iklan
Friday, 18 December 2009
My Day
Phuh, penat gile rase nya hari ini, dari pagi sampai ke petang aktiviti aku. Sementara nak mandi rase nya sempat kot aku nak kongsi dengan korang semua aktiviti aku. Pagi tadi pukul 10 dah bangun, cam awal pulak rase nya tambahan hari ni cuti tapi mengenangkan banyak perkara yang perlu disetelkan, so bingkas aku bangun mandi2 dan calling my Gf untuk pickup aku kat umah. Program awal pagi ni nak ke bengkel vespa, nak tengok vespa aku yang dah disembur cat. Aku bawa sekali kamera nikon d60 aku untu k ambil gambar dan mana patut. My GF sampai dalam pukul 11, aku bawa juga kain pelikat sebab hari ni jumaat, jadi tengah hari tak perlu balik rumah solat jumaat just singgah je masjid terdekat untuk solat jumaat, so kami bertolak ke bengkel vespa bersama. Sampai2 di bengkel aku terus ke bilik cat tengok vespa aku, wow memang cantik setelah di cat, colour ni la yang aku nak. Bagus betul la pomen aku si Chueng ni, lastly dapat juga colour biru kelabu original yang aku ngidam ni. Kata si Cheung dia dapat sampel ni dari vespa lama, jadi sampel colour tu di bawa ke kedai cat untuk di dapatkan colour tu dalam bentuk cat. Dah puas tengok dam snap 3-4 pic aku minta diri blah sebab lepas tu aku nak pegi Jusco pula nak tengok wayang cerita Avatar, sampai kat kaunter, time yang aku nak tengok semua dah FULL jadi aku ambil keputusan tengok besok je la, tapi sebelum beredar aku beli la tiket untuk esok. Kemudian aku bawa my GF lepak kat Secret Recipe sebab memang banyak benda yang kami nak bualkan terutma pasal pertunangan kami pada bulan 2 tahun depan. Dalam best dok borak2, die tunjuk kan pada aku surat temuduga SPA, bagusla sebab my GF dapat tawaran temuduga untuk jawatan Pegawai Imigresen, harap2 berjaya dalam intirview die nanti. After makan2 kat Secrect Recipe kami jalan2 dalam Mall, saje cuci2 mate tengok2 barang. Entah macam mana masa aku nampak booth Hospital Besar Ipoh untuk derma darah aku terdetik pulak nak donate, lagi2 badan aku dah berisi, dan rasa macam darah dah banyak, haha. First prosedur kene isi form dulu, then kena pegi kat 'misi' bertugas dorang akan amik sampel darah dan tentukan samada kita layak atau tak untuk donate darah. Untuk proses tu, jari manis belah kiri dijadikan sasaran satu alat berbentuk pen yang digunakan untuk cucuk jari aku dan diambil darah untuk di test samada layak atau tak di donate. Dah setel semua, tiba lah proses keluarkan darah aku, memang takut la aku time tu, tapi awek aku boleh gelak kan pula aku, malu betul. Hehe. Korang sendiri tengok la gambar2 masa aku tengah terbaring kat katil tu. Dah abeh derma darah, tangan memang rasa lenguh gile tambahan aku pertama kali berbuat camtu. Tapi yang best badan rasa ringan, kepala pun rasa macam kurang je tekanan. Petang nya kami ke bengkel kereta di Jalan Kuala untuk pasang tinted kat kereta awek aku. Dekat 2 jam gak la tunggu, tapi yang penting kereta dah ada tinted, dah tak panas dah la. Sebelum ni ada je tinted tapi masa buat pemeriksaan Puspakom baru2 ni, kami buang tinted sebab takut tak lepas ujian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment