iklan

Thursday, 16 December 2010

Harapan Baru

Tiada apa-apa yg istimewa, cuma aku akan menjalankan 2-3 perniagaan kecil-kecilan bagi menambahkan pendapatan keluarga dan diharapkan semuanya berjalan lancar dan jika diizinkan Allah semuanya akan berjalan tidak lama lagi.

Bukan nak sampai jadi jutawan pun, memadailah dengan dapat bayar ansuran kereta, rumah, dapat menyimpan dan sebagainya. Kalau aku sendiri tidak melakukan perubahan siapa pulak yang nak mengubah diri aku?

Diam tak diam dah sampai kita semua ke penghujung tahun 2010, apakah masih ada urusan pada tahun ini yang masih kita belum selesai, adakah perlu untuk 'carry foward' ke tahun hadapan? Renung-renungkan lah dan selamat beramal.

Wednesday, 8 December 2010

Tak Jemput Ke?

Ada jugak rupanya hamba Allah ni dalam list, takpe la tu majlis dorang dan terpulanglah nak jemput sape ye dak. Cuma tertanya jugak, kalau hamba Allah ni ada dalam list kenapa tak jemput sekali mamat yang buat kes aritu, punca segala masalah dan terkantoi segala skandal? Jemput lah!!!!

Tuesday, 7 December 2010

Pelik Sangat

Hari ni Ipoh mendung sangat, nak kata nak hujan tak hujan, matahari pulak langsung tak nampak batang hidung jadi boleh kata cuaca agak dingin dan sejuk la ditambah aku 'on' dua-dua aircond kat stor ni sebab nak dapatkan suhu dekat Ukraine. Aku macam biasa la hujung tahun ni banyak benda nak kene setelkan kat stor ni, stok kene update, kene housekeeping, kene buat repot suku tahun ke empat. So, tadi lepas bersarapan dengan isteri terus datang stor ni, at least boleh jugak aku siapkan repot suku tahun ni sebab esok dah nak submit, honestly aku memang belum buat apa lagi pun, ala tapi kejap je repot sebelum pukul 5 siap la.

Bulan ni agak banyak jemputan ke kenduri kahwin, ada setengahnya aku tak dapat hadiri dan ada yang aku pergi. 19 Disember ni member aku kahwin kat KL tapi rasanya tak dapat pergi walaupun niat di hati nak pergi, so aku pos hadiah je la nanti, 25 Disember pulak sepupu isteri aku bersanding kat Ipoh, ni pun aku 50-50, entah la tengok dulu la macam mana, kalau ada rezeki aku pergi kot.

Bercakap mengenai tajuk entri kat atas ni, tak dapat lari dari aku nak memperkatakan sikap sesetengah orang yang aku kenal ni boleh dikatakan bermuka-muka ataupun talam dua muka. Aku ingat lagi awal tahun dulu aku ada buka satu topik yang betul-betul buat manusia-manusia ni panas bontot sebab terasa ataupun sentap dengan statement pedas dari aku. Dan sampai saat ni pun ada yang tak bertegur sapa dengan aku sebab bengang.

Aku tak la mendoakan benda tak baik pada mereka ni, cuma yang benar tu Allah akan tunjukkan juga suatu hari nanti, bagi aku biarlah masa yang menentukan. Kepada mereka yang terasa tu, teruskan lah menjaga hubungan baik dengan hamba Allah ni, ye la tak baik memutuskan tali persaudaraan sesama Islam kan? Tapi aku pelik sangat kenapa la korang tak boleh nampak lagi perkara sebenarnya.

Tanda-tanda akhir zaman ni memang betul dah banyak berlaku kadang-kadang depan mata kita je, cuma yang lalai dengan nikmat dunia ni je yang belum dibukakan hijab untuk nampak semua ni, mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan orang yang beriman. Salah satunya ialah orang yang zalim, yang jahat, yang teruk budi pekertinya diangkat menjadi pemimpin, disanjung, dihormati dan sebagainya. So, renung-renungkan lah dan selamat menyamput tahun baru kalendar Islam.

Monday, 6 December 2010

Kau Nak Apa Lagi?

Aku hairan dengan seorang hamba Allah ni, nak kata tak matured umur dah 30an tapi masih dengan sikap tak profesional. Aku pun tak tahu apa sebenarnya yang dia nak, apa yang dia mahu. Mungkin sebab tak kahwin lagi kot, jadi air tu banyak dok buang luar je tu yang kepala pun tak berapa nak center. Cubalah berubah, aku sarankan kau kahwin je la dan mulakan hidup baru. Aku sebenarnya malu tengok sikap kau, betul-betul memualkan kadang-kadang. Kalau bab bercakap bolehlah serah kat kau, semua tahu kononnya mr. perfect dan kau tahu tak kesan sikap kau ni yang kononnya berlagak baik dan tahu semua perkara ni membuatkan ramai orang tertipu?

Cubalah jadi diri sendiri, suatu hari nanti kebenaran akan menjelma jua. Masa tu semua akan nampak betapalah naif nye diri kau. Kalau sedar dengan apa yang aku cakapkan ni silalah buat perubahan. Aku ni lelaki dan kau pun lelaki jadi aku boleh baca step kau, jangan ingat semua orang kau boleh temberang. Konon warak, bagi betine cair jugak bro. Jangan kau nak pancing orang dengan muka kau, hidup single lama tak kan tak sangap bro, tak kan tak pernah sentuh betina? Dengan orang lain kau boleh nak temberang, dengan aku silap besar la.

Dari first aku kenal kau, aku tak berapa nak ambil port sangat sebab aku pun tak nak kacau hidup orang, tapi lama-lama kau melampau pulak, kau ni memang jenis muka peraih simpati ke? Apa kata bila-bila kau datang Ipoh ziarah aku, kenal-kenal dengan aku. Dulu nak sangat kenal, bila dah kantoi senyap pulak. Untuk pengetahuan kau, aku ni pun bukan jenis pukul-pukul orang, bukan jenis temper dan memang tak minat cari gaduh tapi kalau hal aku semua kau nak kacau kau silap orang la.

Nak kata kau dah berubah, honestly aku tak nampak pun sebenarnya. Sori la tapi aku terpaksa cakap yang nama kau memang dalam list aku buat masa ni. Kau ingat aku cemburu dengan kau, sori banyak-banyak la bro, kau siapa untuk aku adakan perasaan tu kat kau. Kalau kau bagus, macam aku cakap tadi kahwin je la cepat dari kau buat maksiat kecil-kecil tu lastly akan jadi besar gak. Awek dah ada, cun la jugak dengan chubby nye perh sure lu mesti geram pny kan bro?

Macam kau cakap, idola kau nabi Muhammad SAW, so buktikan la jangan tulis je tapi habuk takde, tu ciri-ciri munafik bro jaga-jaga! Aku rasa kau kahwin tahun depan, tu tekaan aku la tapi kalau tak jugak maknanya memang ada something wrong kat kau la. Tak kan lama sangat tempoh berkenalannya, angkut dah selalu, ringan-ringan dah selalu so halalkan je la cepat-cepat beb. Jangan nafikan kau tak buat semua tu, laki la katakan, umur 30an pulak tu ayat mesti laku punya, perempuan-perempuan cepat cair oh dengan kategori lelaki macam kau ni.

So,kesimpulannya aku nak kau kahwin la cepat jangan la mainkan perasaan perempuan lagi, kalau nak ikutkan kesempurnaan sampai mati pun tak sempurna. Jangan la dok bagi alasan je, pastu bila dah melepas sibuk nak cari balik, dasar brengsek. Dah kahwin kau jagalah famili kau, jangan jaga famili orang lain pulak, muka kau ni bukan boleh percaya sangat. Kalau Jepun masuk Malaya pun diorang tak cam kau Melayu punya, percaya lah.

Thursday, 2 December 2010

Melaka Esok

Lama gila tak lepak kat Padu Indah (Cyber Cafe) kat kawasan rumah mak aku ni, aku ada kenangan kat sini sebab dulu aku pernah kerja sini masa tahun 2008. Tapi malam ni suasananya cukup berbeza dengan sapaan member-member yang masih mengenali aku kat sini, mana-mana bekas regular customer yang pernah mengenali aku kat sini sudi lagi tegur aku membuatkan aku lagi segar untuk lepak kat sini.

Ni semua kes excited nak pergi Melaka la ni,aku mungkin bertolak dalam pukul 4 pagi rasanya kalau diizinkan Allah SWT. Siang tadi semua dah setel terutama bab maintenance kereta, topup smart tag, full tank minyak, naju pun dah packing, perhh tak sabar nye nak jumpa bini!!!