iklan

Friday, 19 November 2010

Bersabarlah...


Pagi jumaat yang mulia ni terasa hening yang luar biasa, kat ofis pulak aku dah berulang-ulang kali dengar lagu 'Inshaallah' dan 'Thank You Allah' dari Maher Zain, sayu sangat seolah-olah mengerti apa yang hati aku rasa ketika ini, dan adakala bergenang air mata kerana sedih sangat, mungkin juga ujian yang diturunkan Allah ketika ini cukup hebat untuk dihadapi seorang diri, tiada berteman dan juga mengharapkan petunjuk dari Allah mudah-mudahan semuanya dapat diselesaikan.

Semakin hebat ujian semakin kita tahu sebenarnya Allah SWT masih sayangkan kita, masih memberi kita peluang memperbaiki diri, mengenali kelemahan diri, mengetahui siapa teman siapa lawan, mengetahui yang cinta sesama manusia belum tentu menjanjikan kebahagiaan kerana cinta yang hakiki hanya untuk Allah SWT, terima kasih kerana memberikan aku ujian ini ya Allah.


No comments: