Minggu lepas minggu yang kelam kabut semenjak aku bertugas di JBPM Ipoh ni, aku tak heran kalo my 'upline' kat sini womanizer, nasib baik kat state kalo kat faderal korang dah kena dah so aku malas la cakap pasal ni sebab tak nak mengaibkan tuan punya badan. Aku letih gila rasa nya sebab terlibat dengan perasmian Balai Bomba Simpang Pulai, so minggu tersebut aku bertugas sebagai AJK makanan@cleaner@pencacai najis(pinjam istilah zaki), yang letihnye sebab kena melayan semua yang terlibat, so sebab amanah yg telah diberikan pada aku, so aku kena buat la. So kita tutup cerita tu, dah selesai dah so aku boleh sambung rutin aku macam biasa.
Kalo korang perasan counting yang aku pasang kat side sebelah kanan atas tu ketika entry ni ditulis tinggal lagi 38 hari untuk detik bersejarah dalam hidup aku ni sebab aku akan jadi hubby so bila dah jadi suami ni mmg tugas berat menanti, pe yg berat nya korang cari la kat internet, kat sana maklumat bersepah2, so boleh cari kat sana.
Minggu lepas aku sempat lunch dgn sepupu aku kat ofis die, banyak benda gak kami sembang terutama hal keluarga kami, saudara mara, misteri nusantara dan sebagai nya. Tapi yang paling menarik pasal saka keluarga kami la, katanya ada 7 saka, dan setiap saka ni ada nama aku pun dah tak ingat apa nama2 saka tu, kata sepupu aku ni semuanya dalam proses nak buang sebab dah takde sape nak bela saka2 tu. So, bab ni aku hold dulu nak share dgn korang.
No comments:
Post a Comment