iklan

Tuesday, 23 March 2010

Beransur-ansur Sihat


Maha suci Allah SWT yang megizinkan aku terus menulis di ruangan blog ni. Alhamdulillah segalanya sudah terjawab, my fiance dapat posting di Jabatan Imigresen Ipoh, lega betul rasanya bila selesai melalui fasa ini.

Apa yang harus dilakukan sekarang adalah bersiap-siap untuk tarikh keramat 6.6.2010 yg akan datang, kemungkinan nikah akan diadakan awal dari tarikh asal iaitu memandangkan kami berdua telah bekerja di kawasan yang sama, jadi rasanya tiada apa yang menjadi masalah untuk kami berdua meneruskannya.

Tapi yang paling penting dlm entry ni aku nak mengumumkan aku akan bermain utk skuad bola sepak bomba Ipoh ni, semalam dah tengok game dorang masa lawan dengan Ipoh Specialist, aku tak tengok dari awal tapi yang aku tahu masa aku tengok tu bomba kena 3-0. So, khamis ni start training dgn team baru selepas takde rezeki dengan skuad utama KPKT. Aku sempat sembang dengan coach(anggota bomba), so dia beritahu kene turun training dulu, dan kalau dapat tempat dalam skuad, satu surat akan dikeluarkan kepada pihak pengurusan menyatakan aku bermain untuk bomba dan pelepasan akan diberikan sekiranya berkaitan dengan pasukan.


Thursday, 18 March 2010

Cinta Ini Membunuhku

By : D’Masiv

Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

[Reff]
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

Back to Reff

…. Wooo…Uuhh…Haaa…

Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku

Wednesday, 17 March 2010

Sekarang Dah Bersimpang

Alhamdulillah,petang ni aku dapat lg teruskan pengisian untuk entry dlm blog aku, rasa lama pula tak update. Modal tu ada,tp nak terjemahkan dalam bentuk penulisan tu aku tak berapa pakar. Dalam aku tak sedar dah masuk bulan ke dua aku di JBPM Perak ni sebenarnya, so banyak benda yang dah dipelajari, selok belok pengurusan stor pun dah ada sedikit pengisian ilmu nya walaupun masih banyak yang harus dipelajari. Aku harap dalam masa terdekat ni adalah surat jemputan menghadiri kursus pengurusan stor di bawah kendalian INTAN, sebab buat masa ni aku memang perlukannya.

Untuk keharmonian masa hadapan aku harap boleh ubah sikap aku, dan yang penting berfikiran positif dan elakkan berprasangka. Kadang-kadang kita susah nak hadapi kenyataan, tapi untuk berjaya aku kena juga belajar hadapi semua tu. Kerana cabaran selepas ni sudah tentu jauh lebih hebat. Yang penting bila ada ilmu orang akan hormat kita, orang lain tak kan sewenang-wenangnya memperbodohkan kita, mempertikaikan kita untuk segala macam.

Aku tahu ramai je yang tak suka aku, kenapa salah ke aku nak mempertahan kan hak aku? Aku ada amanah yang perlu aku jaga. Kadang-kadang aku sentap jugak dengan manusia jenis macam ni, honestly kalau kau nak jadi sebahagian dari orang yang nak tengok aku hancur,tu pilihan kau dan aku takde hak pun nak halang.

Orang tak faham apa yang aku tanggung, kalau la aku boleh ceritakan semua ni, luahkan segalanya kan senang, ingat la pepatah dulu binatang dipegang pada talinya, dan manusia dipegang pada janjinya. Aku berhak pilih cara hidup aku sendiri selagi tak bertentangan dengan syariat dan ajaran Islam, betul tak?

Dari A-Z aku disalahkan, cakap je tak betul(termasuk penulisan aku dalam blog) ada je nak dikondemkan. Jangan ingat aku bodoh, even nak bersulamkan bahasa sebab aku still faham. Kalau betul sekalipun buktikan lah. Jangan main cakap belakang je,publish something yang diri sendiri tak tahu hujung pangkal, lain kali dengar dua belah pihak punya statement baru kene caranya. Cuma nak pesan, lain kali kalau nak cakap, selidik betul-betul, sebab takut kata-kata kita tu akan jadi fitnah, ingat lah dosa fitnah tu lagi dahsyat dari membunuh! TITIK.

Nota Kaki : Sabtu ni nak derma darah lagi sebab dah cukup 3 bulan.


Thursday, 4 March 2010

Stupid People Around Me!

Is good try to attack me from behind, but you must know something that i dont care what people say about me, this is my blog and if you don't like about my entry or anything in this blog is up to you because I DONT CARE! Dosn't mean you have a a lot money or you got everything you need then you can judge me! Bullshit!!!!

Phuhhh, main pukul-pukul belakang beb ni dah kira main kasar, ke kau nak jadi TALAM, kau paham TALAM? Kalau kau takde kamus Dewan Bahasa kau pergi je library then search pe maksud TALAM, pastu reply entry aku ni kalau kau betul anak JANTAN! For ur information aku tak rugi pun kalau tak kenal kau. Dan kalau betul kau TALAM, sila la blah dari jalan aku.

Kenapa nak terasa dengan entry2 aku bagi pihak dia, kau sayang dia dan kenapa nak backup dia? Dah tentu semua orang pernah buat silap, dan tak akan berhenti dari buat silap. betul tak? Check background dia dulu la, krisis rumah tangga, umur dah meningkat but personaliti BARAI, if betul dia baik, or MR PERFECT kenapa hidup kau tunggang langgang? aku tak payah kawan dgn dia aku boleh tahu dia camne dan i am rite about him! You loser man... Jgn nak sembunyi kelemahan kau dgn muka kau yg jambu mcm GAY tu!!!!!!!!!

So, apa yg dia nak lagi, bawa la berubah dan sedar la yg dia tak kan dpt memiliki semula, ke memang dia jenis jilat ludah sendiri? Dulu beria2 tak nak, then now boleh tny nak sambung balik pulak, kau tak malu ke? Jangan ingat umur dia tua dari aku so IQ kau boleh pijak kepala aku. Tu namanya sekolah setingkat bodohnya bertingkat2.

* Jawapan utk segala statement dari Mohd Zaidi. Kau puas skg?!!

Wednesday, 3 March 2010

Ya Allah Berilah Ketabahan Pada Hamba Mu

Perasaan bercampur baur sekarang, aku tidak pasti apa yang aku harus lakukan dengan hubungan ini, kadang2 terdetik dala hati samada langkah yang aku ambil ini betul atau tak, pertunangan boleh dianggap selangkah ke alam perkahwinan, tetapi kenapa aku tak gembira dengan semua ini? Aku lebih suka menyalahkan diri sendiri dahulu dari menunding jari kepada sesiapa. Sampai nya aku ke tahap ini bukan lah hanya dengan petik jari, aku berusaha untuk mencapainya. Aku buang kenikmatan yang suatu ketika dahulu pernah aku nikmati, yang pernah aku kecapi hanya untuk menikmati perhubungan yang jujur dan bukan kepura-puraan.

Salah ke kalau aku request satu hubungan yg baik? Selalunya kita tak nampak kesan dari segi sychology, aku dah tegur aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan sesiapa yang boleh menjejaskan hubungan kami ini. Sebagai contoh, aku ada adik perempuan yang akan berkahwin dalam beberapa bulan lagi, segala persiapan dah dibuat, dah tempah pakej kahwin, bilik pengantin pun dah decorate, langsir baru pun dah siap cume tunggu nak pergi ambil je, dah tempah katering, dah tempah dewan, dah tempah PA majlis kahwin, dah senaraikan para jemputan, dah panggil Jamal Abdillah untuk membuat persembahan pada majlis perkahwinan adik perempuan aku nanti, bak kata semua la dah siap, cuma nak cetak kad kahwin je yg tinggal.

Akhirnya, nak jadikan cerita tunang adik perempuan aku ni beritahu nak batalkan majlis, dia tak nak kahwin dengan adik aku ni atas alasan 'NO REASON', tu pun beritahu guna SMS je, ni contoh la ok sekali lagi aku cakap ni contoh! So, sebagai orang yang ada kaitan pertalian darah dengan adik perempuan, apa yang korang rasa, MARAH tak dengan lelaki tu, lelaki yang hanya pandai mainkan perasaan, apa yang mak dan abah korang rasa bila dapat tau tentang tu, apa yang saudara mara akan cakap, apa jiran-jiran cakap, apa perspektif masyarakat tentang ni? Sebagai perempuan, agak-agak adik aku malu tak, strong tak dia untuk hadapi semua tu?

So, anggap la benda ni dah berlalu then ditakdirkan Allah SWT, adik perempuan aku jatuh cinta dengan seorang lelaki lain, lelaki yang agak sederhana orangnya, lelaki yang bagi semnagt untuk dia bangkit semula dari kenangan BANGSAT lalu dan mempunyai hati yang baik dan ikhlas berkawan dengan adik perempuan aku ni, kami sebagai saudara kandung dan teman-teman hanya mendoakan yang terbaik untuk dia dan mudah-mudahan perhubungan kali ini ke jinjang pelamin hendaknya. So, dengan izin Allah SWT, diorang merancang untuk berkahwin, Alhamdulillah.

Situasi yang kedua pulak, agaknya Allah nak uji hati teman lelaki baru adik perempuan aku ni, dia dapat tahu masih ada sepupu aku, adik-adik aku, yang masih berhubung dengan bekas tunang adik aku ni, aku ulang sekali lagi BEKAS@SAMPAH tunang adik perempuan aku ni. Perkara ini dinafikan adik perempuan aku ni dengan alasan tu hak adik-adik, atau pun hak sepupu-sepupu dia, dia tak nak masuk campur yg penting dia tak berhubung dah dengan lelaki tu, secara logiknya perlu ke ada connection dengan lelaki macam tu? Sejurus selepas lelaki tu membatalkan perkahwinan dulu, sepatutnya korang dah tahu lelaki ni jenis macam mana dan kalau boleh elakkan lah ada hubungan dengan dia, betul tak?

Untuk pengetahuan juga, adik perempuan aku ni lawa orangnya, tak dinafikan ramai lelaki yang menaruh hati pada dia, tu sebenarnya dugaan berat pada sesiapa yang menjadi teman lelaki dia. Dia jugak ramai abang angkat(aku tak tahu pulak ada jugak lelaki macam ni, agaknya nak ngorat tak dapat kot), ramai lelaki yang sayangkan dia, still SMS dia konon caring, padahal semua nya ada niat tersembunyi.

So far aku dah nasihatkan dia supaya disconnect dengan laki2 yang takde manfaat pun untuk dia, fokus la pada teman lelaki baru dia tu, dan aku doakan diorang cepat kahwin, tu je yg terbaik. Tapi anjing-anjing yang memang tak faham bahasa akan terus mencari adik aku ni. Aku doakan Allah SWT lindungi mereka berdua. Amin......

Tuesday, 2 March 2010

I am not okay

Pagi ni lepas punch kad, letak laptop dlm ofis terus pegi makan. Semacam ada yg kurang, aku breakfist bihun goreng dgn teh O panas. Setiap detik yg berlalu terasa lambat gile, feel keseorangan tu masih ada dan aku harap dapat biasakan secepat mungkin. Minggu ni Jabatan Bomba Perak ni agak bz dgn interview kenaikan pangkat anggota2 diorang. Aku duduk dlm stor ni mmg bosan abeh, nasib baik laptop jd peneman aku tak boleh bygkan kalo takde laptop ni, mmg tak tahu nak buat apa dah. Tp apa boleh buat ni la keje, aku harap aku akn tabah untuk hadapi semua ni biarpun k'seorangan.

Monday, 1 March 2010

::Orang Biasa::

Masa grad Politeknik Seberang Perai Jun 2006 aku lepak kat umah jap dlm sebulan then try cari keje kat Penang, alhamdulillah aku dpt keje kat kilang AMD, seingat aku dalam bulan 7 2006 kot, kilang ni buat mikrocip komputer yg kebanyakan nya ada kat komputer dan laptop kita skg, setahu aku pesaing AMD ni Intel je la nun tak jauh dari kilang aku kerja ni. Time keje pulak 12 jam, contoh nya masuk pukul 6 pg, keluar pukul 6 ptg, masuk 6 ptg keluar 6 pg, masa tu aku dok dkt Permatang Pauh, kilang nya di pulau dekat Bayan Lepas, ingat lagi time tu Queensbay baru je nak siap, cat pun belum lg, so berbalik pada tmpt tinggal aku di Permatang Pauh, aku duduk dkt Pangsapuri Persona yg mana rumah tu aku dan kwn2 sewa dari aku belaja kat Poli lg. So, pegi keje time tu naik bas dan kdg van kilang, bila teringat zaman tu kdg2 mengusik hati jugak. Mana tak, kalau dulu nak masuk keje shift pg pukul 6 tu, aku kat umah pukul 4.30 dh bgn, ye la nak menunggu van kilang ambil, tp yg heran aku x pernah MC or tuang keje selama aku keje 7 bln kat sana, satu fakta yg kdg2 buat aku terfikir kenapa aku skg ni tak boleh jadi mcm dulu dari segi punchualiti( betul ke aku eja ni?). Best keje kat AMD ni, sistem jadual keje dia pun menarik, keje 4 hari cuti 3 hari, keje 3 hari cuti 4 hari. Sapa yg keje kilang mesti tau pny, kira dlm sebulan kita keje 14 hari je, dlm soal gaji pun walaupun aku pekerja kontrak, compare dgn permanent staff gaji kami tak lari byk la. Aku rindu gila dgn suasana tempat keja sana. Bab pengalaman memang byk, dpt bergaul dgn ramai org, dpt kenal kwn2, pendek kata kalau aku x servis dlm gomen ni aku sanggup mtk keje kat sana blk. Tp syg betul byk gmbar2 kat sana hilang entah ke mana, dulu tak rasa nak simpan tp bila t'kenang saat2 dulu mula la nyesal.

Kerna Kamu


Siot lah, nyesal gile g lepak kat Oldtown tadi pekena pulak kopi penyudah nya tak boleh tido la jawabnya, esok pagi mata mesti sembab kaw punye. Rindu gila dgn teman2 ofis lama kat KL dulu, walaupun sometime cam ada leesal kat hati sbb mintak tukar balik state ni. Sbnr nya yg terbaik for my career developement aku kena stay dulu kat ministry, collect dulu experience bebanyak baru balik menabur bakti di negeri sdr. Kalau tak sbb department aku ditukarkan ke Kementerian Wilayah aku rasa myb aku masih di KL lagi. By the way yg dah berlalu biar la pergi, aku cuma harap ada insan yg menghargai pengorbanan aku ni.