iklan

Sunday, 28 November 2010

Rindu Sangat Sama Kamu..




Ada beberapa hari lagi je nak jumpa isteri tercinta, meluap-luap rasa rindu ni. Nasib baik lah dengan ada teknologi seperti 3G ni dapatlah juga melepaskan rindu pada isteri. Kami dah rancang macam-macam aktiviti bila ada di Melaka nanti, so sempena celebrate isteri habis kursus ni ingat nak cari hotel tepi pantai tapi bila survey kat internet sangatlah jauh dengan Bandar Di Hilir so senang cerita kami nak cari hotel yang dalam Bandar Di Hilir je, harap ada la tarikh yang kami nak menginap tu, risau jugak sebab aku dah call 4-5 hotel kat area Bandar Di Hilir dan kebanyakan semuanya dah full house. Tapi takpe, aku ada esok sampai hari rabu untuk cari hotel dan harap-haraplah ada sebab risau jejaskan plan asal.

Rumah dah kemas, pinggan dah susun dalam kabinet, latai dah mop, laman rumah dah sapu, kereta isteri pun dah cuci, senang cerita everything dah settle kira tunggu hari khamis minggu depan awal pagi lagi aku dah bertolak ke Melaka. Ini semua excited nak jumpa isteri. So,tunggu je la dengan sabar minggu depan ok.

No comments: