Hari ni Ipoh mendung sangat, nak kata nak hujan tak hujan, matahari pulak langsung tak nampak batang hidung jadi boleh kata cuaca agak dingin dan sejuk la ditambah aku 'on' dua-dua aircond kat stor ni sebab nak dapatkan suhu dekat Ukraine. Aku macam biasa la hujung tahun ni banyak benda nak kene setelkan kat stor ni, stok kene update, kene housekeeping, kene buat repot suku tahun ke empat. So, tadi lepas bersarapan dengan isteri terus datang stor ni, at least boleh jugak aku siapkan repot suku tahun ni sebab esok dah nak submit, honestly aku memang belum buat apa lagi pun, ala tapi kejap je repot sebelum pukul 5 siap la.
Bulan ni agak banyak jemputan ke kenduri kahwin, ada setengahnya aku tak dapat hadiri dan ada yang aku pergi. 19 Disember ni member aku kahwin kat KL tapi rasanya tak dapat pergi walaupun niat di hati nak pergi, so aku pos hadiah je la nanti, 25 Disember pulak sepupu isteri aku bersanding kat Ipoh, ni pun aku 50-50, entah la tengok dulu la macam mana, kalau ada rezeki aku pergi kot.
Bercakap mengenai tajuk entri kat atas ni, tak dapat lari dari aku nak memperkatakan sikap sesetengah orang yang aku kenal ni boleh dikatakan bermuka-muka ataupun talam dua muka. Aku ingat lagi awal tahun dulu aku ada buka satu topik yang betul-betul buat manusia-manusia ni panas bontot sebab terasa ataupun sentap dengan statement pedas dari aku. Dan sampai saat ni pun ada yang tak bertegur sapa dengan aku sebab bengang.
Aku tak la mendoakan benda tak baik pada mereka ni, cuma yang benar tu Allah akan tunjukkan juga suatu hari nanti, bagi aku biarlah masa yang menentukan. Kepada mereka yang terasa tu, teruskan lah menjaga hubungan baik dengan hamba Allah ni, ye la tak baik memutuskan tali persaudaraan sesama Islam kan? Tapi aku pelik sangat kenapa la korang tak boleh nampak lagi perkara sebenarnya.
Tanda-tanda akhir zaman ni memang betul dah banyak berlaku kadang-kadang depan mata kita je, cuma yang lalai dengan nikmat dunia ni je yang belum dibukakan hijab untuk nampak semua ni, mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan orang yang beriman. Salah satunya ialah orang yang zalim, yang jahat, yang teruk budi pekertinya diangkat menjadi pemimpin, disanjung, dihormati dan sebagainya. So, renung-renungkan lah dan selamat menyamput tahun baru kalendar Islam.
No comments:
Post a Comment