iklan

Monday, 15 November 2010

Yang Terbaik


Baru je mencecah lima bulan usia perkahwinan aku, alhamdulillah Allah SWT masih memberi peluang bernafas di muka bumi ini, masih diberi peluang untuk mempebaiki diri, menginsafi kekhilafan diri dan insyaallah menjadi insan yang hebat, suami yang hebat, ketua keluarga yang hebat dan semuanya hebat-hebat di samping menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah.

Soalan yang cukup kerap di tanya pada aku dan isteri, 'bila nak ada baby'? Persoalan yang agak sukar dijawab buat masa ni untuk kami berdua, pasangan mana yang berkahwin tidak mahukan anak, lebih-lebih lagi aku dan isteri masing-masing datangnya dari keluarga besar? Bagi aku itu semua urusan Tuhan, urusan pencipta diri ini dan sekalian mahluk-Nya.

Insyaallah 'hasil' kami berdua akan menyusul selepas ini dan buat masa sekarang biarlah kami menikmati hidup sebagai pasangan suami isteri yang bahagia sebab kalau nak ikutkan tempoh kami berkawan masa mula-mula kenal pun tak lama, mula mengenali pada penghunjung tahun 2008, tahun 2009 aku dah berhijrah ke Kuala Lumpur dan tahun tu hanya jumpa sabtu ahad je bila aku balik Ipoh, jadi bila berjauhan proses mengenali tu agak terbantut jugak la.

Jadi aku ambil keputusan untuk pulang semula berkerja di Ipoh dan alhamdulillah bulan Februari 2010 aku pulang semula setelah permohonan bertukar diluluskan. Dan kami bertunang pada bulan yang sama dan diijab qabulkan pada 4 Jun 2010, jadi boleh dikatakan proses mengenali hati budi baru je bermula lepas kami sah jadi suami isteri.

Jadi tu la ringkasannya hubungan aku dengan isteri, dan alhamdulillah hubungan yang dibina atas cinta ini diharap mampu berkekalan hingga ke akhir hayat.

No comments: