Hubungan suami isteri ibarat sebatang tangkai bunga. Ia perlu dijaga, disiram dan dijaga dari masa ke masa agar senantiasa subur, segar dan wangi. Bagaimana hendak menjaga rumahtangga agar selalu harmonis?
inilah sekilas tips nya:
1) Mendengar, Menerima dan Menunjukkan Minat
Setiap individu pastinya ada banyak perkara yang hendak dikatakan atau diberitahu kepada orang lain. Begitu juga suami isteri,pastinya ada perkara-perkara yang hendak dikemukakan agar dapat diketahui bersama. Jika suami atau isteri anda pulang ke rumah dan mengemukakan perasaannya, maka anda harus bersedialah untuk mendengarnya dengan penuh keseriusan.
2) Berkasih Sayang
Berkasih sayang merupakan aspek penting dalam kebahagian rumah tangga. Ia tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata,sebaliknya boleh dilakukan dengan perbuatan. Love is a verb. Rasa kasih dan sayang boleh dilahirkan dengan sentuhan atau berpegangan tangan ketika menonton TV, saling menyilangkan kaki ketika sama-sama membaca surat kabar dan lainnya, tanpa perlu diucapkan dengan kata-kata.
3) Ambil bahagian
Timbang rasa ialah cara yang sangat berkesan untuk membuat rumah tangga anda ke arah yang lebih positif. Misalnya hari ini suami anda mendapat tugas kerja keluar kota dan semisalnya. Luangkan sedikit waktu untuk menelefonnya sekadar untuk menanyakan keadaan dan
mengucapkan selamat bekerja. Tunjukkan bahawa ambil bahagian.Berikan dorongan jika dia sedang bersedih.
4) Menghargai Perkahwinan
Untuk menghargai perkahwinan, ingatkan kembali pasangan anda ke detik-detik indah masa di waktu menikah.ingatkan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan anda di awal perkahwinan. ucapkan memori indah itu setiap kali anda berdua menghadapi masalah dalam perhubungan. Mengingati saat-saat indah ini akan dapat menghilangkan perasaan marah terhadap pasangan anda.Berikan pujian kepada pasangan dan ucapkan rasa bangga kepada pasangan anda. setujui idea pasangan anda
5) Saling Memahami
Suami isteri perlu pandai menyelami hati masing-masing. Anda boleh tunjukkan bahwa anda benar-benar memahami dan merasakan apa yang pasangan anda rasakan hanya dengan ekspresi wajah seperti riak sedih, bimbang dan sebagainya. Simpati juga boleh di ucapkan dengan mengatakan sesuatu yang dapat menenangkan hati pasangan anda.
6) Senda Gurau
Bergurau bersama akan menumbuhkan perasaan dekat dan rindu selalu terhadap pasangan anda. Bergurau akan membuat anda dan pasangan semakin intim.
beritahulah pasangan anda bahwa anda sedang menikmati saat yang indah bersamanya.
7) Saling Mendoakan
Doakanlah pasangan anda. Cari waktu-waktu yang paling sesuai untuk berdoa khususnya selepas solat. Jangan tinggalkan waktu berdoa.usahakan berdoa bersama pasangan anda selepas solat agar terasa keindahannya,Doakan kesejahteraan dan kejayaan pasangan anda.
No comments:
Post a Comment