iklan
Friday, 25 December 2009
Nak Kawin Dah?
Haha, tak tau nape entry ni aku buka petang ni, tapi dalam tak sedar tu la hakikat sebenar nya diri aku pada setiap kenalan, saudara mara, jiran-jiran, orang kampung dan termasuk la famili aku sendiri beberapa bulan akan datang. Kejap gile masa berlalu, bile bercakap pasal nak kawin, macam2 perkara yang perlu dibuat, pagi ni pukul 10 dah keluar rumah, sebab nak cari cincin tunang, sebelum tu kami singgah makan di gerai sebelah masjid negeri belakang dewan DBI, lama gile tak makan kat sini, tempat makan kat sini hari ape pun ramai, aku pekena roti telur dgn teh ais sama gak la ngan my gurl beza die air kopi ais je. Bab cincin ni pulak jenuh juga memilih nya, dah dapat besar pula, nasib baik leh kecik kan, bile dah dikecik kan harga pun akan 'kecik' gak la, haha, alhamdulillah cincin tunang dah dapat. Dah dapat cincin lepak pulak kat Green Town Mall(GM), saje nak survey baju tunang, tapi tak yang berkenan, maybe next time rasenye boleh cari. Hari ni jumaat jadi aku singgah solat jumaat di masjid paloh, sebab kebetulan lalu kat situ. Dah selesai semua, kami ke butik pengantin De' Anggun kat belakang GM, pelan asal nak survey je, tapi banyak pulak yang menarik masa perbincangan dgn tauke butik pengantin ni langsung aku tempah terus pakej dorang untuk perkahwinan aku bulan 6 ni. Ada aku selitkan bebarapa gambar, so far ini je yang aku sempat update.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment