iklan

Saturday, 31 July 2010

KL, I come again..

Salam semua, lama jugak tak upadate blog ni, sibuk je manjang tambah2 skg ni kene tanngung keje, so paham2 je la, keje pun asyik rushing je, kat opis tu org lain bkn boleh suruh buat keje lebih sikit, kalau dah dibagi keje tu, sampai pencen la tu je nak buat, langsung tak boleh nak buat keje lain, tapi takpe la at least aku belajar byk bnd. Sebenar nya aku baru je balik dari Lumut rabu baru ni setelah 3 hari di sana sebagai pencatit minit mesyuarat ketua2 balai bomba dan penyelamat negeri Perak ni, letih gila beb. Ni semua EO aku pny keje la, katanya ayat2 dan penulisan aku dalam blog ni best, menarik la, last2 aku ditariknya sbg pencatit minit dan urusetia, penat pun tak abes lagi ni.

Minggu depan ada kat kl pulak, kursus pengurusan aset alih kerajaan kat INTAN Kiara, kursus ni pulak 4 hari, pergh rabak poket bai, tapi leh claim cuma masalah nye penat la. aku tak pasti la nak b'tolak esok atau awal pg isnin, drive sorg2 ni phm2 je la. Yg kesian wife aku la, belum puas nak manja2, ni kene pegi kl 4 ari pulak. dlm surat penginapan disediakan katanya, tp member aku pulak gtaw mmg disediakan tp kene awal la sbb fist come fist serve. hmm, mane2 je la. jnj aku dpt tmpt tido sudah,kalau takde pun leh je tumpang tido umah membe2 kat kl.

So, pe lagi nak share ek, hmm.. ha, aku dah dpt umah sewa kat Bercham, boleh la umah 2 bilik. siang tadi pegi cat undercoat, esok nak cat prime cat pulak, wife aku yg pilih kaler, aku ikut je. hehe. letih bdn ngecat td, nasib baik ade adik ipar tolong so ringan la sikit. umah tak besa sgt pun, cukup la tggl berdua. masa cat siang tadi sama2 la ngemas, bilik2, blk air, lipas ngan cicak lak b'sepah umah tu, nnt beli ubat la kat lokin ade jual ubat tu.

Wednesday, 21 July 2010

External Disk Failure. Damm!!!!!!!!!!!



Lastly benda yang aku takutkan selama ni jadi kenyataan gak, external aku disahkan rosak sepenuhnya, banyak kot file dalam tu, movie best2, gambar2 aku dgn wife masa mule kenal pun ade taw, aduhai kecewa gila. Aku pun tak tahu la kenapa dgn external ni, masa dok kl dulu ok je bila dah pindah ipoh ni macam2 jadi, dugaan betul la.

Rupa-rupanya hard disk ni even senang dibawa ke mana-mana tapi sebenarnya satu benda yang sensitif, tak boleh kasar-kasar sangat . Yang paling sedih fail-fail dalam tu dah tak boleh nak trace balik. Serius aku sedih gile, next time kene beli baru la nampak nye.

Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics

Tuesday, 20 July 2010

Aurat Isteri Tanggungjawab Suami

Pihak yang berkenaan tolong la paham. Aurat bukan sekadar memakai baju dan bertudung je. Kalau pakai tudung tapi seluar ketat, baju singkat tu ape cite? Aku dah nasihat, so tanggugjawab aku dah lepas. So,tu antara kau dengan Allah. Kita ni tak rasa ape ke aurat isteri jadi tatapan lelaki lain? Kenapa la degil sangat. Ke sebab diri tu bagus sangat langsung tak boleh ditegur?

SOALAN:

ADAKAH suami menanggung dosa isterinya yang tidak menutup aurat/mendedahkan aurat kepada yang bukan mahramnya?

JAWAPAN:

RUMAH tangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan isteri semata-mata.

Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredaan Allah s.w.t.

Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardu ain).

Firman Allah s.w.t bermaksud: Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka. (al-Tahrim:6). Para ulama ketika menafsirkan ayat ini berpendapat bahawa suamilah yang bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarganya daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami menyelamatkan ahli keluarga dengan mendidik mereka dengan ilmu agama. Mengajar mereka ilmu fardu ain yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam termasuklah ilmu tauhid.

Setiap Muslim perlu mengetahui batasan auratnya. Seorang wanita wajib mengetahui batasan auratnya. Sejak dibangku sekolah lagi ustaz dan ustazah telah mengajar mereka batasan auratnya, malahan di dalam silibus KBSR dan KBSM juga menjelaskan demikian.

Malahan ibu bapa juga mengajar mereka had aurat. Namun, apabila dewasa, ada di kalangan wanita yang melihat kefarduan menutup aurat ini sebagai satu budaya orang Melayu dan bukan persoalan agama. Tanggung jawab dan peranan mendidik berpindah ke tangan suami apabila seseorang itu dikahwini oleh seorang lelaki.

Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami jelas bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah tangga terutamanya dalam mendidik keluarga. Suami wajib menasihati isterinya dengan penuh bijaksana dan hemah supaya isteri boleh menerima perintah menutup aurat dengan rela hati tunduk dan patuh pada perintah Allah.

Rasulullah s.a.w. ada berpesan agar setiap wanita itu dididik dan ditegur dengan penuh kelembutan dan dedikasi. Nabi mengingatkan kita agar mereka tidak dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana yang demikian akan membawa padah pada si isteri.

Setelah dinasihat dan diajar serta ditegur, mereka masih lagi enggan menutup aurat maka suaminya tidak berdosa. Ini kerana suami sudah berusaha menyedarkan akan perintah Allah menutup aurat, tetapi masih ingkar. Maka dosa keengganannya menurut perintah Allah akan ditanggung sendiri dan bukannya suami.

Dalam surah al-Nur, Allah berfirman yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31).

Dalam ayat ini jelas Allah s.w.t. memerintahkan kaum perempuan menutup aurat dan perintah ini wajib. Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya melainkan kedua telapak tangan dan wajah.

Ulasan : Buat suami, sedarlah tanggungjawab kita besar selaku ketua rumahtangga. Aurat isteri dan anak-anak pastikan dipelihara. Kalau tidak kelak, kita bakal menanggung akibatnya di hari pembalasan!


Wednesday, 14 July 2010

Luahan Hati

Sama-sama lah kita renung kan.

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmm lah!!


But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau "assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate
gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Every nite,very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah,aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin,
barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah
isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat diorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! dan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!!

So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut.Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !!Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak
ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga.

Our life graph becomes very the monotenous, then we realised,jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.

Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!






Monday, 12 July 2010

Pangeran Cinta St12





Latest song from ST 12 Pangeran Cinta, band seberang yang kini mendapat sambutan di Malaysia.


Klik link untuk download - DOWNLOAD






Selamat Tinggal | Masa Kecil



Entah macam mana nak mula untuk entri kali ini, berbeza benar rasa nya kerana aku telah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan pengajian aku di Politeknik, aku sedih sangat dan keputusan ni telah pun dibuat setelah berbincang dengan isteri. Aku sedih tinggalkan kawan-kawan kelas walaupun hanya sempat berkenalan bebarapa minggu. Apa-apa pun korang memang best dan aku doakan korang semua sambung belajar sampai graduasi, aku doakan korang.

Aku tahu, dengan keputusan aku ni aku telah pun mengecewakan ramai orang, terutama orang yang melahirkan aku sendiri iaitu emak! Antara sebab nya ialah sebab aku gagal untuk memberi komitmen dengan pembelajaran aku sendiri, selain baru belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan baru jadi aku rasa wajarlah aku memberi perhatian untuk satu perkara dahulu. Tambahan di JBPM Perak ini bekerja seumpama berada di 'universiti' perkhidmatan awam. Maksudnya segala selok belok tentang pengurusan, kewangan, aset, dan bermacam lagi dan tambahan 'freshy' seperti aku ini sudah tentu memerlukan satu tenaga tambahan untuk 'cath up' semua tu, so aku rasa advantage kat aku la lepas ni keje jabatan kerajaan lain sebab banyak sangat knowlwdge kat sini yg aku perolehi.

So, bercakap tentang entri ini, aku dikhabarkan yang Politeknik Primer Ungku Omar tidak lagi mengambil pelajar KSS(Kursus Secara Sambilan) ini pada semester hadapan dan bermaksud semester ini adalah yang terakhir memandangkan MQA(formely was known LAN) dikatakan tidak mengiktiraf diploma yang dikeluarkan oleh Politeknik untuk pelajar KSS, dan persolan yang ditimbulkan MQA ialah 'logik ke 2 tahun dengan kelas sabtu dan ahad je boleh belajar semua, sedangkan kalau full time punya student diploma pun ambil masa 3 tahun untuk tamat, tu pun kalo takde yang repeat paper la', lebih kurang macam tu la. Dan satu lagi sebab tidak diambil pengajian diploma untuk pelajar KSS adalah kerana Politiknik Primer Ungku Omar dalam proses naik taraf menjadi sebuah Universiti Politeknik dan semua program sijil berakhir tahun ini bagi pengambilannya. Untuk tahun hadapan buat pertama kalinya Politeknik Primer Ungku Omar akan hanya ada kursus di peringkat Diploma dan Advance Diploma (macam degree jugak).

Mana-mana pelajar lepasan sijil Politeknik selepas ini yang ingin menyambung pengajian di peringkat diploma bagi pelajar KSS, kursus hanya ditawarkan di Kolej Komuniti sahaja. Kemungkinan bukan rezeki aku kali ini, tapi akan datang tak siapa yang tahu.









Monday, 5 July 2010

Hang Out






Gambar-gambar keluar lepak dengan member Vespa Ipoh Pulai


Ayo Kembali Ke Sekolah!











Ada beberapa gambar sewaktu kelas minggu lepas.


Friday, 2 July 2010

Lejaran Baru


Buat teman-teman di Kuala Lumpur, aku akan berada di sana pada 2-5 Ogos 2010 ini untuk menghadiri kursus, jadi jika berminat untuk 'sesi teh tarik', boleh je, text me n my number. Tempat tinggal disediakan, tapi tidak diwajibkan la untuk 'stay in', jadi sesiapa yang ada bilik lebih untuk ditumpangkan jasa anda sangatlah dihargai.