Perasaan bercampur baur sekarang, aku tidak pasti apa yang aku harus lakukan dengan hubungan ini, kadang2 terdetik dala hati samada langkah yang aku ambil ini betul atau tak, pertunangan boleh dianggap selangkah ke alam perkahwinan, tetapi kenapa aku tak gembira dengan semua ini? Aku lebih suka menyalahkan diri sendiri dahulu dari menunding jari kepada sesiapa. Sampai nya aku ke tahap ini bukan lah hanya dengan petik jari, aku berusaha untuk mencapainya. Aku buang kenikmatan yang suatu ketika dahulu pernah aku nikmati, yang pernah aku kecapi hanya untuk menikmati perhubungan yang jujur dan bukan kepura-puraan.
Salah ke kalau aku request satu hubungan yg baik? Selalunya kita tak nampak kesan dari segi sychology, aku dah tegur aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan sesiapa yang boleh menjejaskan hubungan kami ini. Sebagai contoh, aku ada adik perempuan yang akan berkahwin dalam beberapa bulan lagi, segala persiapan dah dibuat, dah tempah pakej kahwin, bilik pengantin pun dah decorate, langsir baru pun dah siap cume tunggu nak pergi ambil je, dah tempah katering, dah tempah dewan, dah tempah PA majlis kahwin, dah senaraikan para jemputan, dah panggil Jamal Abdillah untuk membuat persembahan pada majlis perkahwinan adik perempuan aku nanti, bak kata semua la dah siap, cuma nak cetak kad kahwin je yg tinggal.
Akhirnya, nak jadikan cerita tunang adik perempuan aku ni beritahu nak batalkan majlis, dia tak nak kahwin dengan adik aku ni atas alasan 'NO REASON', tu pun beritahu guna SMS je, ni contoh la ok sekali lagi aku cakap ni contoh! So, sebagai orang yang ada kaitan pertalian darah dengan adik perempuan, apa yang korang rasa, MARAH tak dengan lelaki tu, lelaki yang hanya pandai mainkan perasaan, apa yang mak dan abah korang rasa bila dapat tau tentang tu, apa yang saudara mara akan cakap, apa jiran-jiran cakap, apa perspektif masyarakat tentang ni? Sebagai perempuan, agak-agak adik aku malu tak, strong tak dia untuk hadapi semua tu?
So, anggap la benda ni dah berlalu then ditakdirkan Allah SWT, adik perempuan aku jatuh cinta dengan seorang lelaki lain, lelaki yang agak sederhana orangnya, lelaki yang bagi semnagt untuk dia bangkit semula dari kenangan BANGSAT lalu dan mempunyai hati yang baik dan ikhlas berkawan dengan adik perempuan aku ni, kami sebagai saudara kandung dan teman-teman hanya mendoakan yang terbaik untuk dia dan mudah-mudahan perhubungan kali ini ke jinjang pelamin hendaknya. So, dengan izin Allah SWT, diorang merancang untuk berkahwin, Alhamdulillah.
Situasi yang kedua pulak, agaknya Allah nak uji hati teman lelaki baru adik perempuan aku ni, dia dapat tahu masih ada sepupu aku, adik-adik aku, yang masih berhubung dengan bekas tunang adik aku ni, aku ulang sekali lagi BEKAS@SAMPAH tunang adik perempuan aku ni. Perkara ini dinafikan adik perempuan aku ni dengan alasan tu hak adik-adik, atau pun hak sepupu-sepupu dia, dia tak nak masuk campur yg penting dia tak berhubung dah dengan lelaki tu, secara logiknya perlu ke ada connection dengan lelaki macam tu? Sejurus selepas lelaki tu membatalkan perkahwinan dulu, sepatutnya korang dah tahu lelaki ni jenis macam mana dan kalau boleh elakkan lah ada hubungan dengan dia, betul tak?
Untuk pengetahuan juga, adik perempuan aku ni lawa orangnya, tak dinafikan ramai lelaki yang menaruh hati pada dia, tu sebenarnya dugaan berat pada sesiapa yang menjadi teman lelaki dia. Dia jugak ramai abang angkat(aku tak tahu pulak ada jugak lelaki macam ni, agaknya nak ngorat tak dapat kot), ramai lelaki yang sayangkan dia, still SMS dia konon caring, padahal semua nya ada niat tersembunyi.
So far aku dah nasihatkan dia supaya disconnect dengan laki2 yang takde manfaat pun untuk dia, fokus la pada teman lelaki baru dia tu, dan aku doakan diorang cepat kahwin, tu je yg terbaik. Tapi anjing-anjing yang memang tak faham bahasa akan terus mencari adik aku ni. Aku doakan Allah SWT lindungi mereka berdua. Amin......
No comments:
Post a Comment