iklan

Friday, 21 May 2010

Saat Ku Terjatuh.......

Terik gila cuaca arini, dah cam kat Sudan lak rasa nya, bernafas pun panas, kebetulan naik moto pergi keje arini, kat trafic light masa berhenti time on the way nak solat jumaat tadi, rasa nak pitam pun ada, berpinar-pinar mata, nak buka pun kecik je anak mata tu dek bahang panas mentari tu, alhamdulillah semuanya ok dan skg leh duduk di kusyen empuk dalam stor aku yg tak berapa nak complete ni, asal kan aircond kuat sudah, kering sket ketiak aku ni.

Semalam sesi photoshoot untuk album kahwin versi studio, nnt time kawin de lagi amek gambar, tp more to candid la yg aku pergi semalam dgn tunang ni tu yg studio punya, maksud nya kami kene pakai 4 persalinan baju, yg pertama Jepun pny pakaian tradisi yg dikenali sebagai 'kimono', honestly tunang aku mmg betul2 masuk dgn 'kimono' tu, lawa je rupanya, aku sampai tak berkelip-kelip mata sbb terpesona, nmpk kejelitaan terserlah. Hopely one day dpt belikan hadiah 'kimono' utk bakal isteri aku. Boleh gak hjg2 mggu bila berdua kat rumah suruh dia bergaya dengan 'kimono' tu. Haha, panjang nye angan2 ye.

So, tu je la serba sedikit kegembiraan yang aku dapat rasa dlm bulan ni, jadi la dari langsung tak ada. Tadi dah isi form cuti untuk kahwin ni, aku ikut tunang aku la cutinya, start 2.6.2010-9.6.2010, dah nak kahwin ni ada je pakcik2 kat sini nak ngusik-ngusik aku, ada jugak yg bagi nasihat, tips pun ada gak, haha... Yang mana boleh diguna pakai insyaallah aku cuba. Saat menempuh kehidupan sebagai suami isteri dah tak lama je lagi.

Aku harap aku tabah untuk hadapi semua ni, biar pun banyak onak dan duri, biar tiada siapa yg paham, aku akan kuatkan semangat untuk berjaya dan buktikan pada semua orang, aku juga boleh berjaya..
Jumpa dalam entry berikut nya..

Sunday, 16 May 2010

Tak Bisa Memilih Kamu

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….


Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…

Saturday, 8 May 2010

KRITIKAN + SINDIRAN + KUTUKAN = THIINK POSITIF

Hidup harus ada pro n kontra, suka atau tidak puji dan kutuk. Inilah lumrah kehidupan.

Tapi bagi aku , aku akan terima semua kutukan kerana aku tahu dari situ juga aku tau akan kekurangan aku. Dan tak semua org boleh terima bermacam2 sindiran dgn open kita manusia ada had kesabaran yang maksimum!! “ Gunung akan meletup juga satu hari nanti…. Jadilah ia gunung berapi..”

Jujur.. aku terpana membaca satu tulisan di facebook aku begitu lantang kata2nya… YA ALLAH… apa sebenar tujuan utama Si ??? nak sampaikan.. !! kalau tak puas hati dengan aku.. just direct to me… tp jangan nak melibatkan org lain.. tolonglah respect each other.. !! ..” jangan kerana kari ayam tak sedap.. ayam di persalahkan… “

Manusia memang harus diingatkan dan mengingati… tak salah semua itu.. tp cara kita perlulah ada strategic.. guna psikologi.. bukan nak main redah jer.. “ Bagi salam… sebelum masuk rumah org…”

Terfikir juga aku.. apa salah aku?? Adakah kerana imej aku bukan sebagai lelaki muslim yg di tuntut islam.. itu boleh jadi isu.. !! Apa guna kalau menutup aurat tp sikap dalaman tak dijaga.. ( bukan aku mengutuk org yg menutup aurat…) ..jangan hukum seseorang dan buat taksiran yg tak baik hanya kerana luaran seseorang.. !! “ tak kenal.. maka tak cinta….”

Adakah aku ini menunjuk2..obses dengan kehidupan cinta aku??

Salah ke aku.. aku tunjuk rasa cinta.. sayang .. rinduku.. buat org yg aku sayang.. Tak terlintas aku ada sikap utk riak atau megah.. tp apa yg aku buat adalah naluri aku.. datang dengan sendiri… bukan sinetron@drama indon… bukan untuk membuat org rasa muak @ meluat… tp inilah cara aku meluahkan rasa di sudut hatiku yg dalam.. hanya org yg ada rasa magnet akan rasa cantuman luahanku itu….”

Umur bukan pengukur untuk kita menilai seseorang.. memang yg muda harus menghormati yg tua.. tp bagi aku kita manusia.. tak kira apa pun usia kita.. agama kita.. ajaran kita sebagai manusia.. hak kita tetap ada untuk saling menghormati.. Dan tak salah kalau yg muda menegur yg tua..kalau ada yg tak betul atau dalam kesamaran.. !!

Walaupun aku muda.. ( iya ke.. hehee) baru 24 tahun.. tapi aku dah matang.. kerana kematangan aku ini adalah kerana faktor persekitaranku.. cara aku dibesarkan dan bergaul dengan org disekeliling.. 24 tahun aku dibesarkan dengan banyak pengalaman kehidupan aku.. belajar dari kesusahan dan kesilapan yg lalu.. maka sekarang aku jadi kebal.. Salah satu Kekebalan itu yg buat aku semangat untuk bersuara.. Bukan bersuara untuk menikam lidah tp bersuara untuk mempertahankan apa yg aku rasa kebenarannya…Ada fakta2 yg boleh mengukuhkan kalau aku berbicara… bukan sekadar omongan kosong… “ bukan angkat bakul sendiri…. “

Kita memang tak boleh nak puaskan semua orang.. lagi kita mencari kepuasan dalam hidup..lagi banyak kita akan rasa kerugian dalam hidup.. cukuplah kita bersyukur apa yg kita ada.. !!

Apa2 pun yang terjadi.. aku think positive.. biarlah org nak kata apa.. aku tau aku dilandasan yg mana.. masih belum tergelincir.. !!

Yang pastinya aku masih waras dan masih ada harga diri.. !!

Untuk sahabat2ku, sentiasalah berdoa agar kita semua dipanjangkan umur dan tiada sebarang masalah yang berlaku selagi kita bergelar sahabat. Tuhan menyayangi pada mereka yang sentiasa berdoa. Dan mengenali dan mendekati sebahagian dalam hidup kalian ini adalah anugerah Tuhan kepadaku yang tidak terhingga. Semoga kalian terus menyinari hidupku dan sentiasa menjadi mimpi-mimpi indah dalam tidurku. Jangan ada rasa sesal dalam diri dan jangan menyakiti hati orang lain.

~ kita sering mencari bahagian-bahagian yang masih kita rasai tidak sempurna, tetapi janganlah pencarian itu berakhir dengan perkara yang sia-sia dan membuang masa ~

“Mohammad Shahid Bin Mortaza…… be urself.. !!”