Ape yang dah ready nye cho? Buntu aku nak buat hipotesis mengenai persoalan di atas, sebab bile aku beritahu nak kawin tu la soalan yang aku akan dapat oleh kebanyakan kawan2, sedara mara, jiran2, keluarga dan kenalan rapat. Macam2 cerita yang aku 'collect' yang mana certain nye aku jadikan pengajaran, iktibar dan panduan. "kahwin ni bukan benda main2 shahid, ko muda lagi, baru je mula nak keje nak stabil, ni ko dah nak kahwin. Ko sambung belaja dulu, part time pun takpe, bagi ko punya 'career development' tu mantap dulu, pastu baru ko pikir nak bagi anak dara orang makan ape". Tu la antara petikan 'manis' dari Atok aku masa aku dgn dia balik dari pengkebumian arwah makcik saudara aku kat Sungai Udang, Klang baru-baru ni. Opah yang duduk di tempat duduk belakang mengiyakan aje si husband nye cakap, siap 'tambah gula' lagi "aah ko ni shahid, ko tu baru 23 tahun, nanti dah kahwin sambung belaja entah ke mana, famili entah ke mana, zaman sekarang ni bukan cam zaman opah ngan atok ko ni kawin, zaman sekarang banyak cabarannye, ko pikir la masak2 shahid..." Terdiam aku kejap, bila pikir2 balik ada juga betul nya. My Gf pun masa mula aku suarakan keinginan untuk berbinikan dia, pun tak nak jugak, alasan yang diberi "i m not ready yet", ye aku paham die ada alasan tersendiri untuk bercakap 'tidak'. Lama juga aku pujuk, ada ketikanya soal kahwin ni buat kami bermasam muka. Lastly dapat jugak aku pujuk sayang aku ni untuk kahwin, cair jugak last nya. Tu pun sometime die tanya jugak samada apa yang kami buat ni betul atau tak, bagi aku bukan benda jahat yang kami nak buat dan yang penting kami tidak membelakangkan mak abah dalam hal ni. Aku balik Ipoh minggu ni sempena cuti tahun baru, tu pun malam tadi dah dapat mesej dari sayang beritahu Pak Su nak jumpa sebab ada benda nak bincang. Aku dpat rasakan berkenaan kami nak kahwin ni, tetiba rase gementar pula dan terpikir 'dah ready ke aku'?
No comments:
Post a Comment