Sibuk minggu ni dengan LNPT(Laporan Penilaian Prestasi Tahunan), entah la myb sebab aku baru je berkhidmat dalam kerajaan jadi benda2 ni baru bagi aku dan terasa macam dalam alam persekolahan pula, ye la dulu tiap2 tahun cikgu akan bagi buku report kita pada mak abah dan dalam buku report tu cikgu kelas kita akan bagi komen la pasal diri kita keseluruhan nya, tapi bab belajar la. Berkenaan LNPT ni pulak aku rasa konsep dia sama je, kita dinilai oleh pegawai dan dari markah keseluruhan tu la kita boleh taw macam mana kemampuan kita dari segi prestasi kerja, sahsiah diri, disiplin, tata kerja dan pelbagai lagi yang dinilai oleh pegawai kepada kita. Markah tu pulak akan menentukan kita di mana, samada benar2 layak berkhidmat untuk kerajaaan atau hanya tempelan je, jadi aku nasihat kan pada diri aku sendiri jadi diri sendiri dan terima la seadanya markah atau persentage('betul ke aku eja ni'?)yang kta dapat.
No comments:
Post a Comment