iklan

Thursday, 25 November 2010

Hari Yang Memenatkan

Entah kenapa semua hari ni perkara-perkara yang tak diduga datang serentak, aku hari ni boleh kata agak sibuk jugak lah dan time tengah sibuk tu la macam-macam perkara lain kena buat gak. Yang pertamanya aku memang dah diberitahu supaya ambil mak ngah, pak ngah dgn irfan kat stesen bas medan gopeng, so tu takde masalah la sebab malam tadi memang dah diberitahu oleh mama (panggilan untuk mak mertua aku) pasal ni.

So, pagi tadi aku keluar kejap ke Yik Foong sebab ada la halnya dan aku tak boleh nak share dengan korang kat sini. Then, takpe la kan dalam aku on the way nak balik ofis tu dapat lak sms dari EO aku untuk buat semula permohonan LO yang dah dibuat sebab ada beberapa perubahan dibuat pada quotation sebelum ni, siot je sebab benda alah tu partner aku kat stor yang buat dan dia pulak pergi Kuantan tiga hari bawa pegawai pentadbiran berkursus.

Jadi, agak kelam kabut gak la sebab si EO ni nak hari ni gak, masa tu pulak dah pukul sebelas lebih. Dalam kepala dok fikir boleh ke buat sebab aku tak tahu mana softcopy Abg Razak (partner stor) ni letak dalam komputer dia, jadi bila sampai setor terus cari softcopy dalam komputer dan edit quotation yang dia dah buat tu dengan yang baru punya, so belum pun setel mak ngah pulak call beritahu dah sampai Tol Jelapang bermaksud aku kena gerak dah ke Medan Gopeng.

Dah ambil mak ngah bawa pulak ke kedai makan untuk tapau lauk sebab diorang dari pagi dalam bas so time tu dah pukul satu lebih so of course la diorang lapar lepas beli lauk terus hantar balik rumah mama. Mak ngah transit di sini sebab malam nanti baru bertolak ke LCCT untuk ke Miri, flight yang dijangka pukul 7 pagi dari LCCT ke Miri. So, dari Ipoh malam ni pukul 12 tgh malan dan sampai ke LCCT pukul 4 pagi so sempat la check in untuk flight ke Miri pukul 7 pagi.

Pasal kerja aku kat stor tu alhamdulillah settle semuanya even first time aku buat benda alah tu, tapi alhamdulillah selesai sudah. So,malam ni rasa nak tido awal sebab besok pukul 8.30 ada mesyuarat bahagian.

No comments: