iklan

Tuesday, 23 March 2010

Beransur-ansur Sihat


Maha suci Allah SWT yang megizinkan aku terus menulis di ruangan blog ni. Alhamdulillah segalanya sudah terjawab, my fiance dapat posting di Jabatan Imigresen Ipoh, lega betul rasanya bila selesai melalui fasa ini.

Apa yang harus dilakukan sekarang adalah bersiap-siap untuk tarikh keramat 6.6.2010 yg akan datang, kemungkinan nikah akan diadakan awal dari tarikh asal iaitu memandangkan kami berdua telah bekerja di kawasan yang sama, jadi rasanya tiada apa yang menjadi masalah untuk kami berdua meneruskannya.

Tapi yang paling penting dlm entry ni aku nak mengumumkan aku akan bermain utk skuad bola sepak bomba Ipoh ni, semalam dah tengok game dorang masa lawan dengan Ipoh Specialist, aku tak tengok dari awal tapi yang aku tahu masa aku tengok tu bomba kena 3-0. So, khamis ni start training dgn team baru selepas takde rezeki dengan skuad utama KPKT. Aku sempat sembang dengan coach(anggota bomba), so dia beritahu kene turun training dulu, dan kalau dapat tempat dalam skuad, satu surat akan dikeluarkan kepada pihak pengurusan menyatakan aku bermain untuk bomba dan pelepasan akan diberikan sekiranya berkaitan dengan pasukan.


No comments: