iklan

Thursday, 19 August 2010

Fifa Online 2 Mantap!!


Aku memang dah agak dah FO2 ni memang akan upgrade sistem diorang ni, malam tadi punya main memang puas hati, tak macam masa mula-mula kuar dulu, diorang ni copy sistem Fifa 2007, memang kualiti hampeh la, tapi alhamdulillah tahun ni punya upgrade memang puas hati!! Grafik cantik, dia pny player pun muka latest pny, nombor jersi pun ikut yang latest, bak kata semua nye mantap la!!

Majlis Berbuka Puasa Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Perak




Hujan lebat dari pukul lima sampai la ke waktu berbuka puasa memang menjejaskan sedikit sebanyak atucara majlis berbuka puasa pada petang tu, dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Perak kemudian disusuli dengan ceramah ramadhan oleh ustaz mana aku pun tak pasti sebab hujan lebat dengan sistem sound speaker yg lemah, aku sayup2 je dengar ceramah ustaz tu walaupun aku ada dalam 'engine bay' yg menjadi lokasi kilat bilamana lokasi asal dibasahi hujan. Aku yang dah semestinya boring ni, keluar lepak-lepak sambil tunggu member datang. Aku dah ajak seorang member ni, so takde la segan sangat.

Saturday, 14 August 2010

Masak Lemang Dan Perlis Indra Kayangan

Nape lemang? Hehe, sebab aku pny blog so ikut suka aku la! Bercerita tentang lemang ni, sebenarnya sepanjang aku hidup ni ada satu je air tangan yang betul-betul buat aku dan famili setiap tahun, kot mana pun mesti mendapatkan lemang 'hand made' dari seorang insan ni. Beliau adalah jiran kami dulu waktu di Kg. Changkat Tualang, atau lebih mesra dipanggil Mak Cik Jah, honestly memang sedap lemang dia dan aku berani cakaplah kalau dikormesialkan pun lemang Mak Cik Jah ni sure laku abes. Hope tahun ni boleh dapatkan lagi lemang dia, tapi rasanya dia pun dah sedia maklum sebab kami ni boleh dikatakan 'regular customer' dia la.

So, apa kaitan dengan Perlis ni, untuk makluman korang semua, negeri ni la satu-satunya aku belum jejakkan kaki lagi kat semenanjung ni dan insyaallah akan berbuat demikian raya tahun ni, rasa lain pulak berhari raya kat tempat orang, dan tak sabar nak rasa semua tu.


Home Furniture | Perabot Rumah


Salam Ramadhan, pagi-pagi sabtu ni sejuk pulak rasanya, masih belum pasti lagi dgn perancangan hari ni, tapi lepas solat subuh tadi ada bincang sikit dengan wife apa program untuk hari ni, pagi ni akan ke rumah sewa dulu, buat finishing kat bilik air, nak cat dan tambah cat minyak lagi sikit, dan pasang tingkap bilik belakang, lepas tu pegi kedai-kedai perabot nak survey perabot rumah. So, memandangkan jam pun menunjukkan 6.30, aku rasa lelap jap dulu, pastu dalam pukul 8-9 baru gerak.

Friday, 13 August 2010

Signature For Blog


Alhamdulillah, lastly berjaya jugak aku buat signature untuk blog aku ni. Tahniah untuk diri sendiri..

~Pulut Durian



Galak benor kali ni aku cerita pasal makanan ye, kali ni nak cerita pasal durian pulut pulak, kalau masa aku di Kg. Changkat Tualang dulu kalau ada kenduri kene pulak time tu masa musim durian confirm makanan ni ada, dan dah tentu la kegemaran aku makanan ni. Sangat simple penyediaannya, santan, durian, pulut ha pastu apa lagi ngaapp la, tengok pastu tersandor ke tak kat tiang nak bagitau punya la sedap dan nikmatnya.

Tapi tu dulu la masa kecik-kecik duduk di kampung, sekarang ni dah duduk pekan jadi nak merasa camtu kena la buat sendiri di rumah pastu makan la dengan adik beradik. Tapi takpe asalkan sama juga makanan nya, makan bersama ni seronok selain dapat mengeratkan silaturrahim.

Rumahku Syurgaku:::




Akhirnya dapat jugak umah sendiri, maksud aku umah sewa kat area Bercham ni, alhamdulillah sebab Allah permudahkan urusan. Sebenarnya lama jugak mencari rumah untuk disewa ni jadi bila dah dapat ni lega la sikit. Dengan kadar sewa uang berpatutan ak urasa berbaloi la sebab rumah ni pun dah dekat dengan jalan besar jadi mudah untuk kami masing-masing ke tempat kerja.

So, nak dijadikan cerita rumah yang aku sewa ni tak lah lama sangat ditinggalkan oleh orang yg sewa rumah tu, kata tuan rumah adalah dalam dua minggu lebih camtu. So, bila dah dapat kunci rumah macam-macam la aku, isteri dengan bantuan adik ipar buat kat rumah ni. Mula-mula kami cat dulu rumah tu dan kemudian basuh, dan alhamdulillah sekarang ni barulah nampak macam rumah yang boleh didiami berbeza benar dengan sebelum ni.

So, insyaallah kalo tiada apa yang menghalang minggu depan masuklah sikit-sikit perabot rumah. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Amin..



One Of 'Our' Favourite Food | Pulut Mangga


So, rasanya sempat nak sharing dengan korang sebelum aku bersiap solat jumaat ni. Pulut mangga ni asal usulnya dari Siam rasanya sebab apa aku cakap camtu, most of us aku rasa dapat makanan ni kat stall-stall Siam kat dalam Mall betul tak? Aku pun tak tahu asal usulnya dengan betul tapi nak tahu jugak korang rajin-rajin la cari dalam internet.

Rasanya duduk rumah baru nanti, nak suruh isteri buatkan dessert ni sebab memang lazat, tambah pulak kalau buat guna beras pulut Siam. Memang lazat..........


Kampus INTAN Wilayah Tengah






Baru-baru ni aku ada kursus di INTAN Tengah, kursus Aset yang berlansung empat hari tu memang menarik, walaupun sebelum ni aku pernah kerja di KL, tapi jujur aku tak pernah sampai dalam tu lagi. Bab fasiliti memang aku respek sebab memang mantap, mungkin disebabkan INTAN Tengah ni adalah INTAN pertama dibina jadi segala kemudahan di situ amatlah lengkap.

Tak banyak yang dapat dikongsi selain tempat penginapan yang best, ala-ala hotel cukup, cuma di kawasan INTAN Tengah ni perlu alert sikit kalau anda nak merokok. Sebab for sure premis kerajaan adalah tempat dilarang merokok dan di INTAN ini jelas penguatkuasaannya dapat dirasa.


Thursday, 12 August 2010

Oh Ramadhan..


Alhamdulillah, dah pun 2 hari puasa kita lengkapkan dengan jayanya, malam ni malam tarawih ketiga, tapi aku tak pegi solat tarawih pun, insyaallah malam esok aku pegi, banyaknya Allah SWT nak bagi pahala pada aku bulan-bulan puasa ni, entah la tak tahu nak mula dari mana sebab aku tak pandai nak karang ayat untuk luahkan apa yang terpendam dalam hati ni, akhirnya semua hilang begitu sahaja dan aku seorang je yang tahu keadaan sebenar.

Insyaallah kalau takde aral melintang, bulan depan aku akan menghadiri kursus BTN di Wood Valley Sungai Congkak, Selangor. Harapnya Allah SWT bantu permudahkan segala urusan. Hari ni berbuka puasa bersama mak tersayang dan adik-adik serta abang di rumah, tiada apa lauk yang istimewa pun, mak masak sayur campur, ikan goreng, mak buat kuah asam, dengan ikan masak gulai taucu, tapi masing-masing berselera makan, memang kalau di bulan-bulan biasa pun memang begitulah makannya pun, simple2 belaka.

Entah macam mana silapnya rupanya ada yang berkecil hati dengan sikap aku, ada yang terluka dengan sikap aku. Persoalan demi persoalan timbul di benak fikiran ni, apa salah dan dosa aku lakukan sehingga tiada satu pun perkara baik tentang aku yang dikenang?
Dan buat insan yang aku cintai ketika ini, sayangilah hubungan ini seadanya, cepat-cepatlah berbaik jika ada yang terasa, cepatcepatlah minta maaf jika ada yang tak kena, kerana hasutan syaitan sentiasa ada untuk merosakkan dan kelak menghancurkan kita sayang. Betul apa yang dicakapkan, janganlah diambil sangat perkara-perkara negatif, janganlah dibanding-bandingkan sayang, jangan pernah keluar perkataan 'menyesal' kerana apa yang terjadi semuanya kehendak kita. Bersamanya kita pada hari ini atas sebab kita masing-masing memerlukan, cukuplah yang sudah berlaku tu. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, mohon ampun dan maaf sekiranya kata-kata dan perbuatan diri ini ada membuat diri sayang terluka. Diri ini hanyalah insan biasa.