya. Aku tahu aku dah kecewakan banyak pihak terutama kenalan rapat sebab perkara ni aku dah war2 kan sebelum ni, tapi apakan daya kita mampu merancang tapi Allah SWT jua lah yang menentukan. Sebenarnya banyak faktor pendorong aku menangguh kan PJJ ni buat kali kedua berturut2, sebab yang pertama adalah untuk penggal pertama tahun ni aku kena berhempas pulas untuk persediaan perkahwinan aku bulan 6 ni, memandangkan banyak perkara perlu diselesaikan jadi aku kene tumpu pada perkawhinan aku dulu, yang seterusnya aku rasa selama ni banyak gile aku nyusah kan GF aku, dari segi tempah dewan, cari caterer, beli persiapan pertunangan, semua dia yang buat memandangkan aku kat KL dan masa yang ada untuk dia pun sabtu dan ahad jek jadi masa berdua tu la aku tolong mana patut. So, sekarang dewan dah tempah dan kompem la majlis perkahwinan kami akan aku dibuat di Dewan UMNO Ipoh, bab catering pun papa(bakal bapak mertuaKu) dah carikan, kata nya RM8 satu kepala, senarai jemputan tetamu masih belum dibuat dan papa dan mama pesan sediakn secepat mungkin sebab nak bajet tetamu yang hadir. So, bab ni later stori kat kome, berbalik pada PJJ aku ni, sebenarnya tawar hati pun ada sebab surat tukar tak dapat2 lagi dari HR KPKT, aku betul2 give up. Bile aku tak dilepaskan lagi, banyak benda aku tak boleh nak buat, sedih gile. Aku memang dah bersabar abis la ni, kenapa takde sape yang paham..... Sambung nanti ok...

Siapa Aku















Susahnye nak pejamkan mata malam ni, waktu entry ni ditulis jam kat laptop aku dah dekat 3.15 pagi, naza pulak dah lena tido. Sebenarnya aku baru sampai dari Ipoh pukl 1 td, so sebab aku cuti dari hari khamis hari tu banyak jugak la kain baju tak berbasuh, jadi sampai je tadi aku terus basuh baju dan keluarkan baju2 kotor dlm beg. Penat jugak sebab t'kejar2, nak buat itu nak buat ini, tapi tak mengantuk jugak. Minggu ni nak daftar kursus kahwin sebab nak cepat kan proses daftar perkahwinan, mana la tau buat lambat nanti risau ada masalah pulak. 14 Februari bakal menjelma, so how about my preparation with my engagement? So far alhamdulillah, bagi aku bulan Februari yg akan menjengah tak lama ni adalah bulan penuh kebahagiaan, kerahmatan, rezeki dan macam2 lagi. Sebab bulan Februari ni, result GF aku samada dia lulus temuduga dalam jawatan Pegawai Imigresen tu, then birthday dia, pastu pertunangan kami. Tapi yg aku dok harap2 sgt pasal kerja tu la, harap2 dia dapat. Aku harap apa yang dia dah lalui selama ni berbaloi sebab aku cinta dia, biar la masa silam dulu tak payah nak ungkit2, aku sendiri ada my own past, so sama la ngan dia. Masalah nya boleh ke kita lari dari kisah silam kita, macam mana berjaya nya kita untuk hadapi semua tu? So, siapa aku sebelum dia hadir dalam hidup aku, dan hebat sangat ke aku untuk dia? Kadang2 ter'emo' jugak bile mengenangkan siapa diri ni, tapi dah la kita stori pasal lain pulak. Minggu lepas sabtu ahad mmg bz gile, pergi butik bayar separuh duit pakej kawin, pegi tengok baju, cari selendang untuk my syg, petang sabtu lepak kat padang sebelah Ipoh Parade saja 'shoot' belia main bola, so aku bawa la my syg jadi peneman setia. Kusut pun ada jugak aku ni, byk sgt pikir rasa nya.

Friday, 8 January 2010

Nikon KL Official Launch


Petang ni lepas kerja terus bergegas balik rumah sebab nak pegi Time Square sebab tak nak ketinggalan 'Launch Of The 1st Nikon Centre'. Nasib baik aku sempat sampai sebab model photoshoot lebih kurang setengah jam nak start, tengok jam baru kul 7.30 mlm, pukul 8 jap lagi baru model2 yang comel2 keluar. Tak sabar aku nak shoot, time tu memang ramai abis photographer2, de yg amatur, pro pun ade rasenye, masa time model2 tu keluar apa lagi masing2 sibuk dengan kamera, nak ambil pose terbaik la katakan, phuh berpeluh aku. Ada beberapa pic aku nak bagi korang tengok, tapi takde la cantik mana sebab ni 1st time aku shoot model.

Monday, 4 January 2010

:::::::::::::::::::::::::::::::











Ni anak buah aku yang first si Najib ni dah pandai berjalan, tapi baru sangat2 la memang cute la tengok die studi camne nak jalan step by step. Aku sempat snap bebarapa pic masa mak die mandikan kan kat 'swimming pool' die. Tengok2 le ye.

Skuad Bola Sepak Perak 2010






Aku tak pergi pun masa perlancaran penaja baru jersi Perak kat Ipoh Parade baru2 ni, memandangkan aku berkerja di KL, tapi gambar2 ni diambil oleh abang aku, jadi aku uploadkan la untuk tatapan korang.

Selamat Datang 2010!!!






Dah bape ari aku tak update blog disebabkan kesibukan aku hujung minggu hari tu, pagi ni kat ofis lengang gile, sunyi+sepi, aku sampai lewat pagi ni, tak tau nak mintak tolong sape 'awal' kan aku, selalu mintak tolong budak2 PTS, tapi dorang dah takde. Sabtu Ahad baru ni aku memang sibuk abeh, alhamdulillah Mak Yong nak tolong book lan dewan untuk kami, petang ahad lepak kat SPA Mak Yong dekat Jelapang, Mak Yong tanya aku tak nak buat facial kat SPA die ke sebelum kawin, aku beritahu Insayaallah akan buat nanti. Sabtu pulak abeh masa dekat 2 jam pegi Jalan Kuala Kangsar pegi cari barang2 nak buat hantaran, pergi dengan syg, Mak Su dengan Ain. Aku sebenarnya segan dengan Mak Su, abeh hantaran tunang sume aku mintak tolong die buatkan. Minggu ni mungkin tak balik rasanya, aku sebenarnya dok tunggu surat penempatan dari HR untuk perpindahan aku ni, tapi haram sampai sekarang tak dapat2 lg, bongok ke ape ntah, 16 hb ni dah nak daftar KSS kat politeknik, dah dorang buat camni, aku pun tak pasti nak sambung bulan ni atau bulan 7 nanti, tensen gile dengan banyak benda nak kena fikir. Takkan pihak HR tak tau pulak aku ni nak sambung belajar part time, abeh aritu nape suruh lampirkan tawaran aku dapat sambung belaja tu, ade akai ke? Kalau aku daftar jugak 16hb ni maknanya sabtu ahad aku kene balik Ipoh la untuk attend kelas? How come, modal beso kot, gampang betul!! Aku betul2 runsing, nasib baik la sayang aku memahami, die la yang banyak tenangkan aku yang baran ni. Bulan ni mmg pack la aktiviti aku, 5 hari berkerja, sabtu ahad(2 hari) pulak kene balik Ipoh untuk pastikan persiapan pertunangan 14hb Februari ni berjalan lancar. Sakit kepala betul aku nak hadapi semua situasi ni.