iklan

Wednesday, 17 March 2010

Sekarang Dah Bersimpang

Alhamdulillah,petang ni aku dapat lg teruskan pengisian untuk entry dlm blog aku, rasa lama pula tak update. Modal tu ada,tp nak terjemahkan dalam bentuk penulisan tu aku tak berapa pakar. Dalam aku tak sedar dah masuk bulan ke dua aku di JBPM Perak ni sebenarnya, so banyak benda yang dah dipelajari, selok belok pengurusan stor pun dah ada sedikit pengisian ilmu nya walaupun masih banyak yang harus dipelajari. Aku harap dalam masa terdekat ni adalah surat jemputan menghadiri kursus pengurusan stor di bawah kendalian INTAN, sebab buat masa ni aku memang perlukannya.

Untuk keharmonian masa hadapan aku harap boleh ubah sikap aku, dan yang penting berfikiran positif dan elakkan berprasangka. Kadang-kadang kita susah nak hadapi kenyataan, tapi untuk berjaya aku kena juga belajar hadapi semua tu. Kerana cabaran selepas ni sudah tentu jauh lebih hebat. Yang penting bila ada ilmu orang akan hormat kita, orang lain tak kan sewenang-wenangnya memperbodohkan kita, mempertikaikan kita untuk segala macam.

Aku tahu ramai je yang tak suka aku, kenapa salah ke aku nak mempertahan kan hak aku? Aku ada amanah yang perlu aku jaga. Kadang-kadang aku sentap jugak dengan manusia jenis macam ni, honestly kalau kau nak jadi sebahagian dari orang yang nak tengok aku hancur,tu pilihan kau dan aku takde hak pun nak halang.

Orang tak faham apa yang aku tanggung, kalau la aku boleh ceritakan semua ni, luahkan segalanya kan senang, ingat la pepatah dulu binatang dipegang pada talinya, dan manusia dipegang pada janjinya. Aku berhak pilih cara hidup aku sendiri selagi tak bertentangan dengan syariat dan ajaran Islam, betul tak?

Dari A-Z aku disalahkan, cakap je tak betul(termasuk penulisan aku dalam blog) ada je nak dikondemkan. Jangan ingat aku bodoh, even nak bersulamkan bahasa sebab aku still faham. Kalau betul sekalipun buktikan lah. Jangan main cakap belakang je,publish something yang diri sendiri tak tahu hujung pangkal, lain kali dengar dua belah pihak punya statement baru kene caranya. Cuma nak pesan, lain kali kalau nak cakap, selidik betul-betul, sebab takut kata-kata kita tu akan jadi fitnah, ingat lah dosa fitnah tu lagi dahsyat dari membunuh! TITIK.

Nota Kaki : Sabtu ni nak derma darah lagi sebab dah cukup 3 bulan.


No comments: