iklan
Sunday, 20 December 2009
Letih Bangat
Letih nye badan bile bagun pagi tadi. Tengok jam pukul 8.30 pagi, dalam kepala ligat memikir kan apa nak buat pagi ini. Bangun je la dan lepak kat ruang tamu sambil tengok highligt bola EPL malam tadi punya, aku nak tengok result Manchester City VS Sunderland sebab malam tadi aku tengok first half je, ngantuk gile time tu dan aku terus tido. Siot je bile MC boleh menang tipis dengan Sunderland, tak mengejut kan la coach dorang Mark Huges kene pecat sejurus selepas kemenangan mereka, memang patut la pun, untuk player2 macam Adebayor, Gareth Barry, Robinho, Tevez, Belammy( sekadar menyebut beberapa nama) seharus nya mereka perlu bermain di bawah kendalian coach yang lebih baik macam Alex Ferguson, Arsene Wenger, Mourinho dan sebagainya, Mark Huges ni tak layak pun sebenar nya. Aku harap coach baru lepas ni yang Manchester City ambil adalah yang terbaik. So, berbalik pada aktiviti aku hari ini, masa dah siap nak keluar beli tiket keretapi, kereta pula tak boleh start, kelam kabut gile aku dibuat nya tapi nasib baik aku check balik rupa2 nya air bateri out terus, then mintak tolong abang aku suruh 'runner' air bateri kat petrol pam. Bile dah isi, still tak boleh start juga, entah apa la lagi kete ni, aku bukan apa nak cepat2 ni isau kat KTM nanti masa nak beli tiket ramai orang, check punya check rupa2 nya pengikat bateri tak ketat jadi bateri tak boleh connect, dah ketat kan baru la boleh start, lega rasanya. Diam tak diam rupa2 nya dah dekat pukul 12, aku cakap dalam hati baik pergi rumah sepupu aku kahwin dulu baru pergi beli tiket, so aku ajak abang2 aku siap dan kami bertolak ke Gopeng, Sampai sana dah ramai dah sedara mara yang tengah buat last preparation sambut pengantin sampai, aku pun bantu la mana patut, ye la tak kan datang tunjuk muka je kot, lagi pun aku dengan keluarga pengantin kan ada pertalian rapat. Tapi aku gerak balik awal sebab nak pergi kenduri satu lagi kat Simpang Pulai, kenduri ni kawan abang aku kahwin, so kami pun pergi la sebelum pergi tu mintak izin Mak Yang untuk balik awal ye la risau nanti deme cakap apa pula kan. Dah selesai semua pergi kenduri aku hantar abang2 aku balik rumah dan aku calling awek aku untuk ambil dia kat depan bus stop kat Megoplex Medan Gopeng, kebetulan dia pun on the way balik dari Tapah menghadiri kenduri kahwin kawan dia. So, sampai2 aku tukar kereta, aku naik dengan dia, Ujang dengan Ema( dorang ni kawan aku juga ) pula naik kereta yang aku bawa, dorang follow aku ke KTM untuk beli tiket. Dah setel beli tiket masa tu dah dekat pukul 5, kami lepak dekat Nashmir Taman ( Tapak Look In lama ) betul2 kat tengah pekan Ipoh, kami plan nak minum2 sebab aku nak balik hari ni, lagipun lepas Ema dan Ujang jadi suami isteri aku tak pernah minum dengan deme ni. Lepak kat sana lama juga, sembang2 preparation aku untuk bertunang raya cina ni, Ujang tak abeh2 bagi tips ranjang nye, aduhaii pantang dengar dengan serius je awek aku jeling rapat. Haha. Then dah lepak semua balik, awek aku hantar aku kat rumah dan dorang balik rumah Tanjung Rambutan. Now, aku nak siap kan catatan blog aku dan nak mandi siap2 untuk balik KL pukul 9.45 mlm ni. By the way lengan aku lebam akibat donate darah baru2 ni, tapi dont worry biasa je lebam ni tak sakit pun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment