iklan

Monday, 6 December 2010

Kau Nak Apa Lagi?

Aku hairan dengan seorang hamba Allah ni, nak kata tak matured umur dah 30an tapi masih dengan sikap tak profesional. Aku pun tak tahu apa sebenarnya yang dia nak, apa yang dia mahu. Mungkin sebab tak kahwin lagi kot, jadi air tu banyak dok buang luar je tu yang kepala pun tak berapa nak center. Cubalah berubah, aku sarankan kau kahwin je la dan mulakan hidup baru. Aku sebenarnya malu tengok sikap kau, betul-betul memualkan kadang-kadang. Kalau bab bercakap bolehlah serah kat kau, semua tahu kononnya mr. perfect dan kau tahu tak kesan sikap kau ni yang kononnya berlagak baik dan tahu semua perkara ni membuatkan ramai orang tertipu?

Cubalah jadi diri sendiri, suatu hari nanti kebenaran akan menjelma jua. Masa tu semua akan nampak betapalah naif nye diri kau. Kalau sedar dengan apa yang aku cakapkan ni silalah buat perubahan. Aku ni lelaki dan kau pun lelaki jadi aku boleh baca step kau, jangan ingat semua orang kau boleh temberang. Konon warak, bagi betine cair jugak bro. Jangan kau nak pancing orang dengan muka kau, hidup single lama tak kan tak sangap bro, tak kan tak pernah sentuh betina? Dengan orang lain kau boleh nak temberang, dengan aku silap besar la.

Dari first aku kenal kau, aku tak berapa nak ambil port sangat sebab aku pun tak nak kacau hidup orang, tapi lama-lama kau melampau pulak, kau ni memang jenis muka peraih simpati ke? Apa kata bila-bila kau datang Ipoh ziarah aku, kenal-kenal dengan aku. Dulu nak sangat kenal, bila dah kantoi senyap pulak. Untuk pengetahuan kau, aku ni pun bukan jenis pukul-pukul orang, bukan jenis temper dan memang tak minat cari gaduh tapi kalau hal aku semua kau nak kacau kau silap orang la.

Nak kata kau dah berubah, honestly aku tak nampak pun sebenarnya. Sori la tapi aku terpaksa cakap yang nama kau memang dalam list aku buat masa ni. Kau ingat aku cemburu dengan kau, sori banyak-banyak la bro, kau siapa untuk aku adakan perasaan tu kat kau. Kalau kau bagus, macam aku cakap tadi kahwin je la cepat dari kau buat maksiat kecil-kecil tu lastly akan jadi besar gak. Awek dah ada, cun la jugak dengan chubby nye perh sure lu mesti geram pny kan bro?

Macam kau cakap, idola kau nabi Muhammad SAW, so buktikan la jangan tulis je tapi habuk takde, tu ciri-ciri munafik bro jaga-jaga! Aku rasa kau kahwin tahun depan, tu tekaan aku la tapi kalau tak jugak maknanya memang ada something wrong kat kau la. Tak kan lama sangat tempoh berkenalannya, angkut dah selalu, ringan-ringan dah selalu so halalkan je la cepat-cepat beb. Jangan nafikan kau tak buat semua tu, laki la katakan, umur 30an pulak tu ayat mesti laku punya, perempuan-perempuan cepat cair oh dengan kategori lelaki macam kau ni.

So,kesimpulannya aku nak kau kahwin la cepat jangan la mainkan perasaan perempuan lagi, kalau nak ikutkan kesempurnaan sampai mati pun tak sempurna. Jangan la dok bagi alasan je, pastu bila dah melepas sibuk nak cari balik, dasar brengsek. Dah kahwin kau jagalah famili kau, jangan jaga famili orang lain pulak, muka kau ni bukan boleh percaya sangat. Kalau Jepun masuk Malaya pun diorang tak cam kau Melayu punya, percaya lah.

No comments: