
Bulan depan dah bulan 12, aku memang dah ada perancangan untuk pergi bercuti dengan isteri tapi destinasi mana masih belum tahu lagi, adakah di pulau-pulau? Wahh, romantisnya bila menghabiskan masa bersama-sama dengan insan yang kita cinta. At least dapatlah lupakan sekejap tempat kerja, lupakan masalah yang ada dan yang paling penting dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara kami.
Buat masa ni isteri aku masih lagi berkursus di Melaka sehingga awal Disember nanti, penantian memang suatu penyeksaan. Soal rindu kat isteri tu usah dikenang la, lagi-lagi bila berjauhan macam ni, nasib baiklah boleh call dan dapatlah melepaskan rindu, tak sabar tunggu isteri balik dan bila ada depan mata barulah rasa lega.
Minggu ni terasa lambat sangat, begitu juga dengan suasana di tempat kerja semuanya rasa lambat. Partner aku kat stor ni hari ni dah start cuti sampai la jumaat nanti so minggu depan baru kerja, aku pulak cuti raya haji je la, ye la nama pun orang sini tapi Insyaallah kalo takde apa halangan aku akan solat raya Aidi Adha di kampung tempat aku membesar, Kg Changkat Tualang.
So, berbalik pada tajuk entri, aku kena bincang balik dengan isteri tempat holiday bulan depan dan yang penting masih lagi dalam bajet kami. Diharapkan semuanya baik-baik dan apa-apa pun follow up blog aku untuk tahu perkembangan seterusnya.
No comments:
Post a Comment