iklan

Thursday, 16 December 2010

Harapan Baru

Tiada apa-apa yg istimewa, cuma aku akan menjalankan 2-3 perniagaan kecil-kecilan bagi menambahkan pendapatan keluarga dan diharapkan semuanya berjalan lancar dan jika diizinkan Allah semuanya akan berjalan tidak lama lagi.

Bukan nak sampai jadi jutawan pun, memadailah dengan dapat bayar ansuran kereta, rumah, dapat menyimpan dan sebagainya. Kalau aku sendiri tidak melakukan perubahan siapa pulak yang nak mengubah diri aku?

Diam tak diam dah sampai kita semua ke penghujung tahun 2010, apakah masih ada urusan pada tahun ini yang masih kita belum selesai, adakah perlu untuk 'carry foward' ke tahun hadapan? Renung-renungkan lah dan selamat beramal.

Wednesday, 8 December 2010

Tak Jemput Ke?

Ada jugak rupanya hamba Allah ni dalam list, takpe la tu majlis dorang dan terpulanglah nak jemput sape ye dak. Cuma tertanya jugak, kalau hamba Allah ni ada dalam list kenapa tak jemput sekali mamat yang buat kes aritu, punca segala masalah dan terkantoi segala skandal? Jemput lah!!!!

Tuesday, 7 December 2010

Pelik Sangat

Hari ni Ipoh mendung sangat, nak kata nak hujan tak hujan, matahari pulak langsung tak nampak batang hidung jadi boleh kata cuaca agak dingin dan sejuk la ditambah aku 'on' dua-dua aircond kat stor ni sebab nak dapatkan suhu dekat Ukraine. Aku macam biasa la hujung tahun ni banyak benda nak kene setelkan kat stor ni, stok kene update, kene housekeeping, kene buat repot suku tahun ke empat. So, tadi lepas bersarapan dengan isteri terus datang stor ni, at least boleh jugak aku siapkan repot suku tahun ni sebab esok dah nak submit, honestly aku memang belum buat apa lagi pun, ala tapi kejap je repot sebelum pukul 5 siap la.

Bulan ni agak banyak jemputan ke kenduri kahwin, ada setengahnya aku tak dapat hadiri dan ada yang aku pergi. 19 Disember ni member aku kahwin kat KL tapi rasanya tak dapat pergi walaupun niat di hati nak pergi, so aku pos hadiah je la nanti, 25 Disember pulak sepupu isteri aku bersanding kat Ipoh, ni pun aku 50-50, entah la tengok dulu la macam mana, kalau ada rezeki aku pergi kot.

Bercakap mengenai tajuk entri kat atas ni, tak dapat lari dari aku nak memperkatakan sikap sesetengah orang yang aku kenal ni boleh dikatakan bermuka-muka ataupun talam dua muka. Aku ingat lagi awal tahun dulu aku ada buka satu topik yang betul-betul buat manusia-manusia ni panas bontot sebab terasa ataupun sentap dengan statement pedas dari aku. Dan sampai saat ni pun ada yang tak bertegur sapa dengan aku sebab bengang.

Aku tak la mendoakan benda tak baik pada mereka ni, cuma yang benar tu Allah akan tunjukkan juga suatu hari nanti, bagi aku biarlah masa yang menentukan. Kepada mereka yang terasa tu, teruskan lah menjaga hubungan baik dengan hamba Allah ni, ye la tak baik memutuskan tali persaudaraan sesama Islam kan? Tapi aku pelik sangat kenapa la korang tak boleh nampak lagi perkara sebenarnya.

Tanda-tanda akhir zaman ni memang betul dah banyak berlaku kadang-kadang depan mata kita je, cuma yang lalai dengan nikmat dunia ni je yang belum dibukakan hijab untuk nampak semua ni, mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan orang yang beriman. Salah satunya ialah orang yang zalim, yang jahat, yang teruk budi pekertinya diangkat menjadi pemimpin, disanjung, dihormati dan sebagainya. So, renung-renungkan lah dan selamat menyamput tahun baru kalendar Islam.

Monday, 6 December 2010

Kau Nak Apa Lagi?

Aku hairan dengan seorang hamba Allah ni, nak kata tak matured umur dah 30an tapi masih dengan sikap tak profesional. Aku pun tak tahu apa sebenarnya yang dia nak, apa yang dia mahu. Mungkin sebab tak kahwin lagi kot, jadi air tu banyak dok buang luar je tu yang kepala pun tak berapa nak center. Cubalah berubah, aku sarankan kau kahwin je la dan mulakan hidup baru. Aku sebenarnya malu tengok sikap kau, betul-betul memualkan kadang-kadang. Kalau bab bercakap bolehlah serah kat kau, semua tahu kononnya mr. perfect dan kau tahu tak kesan sikap kau ni yang kononnya berlagak baik dan tahu semua perkara ni membuatkan ramai orang tertipu?

Cubalah jadi diri sendiri, suatu hari nanti kebenaran akan menjelma jua. Masa tu semua akan nampak betapalah naif nye diri kau. Kalau sedar dengan apa yang aku cakapkan ni silalah buat perubahan. Aku ni lelaki dan kau pun lelaki jadi aku boleh baca step kau, jangan ingat semua orang kau boleh temberang. Konon warak, bagi betine cair jugak bro. Jangan kau nak pancing orang dengan muka kau, hidup single lama tak kan tak sangap bro, tak kan tak pernah sentuh betina? Dengan orang lain kau boleh nak temberang, dengan aku silap besar la.

Dari first aku kenal kau, aku tak berapa nak ambil port sangat sebab aku pun tak nak kacau hidup orang, tapi lama-lama kau melampau pulak, kau ni memang jenis muka peraih simpati ke? Apa kata bila-bila kau datang Ipoh ziarah aku, kenal-kenal dengan aku. Dulu nak sangat kenal, bila dah kantoi senyap pulak. Untuk pengetahuan kau, aku ni pun bukan jenis pukul-pukul orang, bukan jenis temper dan memang tak minat cari gaduh tapi kalau hal aku semua kau nak kacau kau silap orang la.

Nak kata kau dah berubah, honestly aku tak nampak pun sebenarnya. Sori la tapi aku terpaksa cakap yang nama kau memang dalam list aku buat masa ni. Kau ingat aku cemburu dengan kau, sori banyak-banyak la bro, kau siapa untuk aku adakan perasaan tu kat kau. Kalau kau bagus, macam aku cakap tadi kahwin je la cepat dari kau buat maksiat kecil-kecil tu lastly akan jadi besar gak. Awek dah ada, cun la jugak dengan chubby nye perh sure lu mesti geram pny kan bro?

Macam kau cakap, idola kau nabi Muhammad SAW, so buktikan la jangan tulis je tapi habuk takde, tu ciri-ciri munafik bro jaga-jaga! Aku rasa kau kahwin tahun depan, tu tekaan aku la tapi kalau tak jugak maknanya memang ada something wrong kat kau la. Tak kan lama sangat tempoh berkenalannya, angkut dah selalu, ringan-ringan dah selalu so halalkan je la cepat-cepat beb. Jangan nafikan kau tak buat semua tu, laki la katakan, umur 30an pulak tu ayat mesti laku punya, perempuan-perempuan cepat cair oh dengan kategori lelaki macam kau ni.

So,kesimpulannya aku nak kau kahwin la cepat jangan la mainkan perasaan perempuan lagi, kalau nak ikutkan kesempurnaan sampai mati pun tak sempurna. Jangan la dok bagi alasan je, pastu bila dah melepas sibuk nak cari balik, dasar brengsek. Dah kahwin kau jagalah famili kau, jangan jaga famili orang lain pulak, muka kau ni bukan boleh percaya sangat. Kalau Jepun masuk Malaya pun diorang tak cam kau Melayu punya, percaya lah.

Thursday, 2 December 2010

Melaka Esok

Lama gila tak lepak kat Padu Indah (Cyber Cafe) kat kawasan rumah mak aku ni, aku ada kenangan kat sini sebab dulu aku pernah kerja sini masa tahun 2008. Tapi malam ni suasananya cukup berbeza dengan sapaan member-member yang masih mengenali aku kat sini, mana-mana bekas regular customer yang pernah mengenali aku kat sini sudi lagi tegur aku membuatkan aku lagi segar untuk lepak kat sini.

Ni semua kes excited nak pergi Melaka la ni,aku mungkin bertolak dalam pukul 4 pagi rasanya kalau diizinkan Allah SWT. Siang tadi semua dah setel terutama bab maintenance kereta, topup smart tag, full tank minyak, naju pun dah packing, perhh tak sabar nye nak jumpa bini!!!


Tuesday, 30 November 2010

Dugaan Hebat

Dalam aku menantikan hari istimewa bertemu semula dengan isteri, ada juga perkara lain yang membuatkan aku runsing, sejujurnya memang tak terdaya nak hadapi seorang diri tapi tu la hakikatnya aku kena juga selesaikan masalah ni sendiri.

Aku harap semua dapat diselesaikan sebelum aku bercuti ni, atau pun dalam masa terdekat ini. Bercuti seolah tidak tenang dengan masalah-masalah yang sentiasa mengekori dalam pemikiran. Harap sangat semua dapat diselesaikan. TITIK

Monday, 29 November 2010

Kasihan


"Ayg tak ok, demam dengan sakit kepala. Ni tengah rehat kat surau, tak dapat join raptai penuh. Tapi ayg dah makan ubat dah surut sikit panas badan". Itu antara SMS yang aku terima dari isteri yang kini di AIMM (Akademi Imigresen Malaysia) dekat Port Dickson sempena rehearsal perbarisan pada 3 Disember nanti. Tak dinafikan isteri aku memang kurang berkemampuan melakukan aktiviti-aktiviti lasak, ditambah dengan penyakit asthma yang dihidapi sejak kecil membataskan dia dari melakukan aktiviti-aktiviti lasak. Jadi tipulah aku tak risau dengan keadaan dia.

So, aku harap isteri aku tiada apa-apa yang serius mengenai kesihatan dia dan diharap dapat menamatkan kursus dengan jayanya. Tunggu kedatangan yg ok?

Sunday, 28 November 2010

Rindu Sangat Sama Kamu..




Ada beberapa hari lagi je nak jumpa isteri tercinta, meluap-luap rasa rindu ni. Nasib baik lah dengan ada teknologi seperti 3G ni dapatlah juga melepaskan rindu pada isteri. Kami dah rancang macam-macam aktiviti bila ada di Melaka nanti, so sempena celebrate isteri habis kursus ni ingat nak cari hotel tepi pantai tapi bila survey kat internet sangatlah jauh dengan Bandar Di Hilir so senang cerita kami nak cari hotel yang dalam Bandar Di Hilir je, harap ada la tarikh yang kami nak menginap tu, risau jugak sebab aku dah call 4-5 hotel kat area Bandar Di Hilir dan kebanyakan semuanya dah full house. Tapi takpe, aku ada esok sampai hari rabu untuk cari hotel dan harap-haraplah ada sebab risau jejaskan plan asal.

Rumah dah kemas, pinggan dah susun dalam kabinet, latai dah mop, laman rumah dah sapu, kereta isteri pun dah cuci, senang cerita everything dah settle kira tunggu hari khamis minggu depan awal pagi lagi aku dah bertolak ke Melaka. Ini semua excited nak jumpa isteri. So,tunggu je la dengan sabar minggu depan ok.

Thursday, 25 November 2010

Hari Yang Memenatkan

Entah kenapa semua hari ni perkara-perkara yang tak diduga datang serentak, aku hari ni boleh kata agak sibuk jugak lah dan time tengah sibuk tu la macam-macam perkara lain kena buat gak. Yang pertamanya aku memang dah diberitahu supaya ambil mak ngah, pak ngah dgn irfan kat stesen bas medan gopeng, so tu takde masalah la sebab malam tadi memang dah diberitahu oleh mama (panggilan untuk mak mertua aku) pasal ni.

So, pagi tadi aku keluar kejap ke Yik Foong sebab ada la halnya dan aku tak boleh nak share dengan korang kat sini. Then, takpe la kan dalam aku on the way nak balik ofis tu dapat lak sms dari EO aku untuk buat semula permohonan LO yang dah dibuat sebab ada beberapa perubahan dibuat pada quotation sebelum ni, siot je sebab benda alah tu partner aku kat stor yang buat dan dia pulak pergi Kuantan tiga hari bawa pegawai pentadbiran berkursus.

Jadi, agak kelam kabut gak la sebab si EO ni nak hari ni gak, masa tu pulak dah pukul sebelas lebih. Dalam kepala dok fikir boleh ke buat sebab aku tak tahu mana softcopy Abg Razak (partner stor) ni letak dalam komputer dia, jadi bila sampai setor terus cari softcopy dalam komputer dan edit quotation yang dia dah buat tu dengan yang baru punya, so belum pun setel mak ngah pulak call beritahu dah sampai Tol Jelapang bermaksud aku kena gerak dah ke Medan Gopeng.

Dah ambil mak ngah bawa pulak ke kedai makan untuk tapau lauk sebab diorang dari pagi dalam bas so time tu dah pukul satu lebih so of course la diorang lapar lepas beli lauk terus hantar balik rumah mama. Mak ngah transit di sini sebab malam nanti baru bertolak ke LCCT untuk ke Miri, flight yang dijangka pukul 7 pagi dari LCCT ke Miri. So, dari Ipoh malam ni pukul 12 tgh malan dan sampai ke LCCT pukul 4 pagi so sempat la check in untuk flight ke Miri pukul 7 pagi.

Pasal kerja aku kat stor tu alhamdulillah settle semuanya even first time aku buat benda alah tu, tapi alhamdulillah selesai sudah. So,malam ni rasa nak tido awal sebab besok pukul 8.30 ada mesyuarat bahagian.

Monday, 22 November 2010

Selesai Sudah..


Akhirnya, hari-hari yang ditunggu bakal tiba, hari akhir isteri aku menamatkan kursus di Melaka pada minggu depan. Aku sendiri akan ambil dan seterusnya akan bercuti di sana, saja bagi release tension dia, mesti letih tiga minggu direct berkursus termasuk sabtu ahad. Seksanya rasa nak tunggu minggu depan, yang pasti Melaka memang banyak meninggalkan kenangan manis dan memori indah bagi kami berdua.


Friday, 19 November 2010

Hari Bersamanya

Lirik Lagu Sheila On 7 – Hari Bersamanya

Hari telah terganti
Tak bisa ku hindari
Tibalah saat ini bertemu dengannya

Jantungku berdegup cepat
Kaki bergetar hebat
Akankah aku ulangi merusak harinya

[*]
Mohon Tuhan
Untuk kali ini saja
Beri aku kekuatan
‘tuk menatap matanya

[**]
Mohon Tuhan
Untuk kali ini saja
Lancarkanlah hariku
Hariku bersamanya
Hariku bersamanya

Kau tahu betapa aku
Lemah dihadapannya
Kau tahu berapa lama
Aku mendambakannya

Back to [*][**]

Tuhan tolonglah (beri kesempatan)
Tuhan tolonglah (beri kesempatan)

Back to [*][**]

Hariku bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
http://hotliriklagu.com
Tuhan tolonglah
Hari bersamanya
Tuhan tolonglah
Hari bersamanya



Buat Baik Tapi Berdosa.

Aku pelik dengan sikap sesetengah orang yang suka menyibuk hal orang lain, senang cerita suka jaga tepi kain orang. Kadang-kadang belajar tinggi belum tentu moral dan juga akhlak tu tinggi dan kebanyakannya perangai tak senonoh la yang ramai. Bukan bercakap soal keturunan dan sebagainya tapi kalau perangai macam tu jujur aku cakap tak payah kenal pun takpe la. Tau tak disebabkan korang rasa boleh menyelesaikan masalah orang lain tapi sebenarnya korang tu merosak dan mengeruhkan lagi keadaan yang ada.

Jangan sebab kita mengenali seseorang tu, kita rasa segala masalah dia kita boleh selesaikan, siapakah anda? Better buat hal sendiri, dan korang tu takde masalah ke semuanya baik-baik belaka?!! Nobody perfect, dan macam tu jugak aku so jangan judge aku selagi korang sendiri tak mengenali aku dan jangan cuba nak selesaikan masalah aku, nak memandai-mandai, tolonglah paham..

Ada yang dah mengenali aku pun tapi disebabkan masalah-masalah kecik, hal-hal BODOH pastu sentap, macam *#$@^&&^!!! Then mula la buat muka, pastu kutuk belakang, then buat andaian macam budak bodoh. Belajar tinggi pun kalau perangai macam setan buat apa,menghasut sana menghasut sini. Jangan buat pandai sebab aku lebih makan garam, so aku kenal insan-insan bermuka-muka ni. Kalau macam ni punya orang sorilah nak cakap, ko level bodoh dan ko tetap akan macam tu gak selamanya kalau ko tak ubah diri ko.

Selama 24 tahun aku hidup di muka bumi Allah ni, tu la sebahagian orang yang aku kena hadap, tapi selama mana nak hadap, lalu ke? Nak bagitau la, tapi bukan nak bangga tapi untuk orang-orang macam ni kenal aku sikit dan aku tak mintak respek pun, aku ni taklah terdidik dengan bodoh, elok mak bapak aku bela mak bapak aku jaga.

Satu lagi benda-benda bodoh yang insan-insan bodoh ni buta hati tak nampak ialah gagal mengenal siapa musuh sebenar, jangan pikir perwatakan baik, muka jambu, hati pun baik?? Tu low class punya mind la mangkuk!

Aku akan anggap korang ni tak matang la, belajar mengenali dunia dulu ye dik. Janganlah apa yang aku buat semua nak kutuk, semua nak drop sebab sesen pun duit korang aku tak mintak! Dan tolonglah kau perkenalkan semua barang-barang ala-ala fashion tu kat orang yg sesuai janganlah yang dah kawin pun nak suh dressing cam korang, sesuai ke masalahnya, betul ke aurat tu terjaga, jangan ingat pakai tudung je dah ok, fuck! Aku yang tanggung dosa sebab korang taw!!!

Aku taklah mentang fashion,sometime follow gak tapi jagan jadi poser, taw tak poser tu apa? Kalau tak tau abaikan je lah, bebudak baru nak naik la katakan, orang pakai macam waheeda semua nak ikut, dress cam wardina dia pun nak ikut, dress cam bini mawi pun nak ikut, dress cam yuna pun ka ikut tu la poser, takde style sendiri!! Pasni style apa pulak nak naik aku tak taw la, tapi betul gak ek bukan guna duit aku pun, tapi kalau ada kaitan of coz aku sakit ati.

Tak tahu lah kalau korang dah kawin nanti, laki korang memang jenis tak kisah punya korang nak pakai apa di luar rumah, janji pakai tudung kan? Fuck!! Tu lah dalam tak sedar sihir Yahudi tu korang dah kena, membuka jalan untuk keluarnya Dajjal, bab-bab ni boleh mengaki lagi ye dik, tu lagi penting fikirkan persiapan untuk mati lagi dapat pahala.

Aku rasa ni salah satu cara aku menentang korang, sebab ni je yang mampu. Siapa yang paham tu alert la tu je aku mohon. Tapi aku kena akui memang akhir zaman ni hebat dugaannya, sekolah agama dari kecik pun belum tentu boleh jadi baik. Kalau dah tau diri tu jahil, jahat perbaiki la diri. Jangan rasa diri tu matang kalau korang terasa dengan apa yang aku cakapkan ni. Depan aku tak berani nak pandang muka pun, dasar hipokrit!!!






Bersabarlah...


Pagi jumaat yang mulia ni terasa hening yang luar biasa, kat ofis pulak aku dah berulang-ulang kali dengar lagu 'Inshaallah' dan 'Thank You Allah' dari Maher Zain, sayu sangat seolah-olah mengerti apa yang hati aku rasa ketika ini, dan adakala bergenang air mata kerana sedih sangat, mungkin juga ujian yang diturunkan Allah ketika ini cukup hebat untuk dihadapi seorang diri, tiada berteman dan juga mengharapkan petunjuk dari Allah mudah-mudahan semuanya dapat diselesaikan.

Semakin hebat ujian semakin kita tahu sebenarnya Allah SWT masih sayangkan kita, masih memberi kita peluang memperbaiki diri, mengenali kelemahan diri, mengetahui siapa teman siapa lawan, mengetahui yang cinta sesama manusia belum tentu menjanjikan kebahagiaan kerana cinta yang hakiki hanya untuk Allah SWT, terima kasih kerana memberikan aku ujian ini ya Allah.


Wednesday, 17 November 2010

Siapa Anda??


Tak tahu siapa ni, tapi aku hargai sebab selalu lawat blog aku mungkin juga orang kampung aku.

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Aku di sini ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha kepada semua umat islam di mana pun anda berada, dan di harap kita dapat memperbaiki diri kita untuk menjadi insan yang cemerlang di samping taat atas perintah Allah SWT.

So,apa yang aku lakukan pada hari raya ni? Tiada ke mana pun cuma menziarahi sanak saudara, sahabat handai dan teman-teman tu pun sekitar Ipoh je. Tapi aku balik kejap ke Kg. Changkat Tualang jenguk-jenguk saudara di sana.

Dah membesar di sana, dah tentulah naluri ni mesti akan ada untuk ke sana tapi untuk tinggal di sana aku rasa mungkin tidak lagi dan tiada niat untuk memperkecil-kecilkan tempat di mana aku membesar, belajar bagaimana untuk hidup, belajar berkawan, belajar memilih teman, susah senang, tawa dan tangis bagaikan cukup hanya tinggalkan sebagai satu kenangan yang cukup indah dalam hidup aku.

Ramai juga yang bertanya pasal isteri, ye la aku datang pun dengan makcik saudara dan sepupu so aku beritahu je la isteri sedang berkursus, ada yang berseloroh cakap aku sorok isteri. Kalau ikutkan memang nak bawa isteri pun tapi dah keadaan tak mengizinkan anggap je lah tiada rezeki. Tapi sejujurnya aku memang kesunyian tanpa isteri. Bibir mampu menguntum senyum, mampu membuatkan orang lain tertawa, tapi di dalam hati siapa yang tahu.


Tuesday, 16 November 2010

Nak Sangat Berholiday


Bulan depan dah bulan 12, aku memang dah ada perancangan untuk pergi bercuti dengan isteri tapi destinasi mana masih belum tahu lagi, adakah di pulau-pulau? Wahh, romantisnya bila menghabiskan masa bersama-sama dengan insan yang kita cinta. At least dapatlah lupakan sekejap tempat kerja, lupakan masalah yang ada dan yang paling penting dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara kami.

Buat masa ni isteri aku masih lagi berkursus di Melaka sehingga awal Disember nanti, penantian memang suatu penyeksaan. Soal rindu kat isteri tu usah dikenang la, lagi-lagi bila berjauhan macam ni, nasib baiklah boleh call dan dapatlah melepaskan rindu, tak sabar tunggu isteri balik dan bila ada depan mata barulah rasa lega.

Minggu ni terasa lambat sangat, begitu juga dengan suasana di tempat kerja semuanya rasa lambat. Partner aku kat stor ni hari ni dah start cuti sampai la jumaat nanti so minggu depan baru kerja, aku pulak cuti raya haji je la, ye la nama pun orang sini tapi Insyaallah kalo takde apa halangan aku akan solat raya Aidi Adha di kampung tempat aku membesar, Kg Changkat Tualang.

So, berbalik pada tajuk entri, aku kena bincang balik dengan isteri tempat holiday bulan depan dan yang penting masih lagi dalam bajet kami. Diharapkan semuanya baik-baik dan apa-apa pun follow up blog aku untuk tahu perkembangan seterusnya.

Inception


Satu lagi buah tangan hebat dari Christoper Nolan yang membuatkan aku menonton filem ni tanpa skip mana-mana part pun, keseluruhan jalan cerita membuatkan kepala aku seperti terpaku sebab menanti-nanti apa yang terjadi pada setiap babak. Walaupun aku download je movie ni dari internet tapi memang puas hati la.

So, aku share la apa sebenarnya 'Inception" ni, filem ini mengisahkan Dom Cobb (Leonardo Dicaprio) seorang CEO muda yang hensem lagi bergaya yang ingin mencuri rahsia negara dengan cara luar biasa iaitu dengan memanipulasikan fikiran orang lain melaui mimpi.

Cobb menubuhkan sebuah pasukan untuk menjayakan misi tersebut yang terdiri daripada Ariadne, Arthur dan Eames. Ariadne adalah mahasiswi yang ditugaskan untuk mencipta dunia mimpi, Arthur ditugaskan untuk mencari asal usul mangsa dan Eames pula ditugaskan untuk memalsukan data fizikal dari mangsa.

Cobb dan pasukannya telah berjaya menemukan teknologi yang mampu memasuki mimpi orang lain dan memanipulasikan fikiran mereka ketika mereka sedang tidur. Jadi mereka berupaya mengatur mimpi mangsa mereka bersesuaian dengan apa yang Cobb kehendaki. Dan salah satu mangsa mereka ialah Robert Fichers Jr. pewaris perniagaan berbilion dolar, kira bapak si Fichers Jr. ni ada syarikat yang kaya la.

Mencuri mimpi adalah 'senjata' yang berbahaya dan disebabkan itulah Cobb menjadi buruan antarabangsa hingga kehilangan semua yang disayangi dalam hidupnya. Isteri Cobb iaitu Mallorie pula membunuh diri ketika berada di alam mimpi dan Cobb dituduh menyebabkan kematian isterinya dan yang menunding jari tersebut adalah musuh Cobb , Saito (Ken Watanabe).

Untuk mengembalikan kehidupannya, Cobb mendapat tugas untuk mengembalikan kehidupannya seperti manusia biasa dan menebus kembali kesilapan yang dilakukan ketika di alam mimpi. Jika dia berjaya, teknologi ini akan menjadi sebuah teknolgi yang sangat hebat.

Genre: Sci-Fi/drama
Produser : Christopher Nolan, Emma Thomas
Produksi : Warner Bros. Pictures
Durasi : 148 minit
Pelakon : Leonardo Dicaprio, Ken Watanabe, Joseph Gordon-Levitt, Marion Cotillard ,
Ellen Page, Tom Hardy, Cillian Murphy
Penulis Skrip : Christopher Nolan
Pengarah: Christopher Nolan

Monday, 15 November 2010

Yang Terbaik


Baru je mencecah lima bulan usia perkahwinan aku, alhamdulillah Allah SWT masih memberi peluang bernafas di muka bumi ini, masih diberi peluang untuk mempebaiki diri, menginsafi kekhilafan diri dan insyaallah menjadi insan yang hebat, suami yang hebat, ketua keluarga yang hebat dan semuanya hebat-hebat di samping menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah.

Soalan yang cukup kerap di tanya pada aku dan isteri, 'bila nak ada baby'? Persoalan yang agak sukar dijawab buat masa ni untuk kami berdua, pasangan mana yang berkahwin tidak mahukan anak, lebih-lebih lagi aku dan isteri masing-masing datangnya dari keluarga besar? Bagi aku itu semua urusan Tuhan, urusan pencipta diri ini dan sekalian mahluk-Nya.

Insyaallah 'hasil' kami berdua akan menyusul selepas ini dan buat masa sekarang biarlah kami menikmati hidup sebagai pasangan suami isteri yang bahagia sebab kalau nak ikutkan tempoh kami berkawan masa mula-mula kenal pun tak lama, mula mengenali pada penghunjung tahun 2008, tahun 2009 aku dah berhijrah ke Kuala Lumpur dan tahun tu hanya jumpa sabtu ahad je bila aku balik Ipoh, jadi bila berjauhan proses mengenali tu agak terbantut jugak la.

Jadi aku ambil keputusan untuk pulang semula berkerja di Ipoh dan alhamdulillah bulan Februari 2010 aku pulang semula setelah permohonan bertukar diluluskan. Dan kami bertunang pada bulan yang sama dan diijab qabulkan pada 4 Jun 2010, jadi boleh dikatakan proses mengenali hati budi baru je bermula lepas kami sah jadi suami isteri.

Jadi tu la ringkasannya hubungan aku dengan isteri, dan alhamdulillah hubungan yang dibina atas cinta ini diharap mampu berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ritmiller Guitar



Macam tak percaya aku nak pegi kelas muzik, apa-apa pun ni adalah salah satu ilmu yang aku nak belajar, aku tak peduli apa orang nak cakap dan aku rasa selagi diri ini masih bernafas aku patut buat apa yang aku rasa nak buat selagi apa yang aku nak buat tu tak melanggar perlembagaan Malaysia. Perh, sampai perlembagaan aku petik ek. Haha.

Sebenarnya sebagai seorang beginner macam aku ni memadailah bermula dengan gitar jenis ni, ni pun atas saranan dan nasihat member-member yang dah lama main gitar. Insyaallah aku akan cuba yang terbaik untuk buat benda ni dan menggembirakan insan yang aku sayang.

Aku buat semua ni bukan sebab nak mengikut orang lain atau mencemburui orang lain tapi sebab aku tau aku pun berhak ada ilmu petik memetik ni.

Tuesday, 26 October 2010

Kursus Lagi..

Esok sehingga jumaat aku akan ada di Port Dickson untuk attend satu lagi kursus dan mungkin yang terakhir untuk tahun 2010 ini. Setelah dikira-kira, termasuk kursus yang terbaharu ni, dah 20 hari aku berkursus. Untuk perkhidmatan awam, pegawai diwajibkan untuk menghadiri sebanyak tujuh hari kursus setahun.

Rasa cam nak bawa wife tapi cuti dia pun ada berapa hari je lagi tambahan bulan depan kami nak bercuti lama untuk ke Kuala Terengganu. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan aku selamat pergi dan selamat pulang. Apa-apa pun, bebanyak terima kasih aku ucapkan kepada wife aku sebab memahami keadaan diri ini.

Monday, 25 October 2010

Perkhabaran Terbaru

Salam semua, adakah anda sihat adakah anda merindui aku, adakah anda semua menantikan celoteh dari aku? Apa-apa pun tak kisah la atas apa tujuan anda untuk singgah di blog aku ni aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Rasanya lama sangat tak update blog aku ni, bukan tahap bersawang dah ni, tapi dah berhutan. Takpe dalam masa yang ada ni aku cubalah share dengan korang cerita-cerita terkini pasal aku. Mood tengah ada la katakan, lagi-lagi sambil layan lagu Keong Racun ni, mencurah-curah je idea datang.

Yang pertama sekali sape-sape yang berangan-angan nak jadi uncle, untie, or apa-apa je la pada bakal anak aku nampaknye korang kene hold dululah sebab buat masa ni my wife still 'kosong'. Sekarang ni kene bagi penumpuan pada kursus AIM (Akademi Imigresen Malaysia) yang akan datang tak lama lagi, so mana-mana pegawai yang mengandung adalah dinasihatkan supaya menangguhkan kursus tersebut sehingga selesai bersalin dan pantang 44 hari. So,biarlah setel dulu wife aku kursus ni kemuian kita sembang lain pasal anak ok?

Seterusnya, raya aidilfitri yang lalu aku berhari raya di Chuping, Perlis selama 8 hari, lama tak? Sebenarnya beraya di kampung tok dan tok wan isteri aku, tambahan pula aku ni cucu menantu yang kedua dalam keluarga belah sana jadi sambutan tu agak hapening la, lagi-lagi aku ni friendly, ramah so ramai la yang boleh masuk kepala. Yang sebenarnya tu la pertama kali aku sampai di Perlis, pertama kali aku menjejakkan kaki di negeri indera kayangan dan melengkapkan penjelajahan aku di kesemua negeri-negeri di semenanjung Malaysia, best gile. Hopefuly akan dapat peluang ke Sabah dan Sarawak pula.

Selepas bercuti hari raya aidilfitri, selang 2-3 hari lepas tu aku kene pulak menghadiri Kursus Induksi Umum di Woodvalley Sg. Congkak Selangor, katanya dekat dengan tempat Datuk Sosilawati kene bunuh. Seminggu tu beb, mati kutu aku dah la dok dalam hutan pastu nak kua ke pekan pun jauh. So,korang bayangkanlah dok dekat satu tempat selama seminggu tanpa melihat dunia luar. Mandi pun air sungai, minum pun ada la campur sikit air sungai. Tapi seminggu kat situ sekali pun tak pernah aku pegi mandi sungai.

So,nanti aku update lagi sebab kepala dah petak ni. Tiba-tiba sangap rokok. Jangan lupe helo aku kat facebook ok.. www.facebook.com


Di Mana Kau!!


Tentu ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya diriku ini kan? Jangan Bimbang semua, aku masih lagi di sini dan sentiasa sihatnya di samping isterin tersayang. So, entri-entri terbaru akan menyusul dan bersedikah anda untuk mengetahui pekembangan-perkembangan terbaru aku? Tunggu........

Wednesday, 1 September 2010

Kau Cium Aku..



Kontreversi beno je tajuk entri ni ek? Ni cite minggu lepas masa kua dgn member pegi jalan bendahara, masa kat area GM tu ada kete sorang ah so ni langgar dari blkg kete mak aku ni, apa lagi kelam kabut la. agak teruk la kemek, kancil la katakan, tp Hyundai Matrix ah so ni bak kata orang perak apah tidak. betul2 je lepas kena hentam tu aku kua la, apa lagi buat2 cam t'kejut la, tepuk dahi, pastu terus usya sape kat dlm kete yg langgar tu, bajet nak carut dah sekali ah so yg masih memiliki potongan bdn yg menarik ni terus mtk maaf sbb dia rushing pickup anak dia kat driving skul, so dia pun xnak cite byk n xnak pjg kes dia nak setel kat situ, dia ckp kalo aku buat repot pun buta je bg polis rm300(saman yg kene kat dia), so better setel sdr, ah so ni ckp nak setel semua apa yg rosak. so dia bw pegi satu bengkel kat paloh ni,aku ikut je la. so dia gtaw anta kete kat sini, dah siap repair sume call dia then dia byokan. tp sblm tu aku dah amek no ic, no plat kete, ngan no phone ah so tu. so skg kete pun dah di hantar repair, tunggu je la jumaat ni siap rasanya.

BBQ Di Bulan Ramadhan





Best dan sangat best, aktiviti ni kami buat masa awal-awal puasa dulu, boleh kata tiap-tiap petang bbq, kadang ayam, kadang keli, daging je takde tapi apa-apapun memang sangat menarik, sampai jiran-jiran sebelah datang tengok la, punya nak tengok kami masak apa.

Dah Boleh Pindah Dah


Rumah sewa aku akhirnya dah pun boleh didiami, alhamdulillah semuanya berkat kerjasama dengan wife aku, then lastly dapat gak duduk sendiri. So, tahun ni belum ada open house lagi, sebab rasanya tahun depan baru plan nak buat, tapi saudara mara adik beradik nak datang ziarah tu boleh la kalau ada kelapangan.


Sepuluh Ramadhan Terakhir


Alhamdulillah, sampai juga kita ke malam sepuluh ramadhan terakhir, dan marilah kita berharap semoga kita berjaya menyempurnakan Ramadhan tahun ini. Jadi bagaimana dengan persiapan anda semua, berapa pasangkah baju raya tahun ini, kuih raya apa yg masih belum dibuat, perabot mana yg belum diganti, apa-apa pun biarlah kita berpada mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang lalai dan membazir.

Minggu ni sibuk sikit la rasanya sebab baru nak pergi cari baju raya, takde jauh pun shoppingnye, Ipoh suda, agak-agak nak bajet moh le kite ke GM (Greentown Mall), sane pilihan banyak, harga pun mampu nak membayarnya. Rasanya ada kelapangan sabtu ni nak servis kereta aku tu, sebab nak jalan ke Perlis malam raya ni, entah macam mana la rasanya beraya kat tempat orang kan?

Thursday, 19 August 2010

Fifa Online 2 Mantap!!


Aku memang dah agak dah FO2 ni memang akan upgrade sistem diorang ni, malam tadi punya main memang puas hati, tak macam masa mula-mula kuar dulu, diorang ni copy sistem Fifa 2007, memang kualiti hampeh la, tapi alhamdulillah tahun ni punya upgrade memang puas hati!! Grafik cantik, dia pny player pun muka latest pny, nombor jersi pun ikut yang latest, bak kata semua nye mantap la!!

Majlis Berbuka Puasa Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Perak




Hujan lebat dari pukul lima sampai la ke waktu berbuka puasa memang menjejaskan sedikit sebanyak atucara majlis berbuka puasa pada petang tu, dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Perak kemudian disusuli dengan ceramah ramadhan oleh ustaz mana aku pun tak pasti sebab hujan lebat dengan sistem sound speaker yg lemah, aku sayup2 je dengar ceramah ustaz tu walaupun aku ada dalam 'engine bay' yg menjadi lokasi kilat bilamana lokasi asal dibasahi hujan. Aku yang dah semestinya boring ni, keluar lepak-lepak sambil tunggu member datang. Aku dah ajak seorang member ni, so takde la segan sangat.

Saturday, 14 August 2010

Masak Lemang Dan Perlis Indra Kayangan

Nape lemang? Hehe, sebab aku pny blog so ikut suka aku la! Bercerita tentang lemang ni, sebenarnya sepanjang aku hidup ni ada satu je air tangan yang betul-betul buat aku dan famili setiap tahun, kot mana pun mesti mendapatkan lemang 'hand made' dari seorang insan ni. Beliau adalah jiran kami dulu waktu di Kg. Changkat Tualang, atau lebih mesra dipanggil Mak Cik Jah, honestly memang sedap lemang dia dan aku berani cakaplah kalau dikormesialkan pun lemang Mak Cik Jah ni sure laku abes. Hope tahun ni boleh dapatkan lagi lemang dia, tapi rasanya dia pun dah sedia maklum sebab kami ni boleh dikatakan 'regular customer' dia la.

So, apa kaitan dengan Perlis ni, untuk makluman korang semua, negeri ni la satu-satunya aku belum jejakkan kaki lagi kat semenanjung ni dan insyaallah akan berbuat demikian raya tahun ni, rasa lain pulak berhari raya kat tempat orang, dan tak sabar nak rasa semua tu.


Home Furniture | Perabot Rumah


Salam Ramadhan, pagi-pagi sabtu ni sejuk pulak rasanya, masih belum pasti lagi dgn perancangan hari ni, tapi lepas solat subuh tadi ada bincang sikit dengan wife apa program untuk hari ni, pagi ni akan ke rumah sewa dulu, buat finishing kat bilik air, nak cat dan tambah cat minyak lagi sikit, dan pasang tingkap bilik belakang, lepas tu pegi kedai-kedai perabot nak survey perabot rumah. So, memandangkan jam pun menunjukkan 6.30, aku rasa lelap jap dulu, pastu dalam pukul 8-9 baru gerak.

Friday, 13 August 2010

Signature For Blog


Alhamdulillah, lastly berjaya jugak aku buat signature untuk blog aku ni. Tahniah untuk diri sendiri..

~Pulut Durian



Galak benor kali ni aku cerita pasal makanan ye, kali ni nak cerita pasal durian pulut pulak, kalau masa aku di Kg. Changkat Tualang dulu kalau ada kenduri kene pulak time tu masa musim durian confirm makanan ni ada, dan dah tentu la kegemaran aku makanan ni. Sangat simple penyediaannya, santan, durian, pulut ha pastu apa lagi ngaapp la, tengok pastu tersandor ke tak kat tiang nak bagitau punya la sedap dan nikmatnya.

Tapi tu dulu la masa kecik-kecik duduk di kampung, sekarang ni dah duduk pekan jadi nak merasa camtu kena la buat sendiri di rumah pastu makan la dengan adik beradik. Tapi takpe asalkan sama juga makanan nya, makan bersama ni seronok selain dapat mengeratkan silaturrahim.

Rumahku Syurgaku:::




Akhirnya dapat jugak umah sendiri, maksud aku umah sewa kat area Bercham ni, alhamdulillah sebab Allah permudahkan urusan. Sebenarnya lama jugak mencari rumah untuk disewa ni jadi bila dah dapat ni lega la sikit. Dengan kadar sewa uang berpatutan ak urasa berbaloi la sebab rumah ni pun dah dekat dengan jalan besar jadi mudah untuk kami masing-masing ke tempat kerja.

So, nak dijadikan cerita rumah yang aku sewa ni tak lah lama sangat ditinggalkan oleh orang yg sewa rumah tu, kata tuan rumah adalah dalam dua minggu lebih camtu. So, bila dah dapat kunci rumah macam-macam la aku, isteri dengan bantuan adik ipar buat kat rumah ni. Mula-mula kami cat dulu rumah tu dan kemudian basuh, dan alhamdulillah sekarang ni barulah nampak macam rumah yang boleh didiami berbeza benar dengan sebelum ni.

So, insyaallah kalo tiada apa yang menghalang minggu depan masuklah sikit-sikit perabot rumah. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Amin..



One Of 'Our' Favourite Food | Pulut Mangga


So, rasanya sempat nak sharing dengan korang sebelum aku bersiap solat jumaat ni. Pulut mangga ni asal usulnya dari Siam rasanya sebab apa aku cakap camtu, most of us aku rasa dapat makanan ni kat stall-stall Siam kat dalam Mall betul tak? Aku pun tak tahu asal usulnya dengan betul tapi nak tahu jugak korang rajin-rajin la cari dalam internet.

Rasanya duduk rumah baru nanti, nak suruh isteri buatkan dessert ni sebab memang lazat, tambah pulak kalau buat guna beras pulut Siam. Memang lazat..........


Kampus INTAN Wilayah Tengah






Baru-baru ni aku ada kursus di INTAN Tengah, kursus Aset yang berlansung empat hari tu memang menarik, walaupun sebelum ni aku pernah kerja di KL, tapi jujur aku tak pernah sampai dalam tu lagi. Bab fasiliti memang aku respek sebab memang mantap, mungkin disebabkan INTAN Tengah ni adalah INTAN pertama dibina jadi segala kemudahan di situ amatlah lengkap.

Tak banyak yang dapat dikongsi selain tempat penginapan yang best, ala-ala hotel cukup, cuma di kawasan INTAN Tengah ni perlu alert sikit kalau anda nak merokok. Sebab for sure premis kerajaan adalah tempat dilarang merokok dan di INTAN ini jelas penguatkuasaannya dapat dirasa.


Thursday, 12 August 2010

Oh Ramadhan..


Alhamdulillah, dah pun 2 hari puasa kita lengkapkan dengan jayanya, malam ni malam tarawih ketiga, tapi aku tak pegi solat tarawih pun, insyaallah malam esok aku pegi, banyaknya Allah SWT nak bagi pahala pada aku bulan-bulan puasa ni, entah la tak tahu nak mula dari mana sebab aku tak pandai nak karang ayat untuk luahkan apa yang terpendam dalam hati ni, akhirnya semua hilang begitu sahaja dan aku seorang je yang tahu keadaan sebenar.

Insyaallah kalau takde aral melintang, bulan depan aku akan menghadiri kursus BTN di Wood Valley Sungai Congkak, Selangor. Harapnya Allah SWT bantu permudahkan segala urusan. Hari ni berbuka puasa bersama mak tersayang dan adik-adik serta abang di rumah, tiada apa lauk yang istimewa pun, mak masak sayur campur, ikan goreng, mak buat kuah asam, dengan ikan masak gulai taucu, tapi masing-masing berselera makan, memang kalau di bulan-bulan biasa pun memang begitulah makannya pun, simple2 belaka.

Entah macam mana silapnya rupanya ada yang berkecil hati dengan sikap aku, ada yang terluka dengan sikap aku. Persoalan demi persoalan timbul di benak fikiran ni, apa salah dan dosa aku lakukan sehingga tiada satu pun perkara baik tentang aku yang dikenang?
Dan buat insan yang aku cintai ketika ini, sayangilah hubungan ini seadanya, cepat-cepatlah berbaik jika ada yang terasa, cepatcepatlah minta maaf jika ada yang tak kena, kerana hasutan syaitan sentiasa ada untuk merosakkan dan kelak menghancurkan kita sayang. Betul apa yang dicakapkan, janganlah diambil sangat perkara-perkara negatif, janganlah dibanding-bandingkan sayang, jangan pernah keluar perkataan 'menyesal' kerana apa yang terjadi semuanya kehendak kita. Bersamanya kita pada hari ini atas sebab kita masing-masing memerlukan, cukuplah yang sudah berlaku tu. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, mohon ampun dan maaf sekiranya kata-kata dan perbuatan diri ini ada membuat diri sayang terluka. Diri ini hanyalah insan biasa.


Saturday, 31 July 2010

KL, I come again..

Salam semua, lama jugak tak upadate blog ni, sibuk je manjang tambah2 skg ni kene tanngung keje, so paham2 je la, keje pun asyik rushing je, kat opis tu org lain bkn boleh suruh buat keje lebih sikit, kalau dah dibagi keje tu, sampai pencen la tu je nak buat, langsung tak boleh nak buat keje lain, tapi takpe la at least aku belajar byk bnd. Sebenar nya aku baru je balik dari Lumut rabu baru ni setelah 3 hari di sana sebagai pencatit minit mesyuarat ketua2 balai bomba dan penyelamat negeri Perak ni, letih gila beb. Ni semua EO aku pny keje la, katanya ayat2 dan penulisan aku dalam blog ni best, menarik la, last2 aku ditariknya sbg pencatit minit dan urusetia, penat pun tak abes lagi ni.

Minggu depan ada kat kl pulak, kursus pengurusan aset alih kerajaan kat INTAN Kiara, kursus ni pulak 4 hari, pergh rabak poket bai, tapi leh claim cuma masalah nye penat la. aku tak pasti la nak b'tolak esok atau awal pg isnin, drive sorg2 ni phm2 je la. Yg kesian wife aku la, belum puas nak manja2, ni kene pegi kl 4 ari pulak. dlm surat penginapan disediakan katanya, tp member aku pulak gtaw mmg disediakan tp kene awal la sbb fist come fist serve. hmm, mane2 je la. jnj aku dpt tmpt tido sudah,kalau takde pun leh je tumpang tido umah membe2 kat kl.

So, pe lagi nak share ek, hmm.. ha, aku dah dpt umah sewa kat Bercham, boleh la umah 2 bilik. siang tadi pegi cat undercoat, esok nak cat prime cat pulak, wife aku yg pilih kaler, aku ikut je. hehe. letih bdn ngecat td, nasib baik ade adik ipar tolong so ringan la sikit. umah tak besa sgt pun, cukup la tggl berdua. masa cat siang tadi sama2 la ngemas, bilik2, blk air, lipas ngan cicak lak b'sepah umah tu, nnt beli ubat la kat lokin ade jual ubat tu.

Wednesday, 21 July 2010

External Disk Failure. Damm!!!!!!!!!!!



Lastly benda yang aku takutkan selama ni jadi kenyataan gak, external aku disahkan rosak sepenuhnya, banyak kot file dalam tu, movie best2, gambar2 aku dgn wife masa mule kenal pun ade taw, aduhai kecewa gila. Aku pun tak tahu la kenapa dgn external ni, masa dok kl dulu ok je bila dah pindah ipoh ni macam2 jadi, dugaan betul la.

Rupa-rupanya hard disk ni even senang dibawa ke mana-mana tapi sebenarnya satu benda yang sensitif, tak boleh kasar-kasar sangat . Yang paling sedih fail-fail dalam tu dah tak boleh nak trace balik. Serius aku sedih gile, next time kene beli baru la nampak nye.

Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics

Tuesday, 20 July 2010

Aurat Isteri Tanggungjawab Suami

Pihak yang berkenaan tolong la paham. Aurat bukan sekadar memakai baju dan bertudung je. Kalau pakai tudung tapi seluar ketat, baju singkat tu ape cite? Aku dah nasihat, so tanggugjawab aku dah lepas. So,tu antara kau dengan Allah. Kita ni tak rasa ape ke aurat isteri jadi tatapan lelaki lain? Kenapa la degil sangat. Ke sebab diri tu bagus sangat langsung tak boleh ditegur?

SOALAN:

ADAKAH suami menanggung dosa isterinya yang tidak menutup aurat/mendedahkan aurat kepada yang bukan mahramnya?

JAWAPAN:

RUMAH tangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan isteri semata-mata.

Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredaan Allah s.w.t.

Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardu ain).

Firman Allah s.w.t bermaksud: Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka. (al-Tahrim:6). Para ulama ketika menafsirkan ayat ini berpendapat bahawa suamilah yang bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarganya daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami menyelamatkan ahli keluarga dengan mendidik mereka dengan ilmu agama. Mengajar mereka ilmu fardu ain yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam termasuklah ilmu tauhid.

Setiap Muslim perlu mengetahui batasan auratnya. Seorang wanita wajib mengetahui batasan auratnya. Sejak dibangku sekolah lagi ustaz dan ustazah telah mengajar mereka batasan auratnya, malahan di dalam silibus KBSR dan KBSM juga menjelaskan demikian.

Malahan ibu bapa juga mengajar mereka had aurat. Namun, apabila dewasa, ada di kalangan wanita yang melihat kefarduan menutup aurat ini sebagai satu budaya orang Melayu dan bukan persoalan agama. Tanggung jawab dan peranan mendidik berpindah ke tangan suami apabila seseorang itu dikahwini oleh seorang lelaki.

Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami jelas bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah tangga terutamanya dalam mendidik keluarga. Suami wajib menasihati isterinya dengan penuh bijaksana dan hemah supaya isteri boleh menerima perintah menutup aurat dengan rela hati tunduk dan patuh pada perintah Allah.

Rasulullah s.a.w. ada berpesan agar setiap wanita itu dididik dan ditegur dengan penuh kelembutan dan dedikasi. Nabi mengingatkan kita agar mereka tidak dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana yang demikian akan membawa padah pada si isteri.

Setelah dinasihat dan diajar serta ditegur, mereka masih lagi enggan menutup aurat maka suaminya tidak berdosa. Ini kerana suami sudah berusaha menyedarkan akan perintah Allah menutup aurat, tetapi masih ingkar. Maka dosa keengganannya menurut perintah Allah akan ditanggung sendiri dan bukannya suami.

Dalam surah al-Nur, Allah berfirman yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31).

Dalam ayat ini jelas Allah s.w.t. memerintahkan kaum perempuan menutup aurat dan perintah ini wajib. Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya melainkan kedua telapak tangan dan wajah.

Ulasan : Buat suami, sedarlah tanggungjawab kita besar selaku ketua rumahtangga. Aurat isteri dan anak-anak pastikan dipelihara. Kalau tidak kelak, kita bakal menanggung akibatnya di hari pembalasan!


Wednesday, 14 July 2010

Luahan Hati

Sama-sama lah kita renung kan.

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmm lah!!


But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau "assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate
gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Every nite,very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah,aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin,
barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah
isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat diorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! dan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!!

So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut.Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !!Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak
ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga.

Our life graph becomes very the monotenous, then we realised,jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.

Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!






Monday, 12 July 2010

Pangeran Cinta St12





Latest song from ST 12 Pangeran Cinta, band seberang yang kini mendapat sambutan di Malaysia.


Klik link untuk download - DOWNLOAD






Selamat Tinggal | Masa Kecil



Entah macam mana nak mula untuk entri kali ini, berbeza benar rasa nya kerana aku telah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan pengajian aku di Politeknik, aku sedih sangat dan keputusan ni telah pun dibuat setelah berbincang dengan isteri. Aku sedih tinggalkan kawan-kawan kelas walaupun hanya sempat berkenalan bebarapa minggu. Apa-apa pun korang memang best dan aku doakan korang semua sambung belajar sampai graduasi, aku doakan korang.

Aku tahu, dengan keputusan aku ni aku telah pun mengecewakan ramai orang, terutama orang yang melahirkan aku sendiri iaitu emak! Antara sebab nya ialah sebab aku gagal untuk memberi komitmen dengan pembelajaran aku sendiri, selain baru belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan baru jadi aku rasa wajarlah aku memberi perhatian untuk satu perkara dahulu. Tambahan di JBPM Perak ini bekerja seumpama berada di 'universiti' perkhidmatan awam. Maksudnya segala selok belok tentang pengurusan, kewangan, aset, dan bermacam lagi dan tambahan 'freshy' seperti aku ini sudah tentu memerlukan satu tenaga tambahan untuk 'cath up' semua tu, so aku rasa advantage kat aku la lepas ni keje jabatan kerajaan lain sebab banyak sangat knowlwdge kat sini yg aku perolehi.

So, bercakap tentang entri ini, aku dikhabarkan yang Politeknik Primer Ungku Omar tidak lagi mengambil pelajar KSS(Kursus Secara Sambilan) ini pada semester hadapan dan bermaksud semester ini adalah yang terakhir memandangkan MQA(formely was known LAN) dikatakan tidak mengiktiraf diploma yang dikeluarkan oleh Politeknik untuk pelajar KSS, dan persolan yang ditimbulkan MQA ialah 'logik ke 2 tahun dengan kelas sabtu dan ahad je boleh belajar semua, sedangkan kalau full time punya student diploma pun ambil masa 3 tahun untuk tamat, tu pun kalo takde yang repeat paper la', lebih kurang macam tu la. Dan satu lagi sebab tidak diambil pengajian diploma untuk pelajar KSS adalah kerana Politiknik Primer Ungku Omar dalam proses naik taraf menjadi sebuah Universiti Politeknik dan semua program sijil berakhir tahun ini bagi pengambilannya. Untuk tahun hadapan buat pertama kalinya Politeknik Primer Ungku Omar akan hanya ada kursus di peringkat Diploma dan Advance Diploma (macam degree jugak).

Mana-mana pelajar lepasan sijil Politeknik selepas ini yang ingin menyambung pengajian di peringkat diploma bagi pelajar KSS, kursus hanya ditawarkan di Kolej Komuniti sahaja. Kemungkinan bukan rezeki aku kali ini, tapi akan datang tak siapa yang tahu.









Monday, 5 July 2010

Hang Out






Gambar-gambar keluar lepak dengan member Vespa Ipoh Pulai


Ayo Kembali Ke Sekolah!











Ada beberapa gambar sewaktu kelas minggu lepas.