iklan
Tuesday, 29 December 2009
I Have A Dream
Rasa nya macam dah ditakdirkan aku memang minat bola sepak. Maksud aku ada sesetengah orang yang minat nye pada sebuah pasukan bola sepak, tapi bile kalah dah tak minat dah bola sepak, dan dah tak support dah team tu atau pun aku bagi contoh katakan aku minat gile David Beckham yang mane beliau ni former Manchester United punya player, so bile korang dah minat die dah tentu la korang secara manual nya akan minat Man Utd gak, betul tak? Jadi nak dijadikan cerita Beckham dah boring main kat Man Utd dan dia pun berhijrah cari kelab lain, frust tak korang? Korang akan minat Beckham dan terus mengikuti perkembangan karier beliau walaupun dia dah main ngan kelab lain ataupun korang akan minat dan tengok setiap game Man Utd walaupun Beckahm dah takde? Ha, jawab la sendiri! Bile bercakap pasal ni, sebenarnya aku cinta kan sukan ni, mana tak nya aku sendiri pernah jadi pemain bola sepak untuk sekolah(pemain simpanan) haha. Aku dapat main untuk team sekolah masa kelayakan ke peringkat daerah je, masa tu aku sekolah di S M Teknik Kerian, Bagan Serai (02-03). Masa perlawanan peringkat kumpulan, kami kalah semua perlawanan (3 game) jadi secara automatiknya kami tak layak ke peringkat kalah mati dan takde la chance nak jadi champion dan jadi wakil daerah. Tu la first time aku main untuk sekolah dan peringkat tertinggi sepanjang hidup aku(masa tu la). Kemudian, kalau di sekolah teknik, tiap tahun akan ada kejohanan bola sepak antara sekolah teknik satu Malaysia, nama piala yang di agung2 kan tu, Piala Dato' Syukor, tak silap aku la( kalau salah tolong betulkan), masa tu team yang main untuk kelayakan ke peringkat daerah tu dibubarkan sebab coach baru pula yang handle, memandangkan kejohanan ni lebih struggle dari biasa. So, macam biasa, pemain2 akan di reselect(selection), jadi akan ada pemilihan termasuk terbuka pada junior(form 4), masa tu memang aku dah taw tak kan dapat punya main untuk kejohanan ni lagi2 aku dgn coach(Cikgu Rosli) tu tak bape ngam, cam biasa la sape yang firts eleven(kesebelasan utama) masa kelayakan peringkat daerah tu di beri merit lebih la masa 'selection' tu, cam aku yang pemain simpanan ni kene usaha lebih la untuk dapatkan tempat. Pada korang yang pening pasal 'selection' ni bior aku explainkan, apa benda 'selection' ni? Camni, kami akan berlawan sesama sendiri termasuk la junior yang nak main untuk sekolah gak dalam satu padang, so coach, asst. coach akan tengok dari tepi padang dan nilai la kemampuan pemain2 semua, dari aspek stamina, ketahanan fizikal(cepat pancit ke tak), skill, hantaran bola dan pelbagai lagi la, tak silap aku dalam game tu aku score sebijik. Then bile dah abeh peringkat 'selection' dalam 3-4 hari gak la, masa yang dinanti2 kan tiba. Coach akan umum kan siapa yang dapat tempat dalam skuad ke kejohanan Piala Dato' Syukor ni, so malang nya aku tak dapat. Sedih gile weh, honest aku cakap masa tu malu gile ngan kawan2, junior yang dapat. So tutup cite pasal sekolah. Jadi nak dijadikan stori dalam blog ni aku dapat sambung belajar di Politeknik Seberang Perai, Penang. Kat sana aku main gak untuk poli, kat sana best pendedahan lagi luas, masa aku first main untuk poli aku dah score sebijik, aku tak ingat masa tu lawan team mane, tapi team kilang rasenye, kami menang 2-1, yang best aku yang jaring gol pembukaan. Lepas game tu aku diserap terus ke skuad utama politeknik, masa tu kami main untuk divisyen 2 liga Bukit Mertajam, entah aku pun dah lupa nama league tu, sebab tahun 2004 punye citer daa. Aku sempat main sepenuh masa sampai aku sem. 2 je, bile sem.3 aku dah start praktikal, jadi bile sambung balik sem.4(last sem) aku dah susah nak dapatkan tempat dlm skuad sebab ramai plak player2 yang bagus, so aku putuskan aku main petang2 je la dekat padang dekat dgn taman rumah yang aku duduk tu, sebab coach sendiri tak berani jamin tempat dlm skuad, so redha je la. Bile dah abeh belaja, aku sambung keje pulak kat sana, sebab dah serasi agak nya, niat nak cari pengalaman je, cam biasa tiap2 petang aku main bola, masa tu body de muscle beb, badan pun slim lagi kalau lari tu memang berdesup la pegi nye, ramai gak kenalan aku dapat, tu la yang penting nya. Mana2 pun aku pegi kat muka bumi ni, perkara pertama aku akan cari padang bola! sebab ape, sebab kat situ la aku akan dapat ramai kawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment